Monday, January 4, 2016

Birthday Akhir Tahun

Dalam ramai-ramai kenalan, dia inilah yang dilahirkan di akhir tahun. Bulan 29 Disember yang lalu adalah tanggal kelahiran kenalan kami. Si rajin yang suka memasak. Selalu aje mewahkan kami dengan masakan dia. Selalu aje buatkan kami senantiasa mengunyah walaupun tak berapa nak lapar. Hehe.

Kami memutuskan untuk menyambut di Marry Brown. Dekat tak adalah dekat sangat dengan tempat kerja. Tapi ini aje yang ada, bolehlah kan dari tak ada langsung. Kami menaiki kereta apabila jam menghampiri 1:00 tengah hari. Sampai di sana, kami dah siap-siap dengan kek yang dibeli. Order makanan dan terus ke agenda. Tak boleh nak lengah-lengah sangat, sebab masa rehat bukannya lama. 



Kek yang disepakati untuk dibeli oleh kami. Rasanya boleh tahanlah. Sedap bagi penggemar coklat tegar.



Si Manis yang diraikan ialah bertudung coklat. Kami ni bab menumpang makan, memang suka. Hehe. Doa-doa telah kami titipkan di dalam hati dan juga di permukaan whatsapp.




Ringkas aje. Sempat jugalah mengambil video sebagai kenangan. Paling best, kebetulan si Zura yakni birthday girl ni baru sahaja beli handphone baru. Haha. Sanggup pula kawan ni membocorkan rahsia di sini. Bukanlah rahsia sangat pun, cuma point kat sini nak bagitahu. oleh kerana dia ni berhandphone baru [maaf tak pandai nak guna ayat baharu], aku ni sangat tak segan silu mengambil gambar dan video umpama handphone tu handphone sendiri. Haha. Nak buat macam mana, handphone dia laju berdesup apabila nak ambil gambar. Handphone saya agak perlahan rentaknya. Maklumlah, kita punya dah lama usianya. 

Pst: Tapi handphone saya selalu menjadi pujaan hati. Haa, kalau tak puji macam ni, siapa lagi nak puji. Ye dak?

Sebut pasal handphone, tadi kan [ya baru terjadi pagi tadi], rasa bersalah yang amat kerana TERJATUHKAN handphone kawan. Serius tak tahu handphone tu ada di atas surat khabar. Kebetulan masa tu kami nak makan, spontan tarik surat khabar nak jadikan alas makanan. Melayang handphone biru yang masih baru. Kalau melayang atas bantal tak apalah juga, ini atas simen. Ada juga budak yang kena tinju karang kan. Beria minta maaf, sebab handphone tu husband dia yang kasi. Bersalah jangan cakaplah. 

Ok. Kita tinggalkan topik yang penuh diselubungi dengan rasa serba salah tu. 

Nak dijadikan cerita. Ada aje cerita eh. Hehe. Maaflah, memang banyak cerita nak kongsi. Kawan kami juga si Ah hari lahirnya adalah 1 Januari 2016. Setakat ini masih tak ada sambutan walaupun kecil-kecilan untuknya. Nantilah kami sambut walaupun hanya sebiji cupcakes. Apa ni Aida?? Ah engkau bagi cupcakes, Zura engkau bagi kek besar? HAHA. Bukan bukan. Kami kongsi duit lah. Mana ada perlakuan tidak adil di sini. InsyaAllah. Bagi saya mengingati itu lebih baik dan saya tahu kawan-kawan bukannya mengharapkan apa-apa pun.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.