Friday, January 29, 2016

Tips Untuk Kurangkan Kanak-Kanak Terikat Dengan Smartphone

Terfikir untuk share tips dan perkongsian ini sementelah melihat anak saudara saya si Afiq yang tidak lagi terikat dengan smartphone. Jikalau dulu, seolah-olah perkara wajib apabila abang 2 saya balik dari kerja. Maka si Afiq akan 'nok telefon walid'. Dia minta handphone untuk bermain game. Sehinggakan ada satu masa, saya rasa geram melihat telatah Afiq. Kalau tak dapat nak main game tu, memang menangis mengamuk!

Hinggalah pada hari ini. Saya rasa semua itu dah berubah. Dan saya rasa perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menghindarkan anak saudara anda semua agar tak taksub sangat dengan game. Walaupun Afiq ni tinggal di kampung, tapi boleh tahan juga dengan kesukaan dia bermain game. Nak-nak budak-budak sekarang cepat betul tangkap cara bermain game, kita sendiri tak mahir dengan game yang pelbagai kecuali game Candy Crush Saga. Ehem. Hehehe.

Jom lihat apa aktiviti budak 4 tahun lebih ni lakukan.



1. Bagi mereka menolong kita di dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan. Nak dijadikan cerita, saya ada beli meja kopi. Jadi memang nak pasang sendirilah kan. Dia datang nak tolong. Okay, kita bagi aje dia tolong. Kita sama-sama lakukan aktiviti tu bersama-sama. Bila dah siap pasang meja ni, memang seronok. Dialah  yang seronok umpama dah berjaya selesaikan tugasan penting.





2. Bawa mereka bersiar-siar. Biarlah mereka dekat dengan persekitaran yang boleh membantu perkembangan sosial mereka. Tak adalah mereka asyik mengadap tablet aje. Banyak keburukan dari segi mata dan mereka dikhuatiri tidak pandai bergaul dengan baik. Yelah, mana sempat nak bergaul dengan orang ramai kalau asyik bergaul dengan game aje. 



3. Jika rumah anda dekat dengan zoo atau taman tema seumpamanya. Rajin-rajinkanlah membawa mereka ke sana. Kebetulan pada hari tu, ada pameran Petani Penternak dan Nelayan. Jadinya saya membawa Afiq ke sana. Kat sini dahlah banyak haiwan. Jadi dia teruja melihat dan nak memegang. Alhamdulillah ada peluang. Kita bagi aje dia pegang. Budak-budak memang seronok dengan aktiviti sebegini. Kalau kita tak ada bajet, bawa mereka keluar ke tempat yang bersesuaian. Tak semestinya mereka perlu ke tempat-tempat berbayar. Pandai-pandailah kita mengaturnya.



4. Hari tu, adik kepada kakak ipar 2 saya ada belikan roller blades untuk Afiq. Tak sampai seminggu, dia dah pandai imbangkan badan, dah laju meluncur. Sekurangnya dengan permainan baru ini, dia dapat larikan fokus dia terhadap game tu.


Afiq suka pasang, baiki, godek-godek permainan dia

5. Selalu belikan permainan untuk mereka. Sekurangnya dengan permainan, mereka ralit dengan benda yang berbentuk fizikal. Sebetulnya, sebelum ini saya tak berapa gemarkan Afiq membeli mainan. Selalu juga terasa membazirnya abang 2 saya yang asyik membeli mainan. Memang tak dinafikan mainan yang dibeli tu tak adalah mahal sangat. Tapi saya tetap rasa membazir! Hinggalah satu hari tu, saya ada membaca artikel mengatakan bahawa 'belikan permainan untuk anak-anak anda. Kerana pada satu hari nanti, mereka tidak akan memerlukan permainan itu lagi' [lebih kurang macam tulah ayatnya]. 

Jadi saya terfikir, betul juga dengan kenyataan tu. Yelah, bila anak-anak saudara atau anak-anak sendiri dah besar. Mereka dah tak akan pandang pada permainan lagi. Lagipun, usia pembesaran mereka antara 1 tahun sehingga 6 tahun adalah terlalu pantas. Pejam celik dah besar. Tak salah jikalau kita membeli permainan kepada mereka dengan kadar yang berpatutan. Tak perlu permainan yang mahal-mahal. Biasanya kedai yang menjadi pilihan saya untuk membeli permainan ialah Kedai Eco [atau lebih glamer dengan panggilan kedai 2 ringgit].



