Saturday, January 9, 2016

Suka Duka Kehidupan Budak Tabika

#entry throwback 2015

Selama hampir setahun berulang alik ke sekolah tabika si Afiq dan Baihaqi. Pada bulan November yang lalu telah diadakan sesi mengambil gambar kenangan bagi kesemua pelajar yang terlibat.

Pada awalnya, Baihaqi sangat bersemangat untuk mengambil gambar. Afiq pula seperti biasa, sesi ponteng sekolah dilakukan dengan sangat cemerlang sehingga akhir pengajian tabikanya. Bagi mereka yang rapat dan mengikuti perkembangan si Baihaqi dan si Afiq ini dah tentu mengetahui bahawa, terdapat 2 perbezaan yang sangat ketara diantara kedua mereka.
Afiq: Tidak berapa rajin untuk ke sekolah. Masalah yang membelenggunya ialah dia bukannya morning person. Perlu tidur lebih awal bagi memastikan tidurnya cukup dan apabila bangun di awal paginya, dia tidak begitu meragam dan buat perangai yang pelik-pelik. Adakala bila dah bangun sekitar jam 9:00 pagi, dia membuat permintaan aneh 'Afiq nok gi sekolah Ummi'. 
Baihaqi: Sangat mudah bangun pagi. Seawal sebelum jam 6 pagi, adalah menjadi kebiasaan baginya. Paling lewat sekitar 6.30 pagi dah bangun atau sudah siap untuk ke sekolah. Sangat sukakan sekolah. Baginya sekolah itu umpama sebuah istana kecil buatnya. Baihaqi bahagia di sekolah kerana terdapat banyak mainan. Haha.
Hari kegembiraan telah pun tiba. Walaupun Afiq tidak ke sekolah, namun dia tahu dan maklum akan adanya hari bergambar untuk kesemua pelajar tabika. 



Gambar Afiq dan Cikgu memang tak diblurkan kerana mereka ni bersaudara. Cikgu tabika ini sebenarnya mak saudara saya. Sebab itulah Afiq sangat dialu-alukan untuk bersekolah walaupun masih belum cukup umur. Kerana itulah walaupun Afiq selalu tak datang ke sekolah, informasi tetap Afiq tahu dan Afiq tetap tak dibuang dari sekolah. Haha.

Berbalik kepada gambar, kelihatan Afiq berdiri di sebelah paling kiri terkiput-kiput, tersenget-senget jubahnya. Belas hati bila kita lihat. Bila berkali-kali saya lihat gambar ini, rasa kesian pula. Yelah, Afiq baru berumur 4 tahun. Sekolah memang selalu ponteng. Tapi prestasi di dalam menyertai kegiatan sekolah sangatlah memberangsangkan. Mana Baihaqi?? Janganlah tanya, sian kat Bai. 

Ketika semua orang mengambil gambar, si Baihaqi pula sedang menangis. Dia tak nak ambil gambar, semua tak nak. Yang dia nak hanyalah menangis. Hehe. Jadinya, Baihaqi selaku pelajar yang sangat gemilang dari segi kehadiran tiada dalam gambar. Maka tiadalah bukti bahawa Baihaqi pernah bersekolah di tabika ini. Wakil yang ada hanyalah si Afiq.



Saya dah pesan kat si Afiq apabila melihat gambar ini. 'Bila Afiq amik gambor, jangan ketap bibir. Buat muka biasa je. Senyum atau buat mulut macam ni'. Sebenarnya tak penting pun, sebab ini kenangan mereka semasa kecil. Bila dah besar nanti, tengok gambar ni, dah tentu mereka malu-malu. Wajah suci murni.




Semasa sedang bercuti sekolah, Cikgu dah maklum ada 1 pertandingan mewarna. Jadinya Afiq ke stadium tertutup bagi menyertai pertandingan tu. Apabila melihat gambarnya ini, saya dah tahu. Afiq terpengaruh dengan gaya saya mewarna. Haha. Saya memang mewarna dengan pelbagai warna. Tapi tak sesuai untuk diaplikasikan pada kartun Upin Ipin ini.

Bila tengok gambar ni, memang kelakar. Muka putih [Qu Putih Qu Putih], tangan gelap [Eee, muka putih tangan hitam. Haha], telinga hijau [macam toyol]. Memang kombinasi yang tidak diketahui mana arah tujunya. Tak mengapalah, inilah yang dipanggil kekreatifan budak tabika.

Baihaqi memang tak berapa minat di dalam benda-benda macam ni. Tujuan dia ke sekolah hanya untuk bermain.

Kak Mi [pekerja kat tabika] selalu bagitahu saya 'Baihaqi takmo jalan-jalan, dia tu besor, jadi cepat dokrok [penat]. Afiq kalau suruh jalan, rajin je tapi malas koloh'.



Nak dijadikan cerita, Afiq apabila dah selesai mewarna dia terus balik. Walidnya dah tahu Afiq tak akan menang apabila melihat lukisan yang dia warna tu. Eh, rupanya Afiq menang. Dapat nombor 15 macam tulah. Cikgu cakap, oleh kerana budak-budak yang datang lebih kurang 30 orang macam tu je, pihak penganjur buat keputusan untuk bagi hadiah kepada semua pelajar. 

Inilah hadiahnya. Cikgu dah tolong simpan buat Afiq, Bagi budak 4 tahun, hadiah ini dah amat bermakna sangat dah. Tahun 2016 dah tentu Afiq semakin banyak mendapat peluang untuk sertai pertandingan. Sebelum ini agak terhad kerana tak cukup umur. Harapnya Afiq bersemangat kerana separuh semangatnya dah hilang. Kenapa? Nantilah saya cerita di lain lembaran.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.