Monday, March 21, 2016

Apabila Nyawa Telah Habis Dipinjamkan

Dah beberapa hari saya nak tulis tentang ini, namun seperti yang saya maklumkan. Saya agak sibuk sedikit dengan beberapa perancangan. Dan pada pagi ini, setelah terjaga dari tidur.Terjaga disebabkan Afiq tetiba terjaga dari tidur dia. Mungkin dia mengigau dan satu lagi sebab ialah nyamuk. Hehe. Sasha pula agak lena beradu.

Ok. Berbalik pada tajuk. Kebelakangan ini, kami di kampus menerima khabar duka hampir setiap bulan atau minggu. Paling ketara ialah 1-3 bulan kebelakangan ini. Khabar isteri staf meninggal, khabar mak staf meninggal, khabar staf meninggal dan paling terkini ialah khabar berita pelajar kami meninggal.

Sedih memang sedih. Walaupun saya bukan pensyarah, namun kerja harian kami adalah dengan pelajar. Apabila mendengar khabar mengenai seorang pelajar hilang ketika mandi di pantai petang semalam, agak terkejut juga. Dan hari ini kami mendapat tahu mayatnya dah dijumpai. Menurut cerita kawan pejabat, selepas azan dilaungkan oleh ayah/ayah saudaranya, barulah mayat itu timbul. Alhamdulillah berkat doa semua, usaha pencarian berakhir.

Dan tadi, ketika...

*****

21.3.2016_Isnin

Baru dapat menyambung semula penulisan yang terkandas di tengah pagi buta tu.

Pada hari Rabu kami dikejutkan dengan kehilangan seorang pelajar di pantai. Hari Khamis saya memang bercuti disebabkan kakak 2 balik kampung. Jadi tak seronoklah kalau pergi kerja. Dahlah susah nak jumpa. Memanglah Kuantan dengan Terengganu ni dekat aje, tapi nak jumpa tu susah. Dia baru berpindah dari KL ke Kuantan tahun ini. InsyaAllah nanti mudahlah kot saya nak singgah rumah dia apabila ke Kuantan.

Ok kita sambung semula cerita kita. Pada hari Ahad, saya masuk kerja. Kepochi juga sebetulnya saya apabila dalam hal pelajar ni. Pertamanya saya lihat gambar budak ni, urrm macam budak baik. Jadi kita nak tahu apa cerita dia. Dan selebihnya, saya rasa dia beruntung kerana orang baik Allah sayang. Saya selalu disogokkan dengan ayat sebegitu dalam minda sendiri.

Cuma macam saya tulis kat atas tu. Apabila azan dilaungkan hampir 3 kali jika tak salah. Mayat arwah timbul. Subhanallah. Berkat doa ibu dia yang sempat solat hajat kat pantai tu, doa semua orang agar usaha dipermudahkan. Part ni saya rasa sedihnya, tambahan pula sempat juga busybody nak lihat video dengan staf kenalan kat pejabat ni. Sedih kerana sebelum ni saya hanya pernah mendengar cerita [tapi kes lemas kat tempat lain lah], ini dapat lihat sendiri. Rasa kerdilnya kita.

Mati. Siapa yang tak takut mati kan? Naik flight pun dah takut tak boleh nak agak dah [sayalah tu]. Masa nilah kita akan terasa 'banyak lagi dosa aku', 'tak sedia nak mati' dan macam-macam lagi. Saya menulis pasal ni pun, bukan kerana diri ini dah bagus sangat dah. Bukan. Tetapi kerana saya sangat banyak kekurangan. Leka, lalai, sedar tak sedar, eh termuhasabah seketika, pastu lagha. Haa, itulah diri ini.

Namun bagi saya, manusia selalunya akan berbalik kepada fitrah. Fitrah manusia adalah baik.  Semua orang sukakan yang baik-baik. Jahat/lagha/nakal mana pun seseorang itu, dia akan berbalik kepada fitrahnya. Lihatlah sekeliling kita. Banyak sangat contoh yang boleh kita jadikan panduan kan?

Semoga saya pun akan lebih memperbaiki diri. InsyAllah. Menulis ini semua sebagai ingatan diri sendiri. Jika lalai, boleh baca buat kesedaran diri nih.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.