Wednesday, May 4, 2016

Drama Meniti Senja

Sabtu minggu lalu [rasanya dah beberapa minggu kot, sebab entry ni terperap kat dalam draf]. Waktu tu, dah hampir lewat malam. Tapi tertekan channel Oasis. Entah kenapa rasa macam nak ikuti cerita ni. Sebab utamanya kerana saya rasa ini cerita lama dan paling mengamit pandangan ialah cerita ini ditulis oleh Dato' Dr. Abu Hassan Din. Tak pernah tahu beliau ada bakat dalam membuat skrip. Dan dari situ, saya rasa tentu cerita ini menarik. Yelah, beliau dah tentu tak akan membuat cerita melankolik hero hensem kerja company bapak dia punya, kahwin dengan heroin cun giler kerja pejabat duduk kat kondominium mewah. Dah tentu tidak.

Oleh kerana itulah, saya yakin sangat dengan cerita ini. Lantas, melangutlah saya di depan tv dengan jayanya. Padahal esok kerja. Dah tentu saya akan menerima padah mengantuk. Tapi saya nekad nak tengok juga cerita ni. 

Kisah mengenai suami isteri lakonan arwah Maimon dan lelaki tu muka je saya kenal, nama memang tak tahu. Mereka ada 2 anak perempuan lakonan Norkhiriah dan seorang lagi saya tak kenal. Tak pernah tengok perempuan tu. Si Khairiah ni selalu kena marah oleh ibunya. Ayah dia selalu juga membela si Khiriah ni. Pada awalnya, saya beranggapan si Khiriah ini anak tiri kepada si Maimon ni, sebab tu dia selalu kena marah. Macam ala-ala cinderela. Manakala seorang lagi anak perempuan mereka tu, diberi layanan yang agak baik oleh si ibu. Tak dinafikan anak perempuan dia yang seorang ni (Wati nama dalam cerita ni), pernahlah juga dimarahi ibu tapi masih boleh menyendeng-nyendeng bermanja dengan ibu. Lain pula dengan si Khiriah ni. Yang ini asyik disuruh itu ini. Menunduk mendengar kata. Adakala si ayah membela si Khiriah ni. Namun selalunya memang si ibu yang asyik meninggikan suaranya kepada suami. Memang nampak suami tu dah jadi menikus takut kat si bini. 

Nak dijadikan cerita, kat kampung tu ada ustaz muda yang menyewa. Si ibu ni nak kenenkan anak perempuan dengan ustaz muda tu. Saya bajet dia nak jodohkan anak perempuan kesayangan dia (Wati) dengan ustaz, tapi rupanya nak kenenkan si Khiriah tu. Cuma sepanjang cerita ni, saya memang hairan juga. Kenapa si Khiriah ni tak bercakap apa pun. Asyik senyap je. Asyik dengan muka takut-takut, asyik dengan muka nerd. Memang hairan. Takkanlah tak ada dialog untuk dia ni kan? 

Oleh kerana si ibu ni dalam proses nak kenenkan si Khiriah ni dengan ustaz. Selalu juga mereka bertandang ke rumah sewa si ustaz. Pernah juga dia suruh anak perempuan dia si Wati tu untuk hantar makanan. Kawan si ustaz ni sempat pesan kat dia. Nanti termakan budi. Tapi ustaz suruh bersangka baik. 

Ada satu hari tu, mereka suami isteri dan anak si Khiriah ni datang ke rumah sewa ustaz. Dalam mereka duk bersembang, si ustaz nak buatkan air. Tapi si ibu ni minta diri nak buat tolong buat air. Rupanya masa kat dapur, dia ada letak something. Tak tahu apa. Macam serbuk je. Tak tahulah apa ke benda tu. Tapi takut kan, bila difikirkan. Sekejap dan mudahnya orang nak buat jahat. Tinggal sekejap pun jadi. Kita percaya sangat pun jadi. Jadi je mereka nak cari jalan dan ambil kesempatan yang ada. Menakutkan kan? 

