Sunday, May 15, 2016

Peringatan Yang Akan Sentiasa Dalam Ingatan

Pada bulan Februari yang lalu, ada diwar-warkan kepada semua staf tentang peluang kenaikan pangkat. Jadi sesiapa yang ingin memohon, dialu-alukan untuk membuat permohonan. Sebetulnya, saya tak perasan sangat emel yang dihantar kepada semua staf ini. Ini kerana, apabila emel yang ditujukan kepada warga, adakala saya tak berapa nak buka kecuali melibatkan perkara penting atau apabila terasa rajin nak baca emel. Biasanya saya lebih utamakan emel yang dituju kepada saya kerana banyak kerja saya terikat dengan emel.

Nak dijadikan cerita, gred untuk saya termasuk jua di dalam senarai. Kawan saya si S print borang untuk saya. Apa yang saya buat? Saya ambil borang tu dan simpan di atas tray. Apabila hari berlalu, saya masih tak mengisi borang tu. Ingatkan si S akan mengisi juga untuk grednya sebab tu dia beria tolong printkan borang untuk saya. Rupanya TIDAK. Dia cakap, dia tak layak. 

Manakala saya pula, hari berganti hari. Padahal tempoh permohonan hanyalah seminggu sahaja. Ketika itu, semester baru bermula dan saya banyak tertumpu pada kerja hakiki saya dan masih belum berkesempatan untuk mengisi permohonan kenaikan pangkat.

Jujur saya katakan, saya sebetulnya MALU untuk mengisi borang tu. Haha. Macam tipu je kan? Tetapi itulah sebetulnya. Saya juga rasa diri ni bukanlah layak sangat untuk mengisi borang tu. Bukan bagus sangat buat kerja. Bayangkan, dalam tempoh sebelum mengisi borang. Ada kawan pejabat asyik menyebut gred kenaikan pangkat saya. Sedangkan saya BELUM mengisi apa-apa borang. Bayangkan apa perasaan saya apabila diperkatakan begitu. Entahlah. Saya hanya bersangka baik dia ikhlas memperkatakan sebegitu kepada saya walaupun tipulah kalau kita tak terasa kan? Saya mengaku, saya terasa juga dengan kata-katanya. 

Saya tak tahu nak bertanya kepada siapa. MALU menjadi penyebabnya. Akhirnya saya bertanyakan kepada seorang kawan yang sebelum ini pernah naik pangkat. Tanyalah kan sebab banyak benda saya tak tahu. Borang tu perlu tulis tangan ke? Yelah, kawan saya kan tolong print. Saya pula tak berapa nak rajin menulis dengan tulisan tangan. Nak dijadikan cerita, tarikh tutup permohonan kalau tak silap saya hari Selasa kot. Ke hari Isnin. Urmm. Antara Selasa atau Isnin. Pada hari Khamis. Saya buka emel dan save kat dalam pen drive semua lampiran yang ada kat dalam pernyataan emel tu. 

Malam Jumaat, saya mula membuka semula dokumen yang diperlukan. Ini kerana, menurut kawan saya. Lebih elok borang tersebut ditaip. Nampak kemas. Jadinya, pada malam Jumaat tu kan, saya gigih buka satu persatu dokumen yang perlu diisi.

Banyak jugalah perkara yang perlu diisi. Agak lewat juga saya siap mengisinya. Saya dah plan untuk mencari semua dokumen sokongan yang diperlukan ketika hari esok. Jumaat dan Sabtu merupakan hari cuti mingguan di tempat saya. Untuk mengisi borang, kita boleh lakukan bila-bila masa, tetapi untuk mencari dokumen sepanjang kita berkerja. Urmmm. Memang akan mengambil masa.

Keesokkan harinya, saya ke pejabat. Pada masa ini, saya seorang diri je. Senang dan bebas sikitlah nak mencari dokumen. Tak adalah segan dengan kawan pejabat. Saya mencari dan memang jumpa semua dokumen yang diperlukan. Cuma sijil yang saya ada agak sedikit, padahal saya fikir agak banyak juga kursus yang saya hadir. Surat lantikan atau apa jua surat, itu tak menjadi masalah kerana saya memang jenis menyimpan dokumen mengikut tahun.

Hinggalah saya terjumpa emel ini yang saya print sendiri [jika tak salah. Tak kan pegawai pula yang nak print kan?].

