Monday, April 25, 2016

Rezeki Masing-masing

Tadi saya bersembang kosong dengan seorang kawan. Sembang punya sembang, kami bercakap mengenai saya. Yelah, sebetulnya saya ada beberapa perancangan dan dia pula bagi nasihat. Dia ada bertanyakan beberapa soalan kepada saya dan saya jawab walaupun tak adalah secara tepat. Just untuk jawab soalan. Segan juga kalau jawab jujur tepat-tepat. Ini saya jawab jawapan terhampir. 

Cumanya apabila kita bersembang sebegini, saya berasakan saya sangat beruntung [bagi sayalah]. Dulu saya selalu juga rasa cemburu dan segan apabila sesiapa sahaja memberitahu simpanan bulanan dia macam ni macam ni. Duit dalam bank dia banyak ni banyak ni. Dia boleh kasi kat orang ni jumlah ni jumlah ni. Woahh. Jeles sangat dengan pencapaian seseorang itu.

Saya rasa macam banyak bendalah saya menyesal kerana diri saya tak banyak komitmen yang tough. Rasa kenapalah aku tak menyimpan duit banyak-banyak dulu eh? Saya menyimpan juga tapi kadar saya SIKIT! Kenapa aku tak buat sesuatu yang penting untuk masa depan aku? Time tu selalu jugalah duk congak-congak kat kalkulator pasal duit. Kalau simpan dari dulu dah tentu duit banyak. Haha. Mata duitan. Jika dulu rajin menyimpan, dah tentu sekarang dah senang. Dah boleh rileks sikit dari menyimpan. Dah boleh tengok angka-angka yang best dalam buku akaun. Serius! Itulah yang saya fikir. Dalam tak sedar saya secara tak langsung membandingkan diri saya dengan orang lain. Dahlah yang saya bandingkan tu, seseorang penuh hemat. Haha. Memang jauh sangat saya keciciran kat belakang. Sangat jauh. Diri telah terperangkap dengan perbandingan.

Namun pada tahun lepas. Alhamdulillah. Saya sedar dengan pencapaian diri sendiri. Haha. Saya rasa saya pun berjaya juga [dengan cara saya]. Saya fikir dan fikir, saya tak adalah seteruk macam orang yang kalah bola. Bolos macam diayam-ayamkan. Tidak. Pada tahun lepas saya berjaya memiliki sesuatu yang saya nak dan semua orang perlu. Ya keperluan semua orang itu dapat saya miliki. Separuh saya buat loan dan separuh saya gunakan duit saya. Loan itu pun dah habis saya bayar. Alhamdulillah. Err, sebetulnya kerana sedikit salah faham yang mana saya rasa sangat tak puas hati, saya ambil keputusan bayar ajelah semua dari kita bengkek dengan penerangan yang tak berapa nak jelas tu. Bagi saya mudah. Adakala kita bukan nak apa sangat pun. Kita sekadar nak jawapan je. Namun jika apa yang kita nak tu tak dipenuhi, adalah lebih baik kita ambil jalan selamat. Tak perlu buang masa nak duk argue atau tanya itu ini. Alhamdulillah. Eh terpanjang pulak story ni. Hehe.

Ok sambung balik. Saya mula berasakan kenapa perlu bandingkan diri kita dengan orang lain sampai rasa down [walaupun bukan down gila-gila]. Andai kita membandingkan untuk kita jadikan penguat semangat, itu tak salah bagi saya. Namun jika dah sampai sikit-sikit angka. Saya rasa macam meletihkan. Saya lepaskan perasaan cemburu saya [cemburu yang mana telah menyebabkan timbul  banyak penyesalan dalam diri saya dalam bab saving. Bukan bab-bab lain eh]. Saya lepaskan cemburu pada nilai angka dan pengorbanan mana-mana orang yang banyak tu kerana saya fikir itu rezeki dia. Kata orang Terengganu 'ikut panda dialah eh'. Cukup sampai situ noktah yang saya letak.

Saya tak penatkan kepala untuk fikir kenapa aku tak macam dia. Tak. Kerana saya rasa saya dah cukup dengan pelbagai nikmat Allah. Rezeki dah banyak yang kita dapat walaupun bukan dari wang ringgit. Sebab itu apabila saya mendengar orang ini cerita itu ini, saya hanya dengar. Kerana saya juga punya perancangan. Pakai makan saya cukup dan masih ada lebihan untuk disimpan. Takkan saya masih nak bandingkan diri ini dengan orang lain? Walaupun saya tahu orang ni simpan sekian sekian RM. Orang ni simpan RM macam ni. Memang amount tu banyak berbanding dengan saya. Tapi bagi saya yang dapat simpan walau sekadar RM100 ni pun, dah rasa seronok sangat dah. Yelah. Tahap dan budaya hidup kita antara seseorang itu tak sama. Jadi usah gundah gulana.

Dan tadi saya laaagiii berasa saya ni beruntung. Tadi dah tulis. Haha. Ini nak tulis lagi [kena refer perenggan 1 tadi]. Kawan saya ni dah kahwin dan mempunyai anak-anak yang masih kecil dan bersekolah. Dia bagitahu pada saya [sembang-sembang kosong], adakala dia tak cukup wang. Memang masalah kewangan itu biasa bagi orang yang berkeluarga namun ia juga sangat biasa bagi mereka yang bujang. Benda ini lumrah kerana saya juga pernah mengalaminya. Adakala katanya, kalau anak nak beli sesuatu dia akan cakap 'tak ada duit lagi'. Dia memang cakap benda yang betul dan anak dia faham. Nak cakap dia susah bebenor tu, tak adalah. Cuma gaji untuk sampai ke hujung bulan adakala semput-semput tak bernyawa. Untuk bermewah memang taklah. Perlu guna sehabis baik.

Jadi sebab itulah saya cakap saya beruntung apabila saya fikir keadaan saya dengan keadaan dia ni. Cuma saya nyatakan pada dia. Allah dah buat molek. Allah bagi dia keluarga dulu berbanding saya. Saya hanya saya. Jadi kerana itulah saya tak perlu runsing pasal perbelanjaan anak-anak. Haha. Hidup kita ini sebenarnya dah diatur cantik. Allah bagi dia kelebihan kesenangan kat sini. Allah kurangkan kat situ. Allah bagi dia lebih kat situ, Allah kurangkan tempat lain. Tapi rezeki itu ada dan cukup.

Kerana sebab itulah saya dah tak berapa terliur dengan apa yang orang lain ada kerana Allah juga bagi rezeki pada saya. Cumanya rezeki itu mengikut cara kita masing-masing. Berlapang dada dan selalu ulang ayat kat minda Alhamdulillah dengan apa yang aku ada. Jadi sekarang jika orang duk bercerita best-best, kita pun tak akan terkesan sangat untuk bandingkan diri dengan sesiapa. Jika kita bersyukur, Allah akan cukupkan. InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.