Masa dia hidangkan air tu. Si Khiriah nak ambil gelas yang ibu dia letak serbuk, eh eh cepat aje ibu dia tepis dan bagi air tu kat ustaz. Ustaz ambil air dan baca bismillah sebelum minum. Saya bajet akan ada la adengan gelas pecah ke, air tu akan tumpah tetiba ke atau apa-apa jelah. Ala macam cerita Indonesia. Haha. Tapi tak ada. Berdeguk deguk je ustaz tu minum air sirap tu. 

Dalam masa yang sama kan, ustaz ni dah ada pilihan hati dengan ustazah Habibah. Kawan pejabat dia. Dek kerana nak sangat bermenantukan ustaz yang ada kerja tetap. Si ibu ni sanggup bawa suami dan si Khiriah ni datang lagi ke rumah ustaz. Siap bagitahu supaya berkahwin dengan anak perempuan dia ni. Ada satu adengan si Khiriah ni dengan si Wati pergi ke bandar. Eh si Wati ni sesuka hari aje nak tumpang kereta ustaz. Serba salah ustaz tu. Yelah, ustaz takkan nak bawa anak dara orang sewenangnya. Namun, tak bermaksud kalau bukan ustaz, seseorang tu boleh buat sesuka hati. Tak.

Dalam serba salah terpaksah ustaz tu bersetuju. Si Khiriah tak nak naik kereta tu. Tapi si Wati ni paksa juga. Dalam kereta tu, sempat ustaz tu tanya pada mereka. Rupanya mereka berdua ni tak habis sekolah pun. Mak mereka ni berkira dalam bab-bab kewangan ni. Sebab tu mereka berhenti sekolah awal. Kasihan!

Dipendekkan cerita, haha. Padahal memang panjang betul cerita ni. Ustaz tu buat istikharah. Dan dia yakin dengan jawapan yang dia dapat tu. Kecewalah ustazah Habibah. Kahwinlah ustaz dengan si Khiriah. Yang paling menakutkan, rupanya Khiriah dan Wati ni bukan anak kandung kepada Maimon dan suaminya. Tapi mereka tetap kahwinkan Khiriah. Sepatutnya mereka perlu gunakan wali hakim. Sebetulnya, ayah si Khiriah tak bersetuju sebab tahu berdosa kan, tapi mak si Khiriah kan garang melebihi suami dia. Jadi terpaksalah suami mengikut je keputusan dia.

Malam-malam lepas solat, ustaz ni ajar Khiriah mengaji. Apabila ustaz ni baca. Khiriah senyap tak boleh nak ikut. Ustaz ni tanya tak pandai baca? Ayah tak ajar? Langsung tak boleh baca? Semua Khiriah angguk. Berderai air mata Khiriah ni. Tahu ajelah kan, Norkhiriah ni kalau berlakon macam mana kan. Kalau menangis yu, macam anak sungai air mata mengalir. Haha. Laju berderu-deru air tu. Ustaz ajarlah Khiriah tu mengaji. Cuma saya memang dilanda kehairanan. Kenapa si Khiriah ni tak bercakap.

Apabila ibu Khiriah ni datang kat rumah mereka, ada aje yang tak kena dimatanya. Dia cakap Khiriah ni tak dibeli barang kemas lah, apalah. Kerusi tak bergantilah. Rumah macam tu je tak berubah. Tak faham kalau mak mertua macam ni gayanya. Mata duitan betul. Lantas dia suruh Khairiah dan ustaz ni pindah ke rumahnya. Jimat. Haha. Rasa geram pun ada. Pandai-pandai atur hidup anak menantu. Biarlah mereka tinggal asing. Yelah, penonton kan emo. Haha.

