Sunday, April 24, 2016

Kisah Lampu Suluh

Malam tadi, abang 2 tercari-cari lampu suluh. Ditanya kepada saya sebagai suspek utama. Yelah, memandangkan beberapa malam sebelum ini, saya sememangnya tidak berenggang dengan lampu suluh. Dengan lampu itulah saya telah menjadi pengawal keselamatan menyuluh laluan tikus yang semakin hari semakin ramai nampaknya.

Apabila menyatakan bahawa saya tidak membawa masuk ke dalam bilik saya. Saya selaku suspek utama berasa amat bersalah dan rela meninggalkan maggi saya untuk mencari. Haha. Orang rasa bersalah memang macam ni gayanya. 

Kami terus mencari-cari di tempat lain termasuk tempat biasa saya melepak. Namun lampu yang dicari tetap tiada. Tetap tak jumpa. Cari bawah kerusi tak ada, cari atas almari pun tak jumpa. Semua tempat [boleh dikatakan semua tempat] kami cari, tapi tetap tiada penemuan.

Apabila kami mencari serata tempat tak juga dijumpai, akhirnya abang saya cakap 'aku rasa takdok orang lain doh ni, ni mesti kerja budak-budak kecik ni' [baca Afiq dan Humaira].

Selepas beberapa kali menjenguk bawah kerusi, abang 2 saya lalu di sebuah meja kecil dan memegang sebuah beg. Dia sentuh dan terus buka beg sekolah tu kan, haaa memang muncullah lampu ditangan dia. 'Aku rasa doh'. Haha. Sebetulnya, saya dah pegang beg tu dan sentuh. Cuma tak terfikir yang saya pegang tu lampu suluh dan langsung tak terlintas dalam fikiran akan ada dalam beg lampu suluh.

Rupanya Afiq letak dalam beg sekolah dia. Memang patutlah kami cari tak jumpa. HAHA. Biasalah bila rumah ada budak-budak kecil. Memang selalu hilang barang terutama remote atau benda-benda kecil. Suka sangat dibuat mainan.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.