Tuesday, January 5, 2016

Final Exam

Dalam hidup, kita akan melalui pelbagai ranjau ujian apatah lagi peperiksaan. Sebut sahaja nama peperiksaan. Umur 5 tahun pun dah ada peperiksaan. Itu belum lagi melangkah ke sekolah rendah, ke sekolah menengah dan akhirnya di universiti.

Malam ini, saya ingin berkongsi pengalaman dan mungkin sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan. 

Untuk yang bergelar pelajar, entry ini saya khaskan untuk kalian. Tapi biasalah kan, memang panjang. Haha.

MUSIM PEPERIKSAAN AKHIR
Sekarang adalah musim peperiksaan akhir bagi yang bergelar pelajar Sarjana Muda. Untuk kali pertama, saya terlibat dengan pengawasan peperiksaan. Sekadar tolong jaga peperiksaan. Memang menarik juga tugasan ini. Namun, ada yang tak berapa sedap hati memandang. 

Semasa bertugas di dewan, saya ternampak seorang pelajar lelaki. Kurang dari 15 minit pertama dia dah nak ke tandas. Bukan isu nak ke tandas yang saya risaukan. Bukan. Saya sendiri tak pasti sama ada dia dapat ke tandas atau tidak kerana saya berjalan ronda tak lihat kejadian tersebut. Akan tetapi yang saya perasan, pelajar ini sangat gelisah. Berulang kali saya lalu di tepi mejanya dengan perasaan yang sangat belas. Ya, saya memang tak boleh nak tengok keadaan sebegini. Kasihan menengoknya.

Saya pusing di barisan meja lain, tetapi saya akan pusing lagi kat meja pelajar lelaki ni. Saya menjeling ke arah kertasnya. Masih kosong walaupun jam dah berlalu. Dia menutup kertas jawapannya dengan buku sifir [entah apa nama buku rujukan tu] yang diberikan kepada pelajar sebagai rujukan. Dalam hati 'jawablah dik, jangan tinggalkan kosong. Kalau kamu tinggalkan jawapan kosong tak bertulis, macam mana pensyarah nak tolong bagi markah?'. Namun kata-kata semangat itu hanya berlegar-legar di kerongkong saya. Tak terluah kerana saya sendiri takut nak cakap macam tu, takut potong mood pelajar. Pepandai engkau aje eh. Hehe.

KENANGAN KETIKA PEPERIKSAAN AKHIR

I. BLANK
Dulu, ketika saya menduduki final exam. Saya pernah merasai apa itu blank. Entahlah kalau kalian tak pernah merasainya. Subjek yang selalu saya score A [bukan nak eksyen], kasilah peluang nak explain. Subjek ni yang agak mudah nak score. Haha. Almaklumlah, kita ni bukan budak pandai sangat. Jadi mana-mana subjek yang mudah tu, memang akan balun cukup-cukup nak cari A. Ku harapkan panas mengiringiku ketika peperiksaan namun hujan di tika menjawabnya. Saya BLANK! Buka buku soalan, tak tahu nak jawab soalan mana. Rasanya semua saya tak tahu nak jawab. 

Saya jawab soalan ini, sekerat jalan. Jawab soalan lain pula, sudahnya hanya nombor yang saya tulis. Isi jawapan memang tak ada. Resah gelisah jangan cakaplah. Akhirnya saya hanya dapat B sahaja bagi kertas tu. Rugi kerana subjek ni memang tak susah tapi bila kita dah blank. Jangan cakap apalah. Memang tak keluar langsung idea. Hanya harapkan pertolongan Allah aje.

Kerana itulah saya memahami keadaan pelajar lelaki tu. Kasihan sangat. Saya harap dia lulus walaupun cukup-cukup makan.

Pelajar lain, ada juga yang tak terjawab soalan. Dan seperti biasa, mereka akan cuba sorokkan apa yang mereka jawab tu apabila kita lalu kat tepi meja mereka. Ah korang, akak faham perasaan tu. Segan bilamana orang lihat apa yang kita tulis. Kadang-kadang main hentam aje jawab. Haha. 

II. SYHHH!
Itu ok lagi. Yang paling teruk paper Akaun. Nak dijadikan cerita, subjek Akaun ni tak adalah susah sangat kalau kita faham. Itulah kan, nak dijadikan sejarah kehidupan saya gagal subjek ni. Haha. Semua keluarga tak tahu akan cerita ni. Matilah kalau anak buah baca ni, dah tentu dia bagitahu kat ayah mak mereka. Sukalah tu.

Dapat kertas soalan peperiksaan, tak tahu langsung nak jawab. Sudahnya saya hanya mampu buat garisan konon nak buat check and balance. Satu apa pun saya tak faham. Kesudahannya, saya repeat paper Akaun. Kan orang dah cakap, bila dah kena macam ni barulah sedar diri. Saya belajar dengan lebih tekun lagi bagi subjek Akaun. Faham pun bila kita betul-betul fokus dan cari punca apa yang kita tak faham. Alhamdulillah, subjek ni berjaya saya lepasi dengan senyuman.

