Wednesday, January 27, 2016

Random Talk

Hal lain kita cerita lain kali. Dah berhari-hari nak bercerita tentang hal ini. Beberapa hari yang lalu, kebetulan saya bercuti dari kerja. Jadi banyak masa yang lapang untuk saya explore beberapa perkara. Bukan explore apapun, sekadar melihat instagram. Nak dijadikan cerita, saya main klik klik aje pada gambar di ruangan search. 

Hinggalah jari menekan 1 gambar berpurdah. Apabila di lihat pada instagram tersebut [saya tak ingat apa namanya kerana main klik aje], banyak gambar wanita berpurdah. Rupanya wanita ini jual purdah rupanya.

Menjual purdah bukan isunya. Namun saya terkejut sikitlah, kerana selama ni saya bukan tahu tentang ini. Rupanya sekarang dah trend berpurdah [berniqab], posing ayu dan ditambah seri dengan flower crown. Banyak gambar wanita berpurdah menghiasi dada instagram sekarang kan? [update: Mungkin orang akan cakap, apa salahnya dengan flower crown? Tak salah. Cuma pada anggapan saya [anggapan orang lain saya tak tahulah], orang yang berpurdah biasanya lebih simple dan tidak begitu suka melihat dan dilihat. Ada juga si suami yang meletakkan gambar isteri berpurdah dengan banyak di instagram. Itu yang saya terkejut kerana kebiasaannya mereka tidak gemar gambar isteri mereka dipertontonkan. Itu aje].

Mungkin saya agak ketinggalan zaman, bukan nak menyalahkan orang berpurdah. BUKAN. Jangan salah faham. Cuma saya terfikir, biasanya kan mereka yang berpakaian sebegitu tidak begitu gemar untuk menonjolkan diri mereka? Banyak sebablah kan. Dulu, saya selalu melihat orang berpurdah namun dengan perasaan takut. Sebab tak ramai yang pakai purdah. Sekarang, Alhamdulillah dah ramai berpurdah.

Apapun bagi saya ini adalah sesuatu yang baru. Moden rupanya orang berpurdah. Saya tak tahu kerana mungkin saya banyak explore gambar pemandangan, decoration rumah, gambar makanan. Jadi saya agak ketinggalan dan terkejut melihat semua ini.

Hermm. Tulisan ini mungkin saya akan simpan di dalam draft kerana tulisan ini hanya sekadar pertanyaan, ekpresi keterkejutan. Semoga kita sentiasa di tunjukki jalan yang lurus dan Tuhan jaga hati kita. Amin.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.