6. Bawa mereka merasai sendiri pengalaman kehidupan. Abang 2 saya gemar membawa Afiq untuk memancing ikan. Sehingga satu ketika, apabila hujan aje dia akan ajak walid dia tangkap ikan. 'Jom walid, kita gi takap ikan'. Tak kira masa, maghrib ke, petang ke, tengah hari ke. Adakala agak menguji kesabaran si walid. Haha. Nak-nak kalau Afiq mengajaknya memancing time waktu maghrib. Yelah, budak-budak bukannya tahu masa mana yang sesuai. Biasanya abang 2 saya akan bagitahu tak boleh.



Kebetulan pada bulan 12 lalu, kat Terengganu musim hujan. Kebetulan adik bongsu saya ada balik kampung. Sepanjang tempoh adik 4 saya balik tu, Afiq seolah-olah tak nak berenggang dengan Poksunya. Yelah, Poksu suka tangkap ikan, pergi mengail. Biasanya dia pergi malam. Memang Afiq nak mengikut.

Bila Poksu cari cacing, dia pun pergi sama. Memang dia bukan penggeli. Yelah, Afiq ni kan budak kampung. Mana boleh nak demand semacam. Kenapa saya tekankan dia budak kampung? Kerana pada usia dia ni, dia tersangat lasak dengan aktiviti kampung.



Yang ini ketika menangkap ikan di tali air. Jangan risau, Afiq di bawah pemantauan walidnya. Dia memang suka aktiviti ini. Rasanya inilah aktiviti yang teratas yang dia gemar. Sekarang ni dah pandai tangkap ikan laga [sekila]. Pegang belut tu biasa. EEE. Siap cakap kat saya 'belut boleh makan'. Haaa??? Ya Allah. Kita yang dengar dah geli. Tak boleh nak bayangkan.



7. Sejak saya suka mewarna. Lagilah Afiq dah tak berapa pandang game kat handphone walid dia. Bagi saya, inilah aktiviti yang agak berkesan untuk menghindarkan budak-budak duk main game. Tumpuan mereka lebih kepada pemilihan warna, nak warna sampai siap. Bila dah siap tu, memang tersangat happy. Kalau kita tak mewarna, siap ajak lagi 'jomlah cuda kita warna'. Memang saya ikut aje dia. Itupun saya warna sikit aje, yelah mewarna ni kalau tak ada semangat, memang tak jalan.



8. Ini basikal kesayangan Afiq. Kebetulan motorsikal ayah saya disembur cat biru. Jadi ada lebihan cat. Nak tahu, satu hari tu dia terjumpa cat di dalam tin milik ayah saya. Terjatuh kat atas tanah. Apalagi, si Afiq ambil dan sembur pada basikal dia. HAHA. Pada masa saya balik kerja, memang terkejut melihat basikal ini dah bertukar wajah. Pandai dia sembur, tak adalah terlalu bersepah-sepah kecuali di bahagian tayar. Kira oklah dengan umur dia 4 tahun tu. 

Dari sini, kita dah tahu bahawa anak-anak kecil ni banyak kelebihan mereka. Banyak perkara yang mereka nak terokai. Banyak idea. Banyak bakat mereka yang terpendam. Sekiranya mereka asyik berkepit dengan smartphone, dah tentu semua bakat yang ada dalam pada diri mereka tidak akan berkembang. Tidak akan kita lihat, tidak akan terserlah. Tidak dapat kita tahu atau jangka apa keistimewaan diri mereka.

Dan tips yang paling penting ialah BUANG SEMUA GAME yang ada dalam smartphone. Abang 2 saya dah buang semua game yang ada dalam telefon dia. Jadinya, Afiq dah tak ada modal nak pinjam telefon walidnya. 

Sekarang ni, aktiviti wajib Afiq ialah bermain basikal, lihat orang bermain bola kat stadium di petang hari dan sekali sekala pergi memancing [sekali sekala je sejak sebulan ni, kerana dia dapat basikal baru]. Hehe. 

Semoga tips di atas sedikit sebanyak membantu ibu bapa dalam mengawal anak-anak mereka sebelum terjerumus ke lembah ketagihan game. Yang pasti, perlu sesuaikan dengan bajet atau persekitaran tempat tinggal. Kalau tinggal jauh dari pantai, cari alternatif lain. Kalau tinggal kat bandar, boleh cari jalan lain. Rasanya kat bandar lagi banyak pilihan permainan.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.