Sunday, May 29, 2016

Minta Maaf

Pada bulan lepas kot, saya ada tulis mengenai perihal ini :



Kerana saya pernah tulis cerita ini dan saya perlu cerita juga pasal ini. Barulah adil.

Nak dijadikan cerita, pada awal bulan Mei baru-baru ini. Terjadi 1 peristiwa yang diluar jangkaan saya. Pada masa tu dah petang dah. Saya duk promote biskut Tiger perisa coklat. Duk sibuk cakap pasal biskut yang mana saya rasa terlebih masak. Jadi, biskut yang saya makan tu agak rangup dan lebih sedap dari biasa.

Ketika sedang sibuk nak pindahkan biskut dari plastik ke dalam tupperware, saya terdengar bunyi loceng di kaunter. Saya nak bangun namun ketika itu jugalah biskut terjatuh. Secara spontan saya laungkan nama kawan saya yang berada di bilik sebelah. Tak jauh pun dari saya duduk, namun saya jarang melaung nama untuk menyuruh orang ke kaunter. Seingat saya, jarang kot.

Kawan saya pergi ke kaunter selepas seorang lagi kawan saya ke kaunter. Maksudnya, 2 orang pergi ke kaunter dalam satu masa. Saya masih lagi sibuk dengan biskut saya. HAHA. Nampak salah seorang kawan saya berpatah balik dari kaunter dan datang ke tempat saya. Urmmm.

'Awak, budok masa tu'. 
'Haa? Budok mana?'.
'Hok hari tu lah'.

Saya hanya menjawab 'nok nape lagi?'. Haha. Marah haa marah.

Saya tak nampak dengan jelas muka pelajar tersebut di depan kaunter tu. Almaklumlah, saya dah rabun. Tapi sikit ajelah rabun tu. Nantilah kita cerita panjang ya.

Saya memang tak cam langsung pelajar tu dan TAK TERFIKIR langsung pelajar tu akan datang ke kaunter kami.

Nak dijadikan cerita, rupanya pelajar tersebut tak mendaftar subjek. Jadinya, dia perlu berurusan dengan saya [sepatutnya lah]. Akan tetapi kerana biskut yang telah terjatuh tadi, telah menghalang saya dari ke kaunter.

Kawan saya yang masih ada kat depan kaunter bertanyakan kepada saya mengenai hal pelajar ini. Borang dia tak jumpa kat kaunter tu, padahal ada je. Cuma kawan saya tak perasan.

Saya memang tak pergi ke depan kaunter dan hanya menyerahkan borang itu kepada kawan saya. Borang simpanan memang saya simpan kat meja beberapa helai.

Tak lama kemudian.

Pelajar tu datang lagi dan saya tak perasan pun. Kawan satu seksyen saya ke depan kaunter. Haih, ramai betul pelakon kan? Dia tolong ambil resit pembayaran dan bagi pada saya.

Dan benda yang paling saya tak jangka ialah.

'Da, budok tu mintak maaf. Ye kata 'kabo ke kak tudung biru, saya minta maaf'. Lebih kurang macam tu lah kot apa yang kawan satu seksyen saya bagitahu. Dialog sebetulnya saya memang tak tahu sebab bukan saya yang pergi ke kaunter.

Dan kita ni kan, jenis bukanlah nak berdendam dengan sesiapa. Terasa tu, memang terasa. Sedih tu memang sedih. Tipulah kalau tak rasa apa-apa. Akan tetapi, apabila seseorang itu melafazkan kata maaf [walaupun bukan dengan saya sendiri], saya rasa oklah. Saya maafkan dia.

Bukan senang kita nak berpatah balik untuk memohon maaf, tak kira kita ada salah atau tidak. Kerana kita sebetulnya dibatasi oleh ego kita sendiri.

Dan kepada pelajar tersebut, saya maafkan kamu. Namun di lain masa, jangan buat begitu lagi.

Biskut tiger. Sesungguhnya, saya akan ingat biskut tiger coklat yang jatuh pada ketika itu. Benarlah, setiap apa yang Allah lakukan kepada kita, adalah yang terbaik untuk diri kita. 

Tutup buku. Sekian.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.