III. PENGALAMAN BEST - SEDIH DAN TAWA
Antara kenangan yang tak boleh saya lupakan ialah menerima berita kematian nenek. Bayangkan malam tu saya tengah study, kakak 2 saya call bagitahu nenek saya dah tak ada. Menangis memang menangis. Esok ada paper. Pagi esok tu saya hadiri peperiksaan di dalam hujan. Berjalan dalam hujan dengan hati yang sangat sedih. 

Namun itulah kan, sesuatu yang sangat saya tidak terduga. Langsung tak pernah terfikir. Buka soalan peperiksaan, Alhamdulillah. Semua soalan saya dapat jawab. Dan yang paling saya ingat sekali ialah betapa Allah mudahkan jalan untuk saya menjawab peperiksaan. Sangat lancar, idea datang tak henti-henti. Susah untuk saya ceritakan. Boleh saya cakap, saya boleh jawab lebih dari apa yang diperuntukkan. Dia suruh kita jawab 4 soalan, namun kita mampu jawab 5 soalan. Tapi saya tetap jawab 4 aje. Ikut arahan. Idea ketika itu umpama air hujan yang sedang turun kat luar dewan. Mencurah. Syukur, sempat jugalah rasai pengalaman manis ni. Dalam sedih-sedih Allah gantikan dengan jalan yang mudah menjawab exam. Keputusan yang saya dapat ialah B+. Haha. Ya, B+ aje. Tapi bagi saya dah best sangat dah sebab subjek ni sukar. Saya tak expect pun dapat result macam ni. Lulus pun dah memadai.

IV. TIPS PEPERIKSAAN - TULIS IKUT PENGALAMAN SENDIRI
  • Belajar bagai nak rak pun tak menjamin kita berjaya jawab dengan jayanya ketika peperiksaan. Kena tahu cara soalan peperiksaan akhir. Rajinkanlah diri fotostat contoh-contoh soalan semester-semester yang sebelum ini. 
  • Buat latihan berpandukan contoh soalan-soalan tersebut. Course mate dulu, pandai dalam bab ni. Pointer dia selalu aje Dean's List. Dia ni study smart dan bukan macam saya study hard tapi tak berapa nak kena cara. Taktik kena bagus, baru ikan termakan umpan.
  • Mana-mana subjek yang kita rasa tak faham tu, kita banyakkan ulang kaji. Cari point mana yang kita tak faham. Jangan tangguh dan tangguh apa yang kita tak faham tu. Dari 1 bab ke 1 bab, makin lama makin banyak kita tersesat di dalam subjek tu. Jangan jadi macam saya. Uh, teringat betul kat subjek Akaun. Haha.
  • Paling penting, DOA. Harapkan sepenuhnya kepada Allah. Kita tak boleh lari dari hakikat kita insan lemah. Berusaha sudah, sekarang kita akan berperang di medan peperiksaan. Kalau Allah nak kasi kita blank, semua fakta kita boleh lupa-ingat-lupa. Berdoa banyak-banyak agar dipermudahkan urusan ketika menjawab.
  • Sebelum peperiksaan, call ibu ayah minta tolong mereka doakan kita. Macam saya dulu, biasa call suruh mak buat solat hajat. Dan bila difikir kembali, rasa nak minta maaf betul-betul dan merayu betul-betul dengan mak. Sebab kalau mak terluka dengan kita, takut susah kita nak jawab exam nanti. Alamak, apa yang saya alami tu?? Apakah? Mungkin ada tapi saya yang tak sedar. Mungkin. Allah Lebih Tahu. Bersangka baik. Bersangka baik.
  • Mintak maaf dengan pensyarah jika ada peluang. Dulu tak terfikir pulak nak buat macam ni. Tapi sekarang, selalu lihat budak-budak UPSR pun minta maaf dengan cikgu-cikgu mereka. Beruntungnya mereka.
  • PENTING NI. Pelajar perlu INGAT NAMA PENSYARAH. Ini kan, saya lihat pelajar sendiri tak ingat nama pensyarah mereka. Sedih sangat. Padahal 1 semester tu lebih kurang 6 bulan, sempat sangat kalau nak hafal nama pensyarah.
  • Bila kita dah usaha semuanya, kita tawakallah kepada Allah. Jangan berputus asa walau apa pun keputusan peperiksaan kita. Gagal ke lulus ke, jangan pernah putus asa. Jalan masih luas terbentang, udara masih dapat dihirup. Yang penting, kita perlu bangkit!
Untuk itu, semoga kalian dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan dipermudahkan urusan. Bittaufik wannajah  [semoga dipermudahkan urusan dalam peperiksaan]. Amin.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.