Thursday, January 21, 2016

Little People, Big World

Sepatutnya saya tulis semalam bagi mengenangkan kegagalan ujian memandu kakak ipar saya. Tapi tak sempat di tulis disebabkan saya membuat beberapa kerja lain. 

Sebelum ini saya pernah menulis tentang ini : ASTRO dan juga SAY YES TO THE DRESS. Selalu juga saya membebel tentang rancangan-rancangan yang ada kat dalam tv. Ini belum lagi tentang siri tv 19 Kids and Counting. Nantilah kita cerita.

Semalam, saya di pejabat. Kakak ipar 2 memberi mesej mengenai debaran ujian memandunya. Mesej demi mesej dan mesej itu berakhir dengan makluman kegagalan. Saya ingatkan gagal salah satu je. Rupanya kedua-duanya gagal iaitu ujian jalanraya dan ujian bukit. Saya tak pasti mengenai ujian bukit ini, kerana dulu tak pernahlah pula terfikir ujian bukit ini berbeza dengan jalanraya. Ingatkan sekaligus dan hanya ujian parking yang berbeza. Entahlah, mungkin maklumat saya dah tak berapa nak up to date kot.

Balik rumah, kakak ipar 2 tak ada kat rumah. Dah tahu, dia tentu balik ke rumah mak dia. Seperti biasa, saya akan ON tv di channel TLC - siri rancangan LPBW. Macam tahu-tahu aje apa yang kami tengah alami sekarang.


Jeremy dapat lesen terus nak pergi ke sekolah ambil adiknya

Kalau tak silap, siri ni dah pernah ditayangkan. Rasanya ini hanya ulangan kot. Nak dijadikan cerita, semalam anak dia Jeremy ambil lesen, dah besar katakan. Sedih juga sebenarnya episod ni. Amy macam nak terima realiti ni dengan hati yang berat. Anak dia dah nak ambil lesen dan bermakna anaknya dah dewasa dan semakin lama akan meninggalkannya.

Point yang saya nak ceritakan mengenai siri semalam ialah, si Jeremy dan Amy [emaknya] ke tempat ujian memandu. Dengan usia 17 tahun, dah segan kan kalau mak nak meneman lagi. Biasanya kita memilih untuk pergi dengan kawan-kawan. Tak berdikarilah kan kalau masih nak susahkan mak ayah sendiri. Tapi dalam budaya atau boleh dikatakan persekitaran merekalah kot, perkara ini adalah biasa. Oleh itu, Amylah yang menghantar dan menemani Jeremy untuk mengambil lesen.

Perkara yang paling BEST ialah SENANG sangat rupanya nak dapat lesen. Tak tahulah kot saya yang silap pemahaman. Haha. Jeremy dan ibu dia datang ke tempat ujian memandu. Lepas tu dia isi borang, tak lama lepas tu terus buat ujian pemanduan. Dah siap ujian terus dapat keputusan sama ada lulus atau gagal. Bila dah lulus terus ambil gambar pasport untuk buat lesen. Lesen dah siap. Tamat. Maknanya dah memiliki lesen secara sah. Tak pastilah kot Jeremy dah berlatih sebelum ini, tak nampak pula atau saya yang tertinggal episod.

Memang terkedu jugalah apabila melihatnya. Saya bayangkan kakak ipar 2 saya berpenat lelah hadiri latihan memandu. Cukup 20 jam latihan, menunggu pula untuk ujian memandu. Dah menunggu hampir 1 bulan, akhirnya kegagalan yang ditemui. Tak kisah sangat tentang gagal, kerana kegagalan mengajar kita erti ketabahan dan bangkit kembali. Yang saya kisahnya ialah kegagalan bermakna kak Amani [nama kakak ipar 2 saya] terpaksa keluarkan duit lagi sedangkan dia tak kerja. Terpaksa kumpul duit dulu. Semoga dia bertabah.



Si Jeremy dah riang gembira kerana dah lulus ujian memandu, manakala kakak ipar saya berduka seketika mengenang kegagalannya. Tak mengapa, boleh cuba lagi.

Adik dia si Molly teruja kerana kali ini, dia akan balik ke sekolah dengan abangnya Jeremy. Sweet juga bila melihat ibunya Amy tak cakap siapa yang akan mengambilnya kat sekolah. Memang bangga bila abang dah dapat lesen. Boleh jalan-jalan, boleh hu ha hu ha.

Beberapa hari selepas tu, giliran si Zach pula mengambil lesen dan dia lulus! Sporting aje Amy menyuruh Zach pandu kereta sampai kat rumah.


Sumber: Google

Ini gambar ketika mereka masih kecil lagi. Si Jacob [anak yang bongsu] selalu buat hal sendiri. 



Terpana melihat gambar mereka dah besar terutamanya si Jacob. Lain sikit mukanya ketika besar. Episod yang kali akhir saya lihat ialah Jeremy dah kahwin. 

---------

LPBW ialah kisah dokumentari mengenai pasangan kerdil yang mempunyai seorang anak kerdil dan 3 anak normal. Matt [ayah], Amy [ibu], Jeremy dan Zach [pasangan kembar], Molly dan Jacob. Menarik mengenai rancangan ini banyak ditonjolkan kasih sayang antara keluarga. Adik beradik yang sangat rapat-adakalanya tak rapat sangat-adakala ya. Hehe. Perjalanan penuh emosi seorang ibu dan ayah apabila anak-anak mereka dah besar. Siri ini hanyalah kisah orang biasa, lalui kehidupan seharian, suka duka, perjalanan mereka membesarkan anaknya. Namun ketahuilah, ini kisah biasa yang sangat luar biasa.

Banyak sisi positif yang boleh kita ambil dari kisah mereka. Matt yang [adakala] tak berputus asa dalam melakukan apa yang dia nak. Amy yang sangat supportive sebagai isteri. Anak-anak mereka yang seronok kita lihat. Ya, seronok melihat pertalian adik beradik yang adakala yang ni merajuk, yang ni macam ni macam tu. Mereka semua menuju ke arah kedewasaan. Memang sangat terharu sikitlah apabila dah lama follow cerita ni. Cuma tak sangguplah nak tengok ulangan-ulangan yang lama sebab siri ini dah terlalu lama ditayangkan di tv. Haa, boleh ke pautan ini untuk maklumat LPBW. Cubalah tonton rancangan ni, memang menarik. 

Nanti kita bercerita perihal Extreme Cheapskates pula eh!.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.