Thursday, January 7, 2016

Nak Tulis Blog?

Sempena 2016, memang dah niat nak tukar wajah blog ni. Saya spesies yang mudah bosan dengan theme yang sama bertahun-tahun tak ditukar. Kagum juga apabila melihat mereka yang bertahan dengan theme yang sama bertahun-tahun. Saya cuba nak buat tak tahu dengan theme, tapi tak boleh. 

Kerana itulah, jari sentiasa nak cari atau ubah walaupun sedikit. Adakala header saya tak tukar, namun saya akan tukar warna font atau apa jua yang saya rasa perlu ditukar. Maka selepas berjam-jam saya kerjakan header, terhasillah header macam sekarang. Namun yang pasti, font untuk header ini akan saya tukar lagi. Haha. Cuma tak tahulah bila.

Ok. Alang-alang menulis perihal blog. Saya cuba nak kongsikan beberapa tips jikalau kalian nak ada blog. Selama ni asyik baca blog orang aje kan, kali ni nak ada blog sendiri. Nak cuba menulis pula.

Tips
1. Perlu tahu nak gunakan medium apa. Blogger? Wordpress? Pilih yang mana 1. Pastinya blogger menjadi pilihan saya kerana senang nak diubahsuai mengikut citarasa dan pastinya percuma. Manakala wordpress pula sebetulnya menjadi pilihan ramai blogger. Percaya tak, wordpress sebenarnya memonopoli kebanyakkan orang dan bukannya blogger. Cuma kalian perlu tahu macam mana nak mulakan blog menggunakan wordpress tu. Setakat ini, saya memang tak pandai. Sebab tulah masih setia dengan blogger.

2. Pilih nak tulis perihal apa. Saya sebetulnya memang menulis tentang hidup diri sendiri. Bila kita menulis tentang kehidupan, terlalu banyak yang boleh ditulis dan tak terikat dengan sesiapa. Ianya tidak terhad berbanding jikalau kita menulis tentang sesuatu isu yang kita sendiri tiada pengalaman atau pengetahuan. Buat sakit kepala je. Ps: Rasanya ada entry yang saya perlu tapis semula, sebab dulu main tulis aje. Hehe. 

3. Pastikan dalam blog anda, tidak diletakkan auto loading music. Sebetulnya, apabila kita membuka blog dan kebetulan volume kita kuat, dah tentu tergabra dan dan tu juga. Terkejut weh. Haha. Saya pernah terkena dengan blog yang ada music. Bila buka tu kan, memang berkumandang lagu tu. Tak dinafikan ada lagu yang saya suka namun secara keseluruhan, baik kita elakkan.

4. Elakkan daripada menggunakan 'salji yang berguguran'. Haha. Saya tak tahu nak panggil apa. Pernah buat blogwalking dan buka blog, sambil-sambil kita baca tu kan, ada lah macam salji jatuh tu semua. Sebetulnya ia sesuai kalau buat live wallpaper namun elakkan daripada letak kat blog.

5. Penggunaan background penting bagi blogger. Saya pernah gunakan background hitam dan tulisan putih. Rasa sangat cantik. Haha. Perasan, padahal sakit mata. Dahlah tu, font pula saya warna-warnikan dia. Sekali pandang memang nampak cantik, 2 3 kali pandang saya rasa tak sesuai. Dan sekarang, saya lebih gemar dengan warna putih. Mudah dan tak sakit kepala. Tapi tak tahulah akan datang macam mana. Cuma mungkin bukan warna yang gelap-gelap.

6. Pastikan sidebar kita tak terlalu banyak. Semua benda kita nak letak. Adakala kalau orang tu pandai menyusun, ia nampak kemas. Tapi kalau kita ni tak pandai nak atur letak dia, memang nampak berserabut. Saya tak berapa pandai nak letak banyak-banyak [ini pun dah rasa banyak], jadi mana yang perlu buang, saya dah buang. Less is more.

7. Font. Sebetulnya saya sendiri tak puas hati dengan font yang saya gunakan ni. Apa boleh buat, tak jumpa lagi dengan font pilihan hati. Jadi saya terpaksa gunakan aje font Arial ni. Paling sesuai font yang digunakan tidak terlalu kecil. Kita pilih yang sederhana kerana ia mesra pandangan.

8. Plagiat. Jangan kita sesuka hati curi atau plagiat blog orang. Makna kata, kita perlu menulis dengan gaya kita sendiri. Tapi saya pernah juga menggunakan gambar yang ada kat google. Adakala gambar tu saya main save je, link saya tak simpan. Jadinya terpaksa buat ayat 'ambil/ehsan dari google'. Lain kali kena berhati-hati juga, takut tuan empunya marah. 

Tu je lah. Nak tulis banyak-banyak, saya bukan pandai sangat. Hehe.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.