Thursday, January 7, 2016

Antara Bookmark Dalam Hidup

Kira-kira setahun yang lepas, ditakdirkan pejabat saya bergabung dengan pejabat yang 1 lagi. Kami masih hidup berasingan. Mereka di sebelah kanan dan kami di sebelah kiri. Akhirnya, selepas berjauhan terdapatlah arahan agar kami berpindah ke sebelah kanan.

Maka episod hidup saya berubah.

Pada mulanya agak kekok kerana tak berapa nak kenal dengan kawan sebelah. Bukanlah tak kenal langsung. Kenal, namun  tak berapa rapat. Diri ini dah dapat pesanan awal daripada penaja bertudung cerah. Haa, carilah siapa yang bertudung cerah kat dalam gambar ni. Hehe.

Penaja cakap, mereka ni tak suka nak ambil tahu hal orang. Tak melepak tak tentu pasal. Buat kerja fokus tu jangan cakaplah. Tak bercakap kalau tak ada benda yang nak dicakapkan. Hati ini cuak juga. Macam mana nak berkawan ni. Apa topik yang boleh diajak bersembang dengan mereka? Bab tak suka ambil tahu hal orang tu, memang saya suka. Bila diingatkan senarai yang lain, terasa macam nak masuk asrama lagaknya. Saya ni, dahlah susah nak mula berkawan. Ehem. Memilih sikit. Ya, saya memang memilih. Tak pandai nak berkawan dengan mereka yang terlalu kecoh-kecoh. Selalunya saya cepat serasi dengan mereka yang seadanya. Haha. Nak cakap sendu kan, macam tak kena.

Dipendekkan cerita. Yelah, kalau tak dipendekkan mahu 2 3 muka surat panjang berjela saya tulis. Haha. 

Selepas setahun lebih bersama, sedikit sebanyak kami mengenali antara satu sama lain.



[Ah-Sue-Kak Dah-Zura-Sila abaikan saya yang adakala mengalami masalah tudung, kadang nampak macam serabai sangat. Terpanjang pula penerangan. Haha-Ain dan Jaa]

Mereka sebenarnya sangat okay. Cuma pada awalnya, tak dinafikan saya banyak memerhati dan mengikut rentak mereka. Apa yang boleh dibualkan, apa topik yang tak menyentuh sensitiviti antara kami. Alhamdulillah. Hasilnya kami dah menjadi 1 kawanan kumpulan baru. Mungkin boleh dinamakan Kumpulan Chocolate Chip. Haha. Entah apa yang kamu mengarut ni.

Sekarang [bagi sayalah], untuk bertemu dengan kawan yang baik macam masa kita belajar dulu adalah susah. Ingat senang ke nak dapat? Susah. Kita berkawan semasa kat pejabat je, tak tidur bersama. Tak susah senang bersama. Jadi memang berbeza. Apabila kita berjumpa dengan mereka yang serasi, sekimia dengan kita, memang menyeronokkan dan amat bookmark sekali. 

Entahlah. Bagi saya, mereka adalah rezeki daripada Allah. Rezeki dapat kawan yang menyenangkan dan saling tegur menegur. Tak dinafikan perkara yang paling saya seronok ialah mereka bukan jenis menjaga tepi kain orang [baca bergossip]. 

Bahagian sedihnya, berkuatkuasa 1 Januari 2016 kami dah berpecah. Mereka dapat pejabat baru dan telah diasingkan dengan pejabat kami. Senang cerita bukan 1 pejabat lagi. Jadinya, kami kembali kepada asal. Memang tak menyeronokkan. Biasanya ada je perkara yang kami nak sembangkan. Ini apabila mereka dah tak ada, agak suram juga keadaan kami.

Nanti dah ada masa terluang, dah set date dengan mereka. Tunggu aje masanya.

Untuk kalian, terima kasih atas kehadiran di dalam hidupku. Ecewah. 

Serius! 

Yang amat menghargai.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.