Thursday, January 14, 2016

Gaji Pertama vs Bajet/Belanjawan 2016

A'ah ah, semuanya berkaitan dengan diri saya. Gaji pertama pun ya. Bajet pun ya. Belanjawan pun ya. 2016 pun ya. Sebab tulah, tajuk entry semuanya saya borong. Menulis secara borong. Sebetulnya gambar di bawah dah lama terdampar di dalam draft. Dah masuk minggu ke-2 2016. Malam ni, saya tak nak lengah lagi menulis perihal duit. Duit dan duit. Hehe. Saje je ulang-ulang ayat duit tu. Tak bermakna saya mata duitan, tapi duit memang penting. 

Kita mulakan dengan Gaji Pertama.

Dulu, masa dapat kerja tak terfikir pula bila dapat gaji pertama [masa dapat kerja tetap], apa yang aku nak buat? Apa yang dibelikan? Nak bagi kat siapa? Rasa RUGI sangat bilamana kita tak manfaatkan bebetul gaji pertama kita tu. Haish. Nak kata menyesal tak adalah. Tapi lebih rasa kenapa dulu tak terfikir tentang semua tu? Rasa cemburu bila dengar mereka yang bercerita, gaji pertama mereka buat inilah itulah. Hey! 

Namun kan. Alhamdulillah, bulan ni merupakan bulan kenaikan gaji tahunan. Terfikir. Terdetik dalam hati nak gunakan gaji pada bulan ini untuk sesuatu yang bernilai pada diri. Oleh sebab dulu tak pernah buat kan, jadi kenaikan ni saya anggap gaji pertamalah senang cerita. Kalau ikutkan list yang tiba-tiba beratur kat dalam hati tu kan, mak oi panjang. Padahal naik seciput je. Tapi bersyukurlah dengan kenaikan tu daripada tak ada apa-apa. 

Kita yakin cukup, insyaAllah tentu dia akan cukup.

Saya dah senaraikan dalam hati nak buat apa dengan gaji ni. 

1. Untuk ibu bapa [bapa ajelah, ibu dah tak ada].
2. Untuk diri sendiri [reward]. Dulu rasanya tak buat apa pun kot untuk diri dengan gaji pertama. Hurmm!
3. Untuk sesuatu yang saya tetiba berhajatkan sebegitu. InsyaAllah, ada rezki. Yakin!

Sekarang kita ke Bajet/Belanjawan 2016.

Dulu, saya pernah catat semua perbelanjaan untuk setahun. Amount yang telah dibelanjakan sepanjang tahun tersebut masih lagi saya simpan di dalam buku bajet. Hehe. Buku nota biasa je.

Jika dilihat pada sejarah diri, saya sebetulnya suka mencatat apa yang dibelanjakan. Err, dulu semua saya catat. Haha. Sampai puluh puluh sen pun memang ditulis. Sekarang, dah tak tulis sen-sen tu. Sekarang buku bajet dah lama terabai. Rekod belanjawan pun dah lama tak bersambung. Memang dah lama sangat saya bengkalaikan mereka.

Saya juga download 1 aplikasi bagi nak rekodkan semua perbelanjaan harian, namun juga menjadi projek gajah putih. Tak tertulis.



Jadinya, pada bulan Disember 2015 lalu. Saya dah mula perlahan-lahan dokumentasikan belanjawan saya. Konon nak mulakan pada Januari 2016. Sementelah tahun 2016 agak mencabar berikutan kejatuhan nilai ringgit. Saya dah merancang untuk menyimpan dan mencatat semua perbelanjaan. Semoga berjiwa kental untuk mencatat. Hehe. Takut juga tewas di tengah jalan.

Pelan yang dirancang merangkumi jangka panjang, sederhana dan pendek.

Jangka panjang - mestilah nak berbuat sesuatu yang bermakna. Untuk masa depan, nak jugalah memiliki sesuatu yang bersejarah. Macam sebuah rumah ke, atau ke tempat yang saya naaak sangat pergi. Amin.
Jangka sederhana - sesuatu yang saya perlu lakukan pada tahun ini. Contoh nak beli sesuatu contoh macam handbag berjenama yang tak pernah saya miliki sebelum ini. Urmm, atau apa jua yang berharga [bagi sayalah]. Nak bercuti ke atau bayar roadtax kereta ke apa. Contoh ajelah ni. 
Jangka pendek - sesuatu yang saya nak beli contoh macam oven. Jangan gelak! Janganlah gelak. Hehe. 

Dokumentasi tu akan meliputi bajet bulanan, perbelanjaan harian, semua bil-bil bulanan, semua bukti resit pengeluaran duit dan semua resit yang berkaitan. Kita simpan untuk sesuatu tempoh dan buang apabila cukup masanya. 

Tips dan perancangan bajet/belanjawan 2016.
1. Duit ibu bapa. Dapat banyak bagi banyak. Nak bagi banyak sangat pun tak mampu sangat. Janji bagi jangan putus. Dapat gaji, terus asingkan sejumlah yang kita nak bagi kepada mereka. Lagi elok, hari ni dapat gaji, hari ni juga kita bagi kat mereka. Atau sebelum membeli barang keperluan diri kita. Kalau tak, memang bajet lari. Haha. Saya dah pernah merasai bajet itu melarikan diri dan saya berasa sangat kecewa. Kecewa dengan diri sendiri.

2. Saya mula asingkan semula duit kepada beberapa purse. Duit minyak kita asing kat purse 1, duit tabung kat tabung lah kan? Hehe. Duit untuk perbelanjaan harian, saya tak buat. InsyaAllah bulan berikutnya baru mencuba kot. Sekarang, hanya sempat bajet kat dalam kepala aje. So far, ok.

3. Dapat gaji terus asingkan duit mengikut pelan jangka. Cuba agar tidak memporak perandakan bakinya. Haha.

4. Menyimpan, menyimpan juga. Sekali sekala perlu manjakan diri. Jangan kedekut untuk membeli apa yang diingini. Haish, kalau ikut ingin, memang banyak. Kalau ikut keperluan, tak adalah banyak mana. Keinginan tu yang banyak sangat, suka mengganggu kita lah.

Dan beberapa lagi perancangan yang masih di dalam kepala. Tak bolehlah nak tulis semua kat sini. Baru perancangan. Semoga menjadi. Amin.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.