Thursday, April 21, 2016

Kisah FB Masakan

Kakak ipar saya seorang surirumah. Aktif juga berfacebook. Namun bukan untuk mencari gosip-gosip terkini. Bukan. Tapi dia mempunyai kecenderungan atau minat di dalam bidang masak memasak. Saya rasa betul jugalah apa yang saya baca. Facebook ni tempat mak-mak share resepi [bukan saya kata, tapi ini saya baca].

Sekarang ni kan, dia baru belajar buat bisnes kecil-kecilan menjual kuih nona manis.

Nak cerita, pada 1 malam tu. Saya terdengar dia mengadu pada suami dia mengenai resepi yang dia share di facebooknya. Dia cakap semua resepi dia hilang. Saya yang terdengar [adik ipar busybody. Haha] terus keluar dari bilik. Tanya kenapa? Masa tu saya dah nampak abang saya pegang handphone kakak ipar 2 saya ni. Dia bagi tahu resepi dia [yang dia share] hilang.

Saya ambil handphone dari abang saya dan terus melihat pada facebooknya. Saya cakap kalau tak dapat tengok, maknanya dia kena block atau orang tu dah tak aktif facebook.

Bila dah tanya apa nama facebook tu, saya terus search nama tu. Cari-cari tak ada. Yang ada nama sama tapi 'fans' kat belakang. Kalau fans tu maknanya page. Ini kakak ipar cakap, orang tu guna personal facebook.

Cari punya cari, akhirnya kami jumpa facebook empunya tuan resepi tu. Nak tahu kenapa facebook dia dah tak ada? Rupanya dah kena hack. Orang dengki dekat tuan facebook tu MUNGKIN kerana dia suka share resepi yang sedap-sedap, mudah, tak kedekut ilmu.

Kakak ipar saya cerita, sekali dia buat tempahan memang banyak. Kalau orang komen, dia akan jawab walaupun lambat. Resepi dia pula, senang kalau orang nak ikut kerana menggunakan sukatan yang mudah. Kat sinilah, kakak ipar saya selalu 'melepak' rupanya. Haha. Kerana itulah ramai yang suka follow dia ni.

Sekarang, dia dah buat facebook baru untuk personal dan page. Ramai giler likers dia. Bayangkan baru sehari dia buat page, dah hampir 14k kot yang like [masa saya tulis ni, liker dia dah 66k lebih]. Perrgggghh. Semua orang bagi kata-kata semangat kat dia. Saya yang tak gemar memasak ni, tak berapa minat page sebegitu, akhirnya saya add dia sebagai kawan. Haha. Terpedaya sebab rasa kagum pula dengan dia ni. Yelah, dah lah pandai masak, tak kedekut ilmu share resepi step by step. Bila dah berjaya add dia dan diterima, saya cepat-cepat suruh kakak ipar add dia. Kakak ipar saya dah tentu lagi seronok kerana dia memang minat masak.

Cuma tak sangkalah, rupanya dalam kita berfacebook. Share resepi, share bisnes dia pun masih ada yang dengki. Itu belum lagi yang jenis suka share kebahagiaan, kekayaan, kecantikan dalam facebook. Tak boleh nak bayangkan dengan resepi pun boleh menjadi bencana kepada seseorang tu kan? TAK ELOKLAH buat orang macam tu. Dengan resepi dan tips yang dia kongsikan itu, ada yang boleh gunakan untuk memulakan bisnes kecil-kecilan macam kakak ipar saya. Sekurangnya, memberi semangat kepada surirumah atau sesiapa sahaja untuk belajar memasak dan mencuba.

Dunia hari ini memang menakutkan betul.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.