Bila dah pindah sama, eh eh. Siap suruh menantu belikan barang dapur la apa. Lepas tu nak besarkan dapur pula. Geramnya. Geram sebab dia harapkan duit menantu untuk bayar kos tu. Si ustaz ni jawab dengan penuh kesopanan dan adab yang baik. Tak boleh nak bagi lagi..sebab dia ada nak guna duit tu. Marah betul si mertua dia ni. Tahu ajelah Puan Maimon ni berlakon macam mana. Menang sesuai jadi ibu mertua yang garang. Tapi tulah kan, dia dah tak ada. Jadi tak elok nak cerita.

Banyak dugaan bila dah pindah ni. Dugaan dengar leteran dan kata-kata pedas si ibu. Ayah pula hanya mengikut aje apa yang ibu cakap. Yelah, ibukan garang. Ayah menikus je. Nak dijadikan cerita, satu hari ada peminta sedekah datang kat gerai mereka. Mereka ni berniaga nasi lemak. Si ibu ni tengah kira duit, bila peminta sedekah tu datang..elok je dia cakap tak ada duit. Tak cukup untuk modal esok hari. Suami dah cakap, bagi ajelah. Tapi isteri tetap tak nak kasi. Akhirnya, peminta sedekah tu ghaib macam tu je.

Si isteri ni pernah cakap kat suami..duit ni penting. Kalau tak ada duit nak minta kat siapa? Kain kafan pun perlu duit..Suami malas nak dengar dah. Nak dijadikan cerita..eh memang cerita pun. Isteri jatuh sakit. Masa dia jatuh sakit tu, dia minta tolong si Wati keluarkan duit dari bank untuk beli ubat.. Wati ni jenis panjang akal menipu lantas mengambil kesempatan. Duit dia ambil lebih dan dia belanja kat kawan-kawan. Bajet kayalah tu. Mak ayah kat rumah terdampar kesusahan. Yelah..bila dah sakit memang susah la kan. Entah macam mana..suami dia bawa isteri ni balik kampung. Masa kat kampung isteri dia meninggal. Suami punyalah sedih isteri dia dah meninggal. Menangis meratap hiba.

Si Khiriah angkat panggilan telefon dan tau ibunya dah meninggal. Masa ni dia menangis dan barulah faham kenapa dia tak bercakap. Rupanya si Khiriah ni tak boleh nak bercakap. Khiriah dan suami pulang kat kampung apabila dia tahu mak dia dah tak ada. Si Ustaz ni hairan kenapa jenazah tak siap lagi. Rupanya tak ada duit nak urus dan orang pun tak ada yang nak menolong. Jika kita tengok dalam drama ni, dia ni berniaga namun duit tetap habis angkara anak dia si Wati. Ustaz cakap semua kos dia yang tanggung sebab dah lewat sangat dah. Jenazah dah siap nak turun di bawa ke perkuburan. Ayah si Khiriah ni macam tak boleh nak terima mak ni dah tak ada. Dia macam sasau. Saya bajet dia kuat dan terima kenyatan..rupanya tak. Walaupun dia selalu kena leter oleh isteri dia, namun dia tetap sayang. Akhirnya suami ni macam tak betul. Anak dia si Wati menangis menyesal. Asyik panggil ibu je.

Cerita ni tamat macam ni je. Tapi bagi saya, penuh sarat jalan cerita ni. Tak percaya pula boleh habiskan dalam masa 2 jam kot. Memang lewat saya tidur malam tu. Berbaloi tengok. Yang saya nampak dalam cerita ni, tak semestinya ustaz kena kahwin dengan ustazah. Adakal Allah datangkan isteri yang tak pandai apa satu..tak pandai Quran..bisu..untuk uji kesbaaran suami. Untuk uji keimanan dia. Nak tengok boleh didik ke tak isteri tu? Isteri tak boleh tinggikan suara kepada suami. Dah macam bertukar pula. Isteri tu suami..suami tu isreri. Patutnya ketua keluarga kena tegaslah. Kesian. Kalau ada ulangan cerita ni..kalian tengoklah. Mungkin lebih faham dan menghayati.

Panjang betul rupanya saya tulis.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.