Saya baca bait demi bait peringatan di dalam emel ini. Rasa rindu pada kenangan di pejabat lama saya. Rindu dengan kawan-kawan di pejabat lama. Rindu dengan suasana yang sangat sukar untuk dicari ganti.

Emel ini diberi oleh Ketua Pejabat kepada kami warga pejabat inilah kan. Namun, pegawai saya bagi lagi kepada kami berserta dengan peringatan dia sebagai pegawai di unit kami.



Nak tahu, ketua pejabat saya ini sangat dihormati oleh kami staf bawahan beliau. Memang diakui beliau tidaklah garang, lebih kepada nampak pendiam. Namun kami sangat menghormati beliau. Entahlah. Nak cakap takut pun, ada jugalah. Tapi lebih kepada menghormati. Ini kerana, setiap bait kata beliau, tak akan berjela. Biasanya padat dan tepat lagi pedas. Pedas tu bukan lazer. Tak! Contoh kerja kan mintak. Maksudnya kita juga yang minta kerja ini, isi borang jawatan kosong bagai. Jadi perlulah faham tanggungjawab kita. Itu yang saya faham. Ringkas je ayat beliau, tapi tetap berkesan kepada kami.

Kerana itulah, sehingga hari ini. Pesanan beliau senantiasa dalam ingatan diri. Namun sekarang ni kan [kat pejabat baru lepas berpindah pejabat lama beberapa tahun yang lalu], ada jugalah saya cuba buat derk dengan pesanan ini walaupun ingat. Haha. Contoh kalau lapar sangat, saya memang keluar makan pagi dalam jam 8.25/8.20 pagi. Makna kata sebelum 8.30 pagi. 

Selalu ada kat dalam kepala saya 'dulu zaman XX-XXXX, mana boleh sesuka hati buat macam ni'. Ia berbeza dengan zaman saya sekarang. Kerana itulah, jika orang yang bercakap-cakap mengenai penjawat awam yang selalu mengambil masa yang lama untuk makan, rehat. Itu tak saya nafikan, ada yang macam tu. Namun ianya berbalik kepada Ketua Pejabat kita. Jika Ketua Pejabat seorang yang tegas, tidak main-main di dalam hal kepejabatan, insyaAllah anak-anak buah mereka akan terdidik dengan disiplin. Tapi semua ini tak boleh diterap selepas staf dah lama berkerja kat sesuatu tempat, kerana mereka dah terbiasa sebegitu. Jadi agak sukar untuk diterap ke dalam diri staf. Bukan tak boleh, cuma sukar lah sikit. Umpama rebung dengan buluhlah.

Saya bersyukur kerana ketika saya mula-mula masuk kerja di sini, saya lapor diri aje, suasana di pejabat ketika itu telah dididik dengan disiplin. Walaupun saya ni tak adalah bagus mana pun. Namun sekurangnya, pesanan dan nasihat yang diberikan saya masih simpan dalam kepala. Cuma biasalah, kadang guna kadang tak guna. Haha. Nano sikit [nakal sikit]. 

Sekarang ni, saya rasa agak sukar untuk mencari Ketua Pejabat seperti beliau yang tegas dan tahu apa peranannya kepada staf bawahan. Bunyi macam bodek kan? Ini bukan bodek. Ini jujur dari hati. Lagipun apa guna nak membodek, XX-XXXX ini dah bersara dah. Beliau bukan tinggal di Terengganu pun, dah balik ke negeri asalnya. Jadi tak ada isu bodek membodek. Staf nak jumpa dia pun takut. Haha. Takut sebab beliau sangat prihatin dan cakna dengan kerja kita dan kerja pejabat. Jadi, make sure kerja kita dilunaskan. 

Masih ingat lagi, jika kita bagi emel. Pastikan emel kita itu tidak mempunyai kesalahan. Seharusnya perlu disemak berkali-kali. Beliau tak berapa suka dengan RALAT. Kerana nampak macam kita tak semak dengan apa yang kita buat. Sebab itulah, benda yang paling saya takut hingga sekarang adalah untuk beri emel kepada warga. Bayangkan berapa ratus mata yang pandang pada emel kita. Salah tarikh ke, salah masa ke, salah ayat ke. Fuhh! Ngeri. Sebetulnya banyak perkara yang saya belajar dari peringatan beliau. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati dan dirahmati Allah. Amin.

Kerana nak mengisi kenaikan pangkat, jauh saya terimbau kenangan lama apabila melihat emel ini. Mana nak cari Ketua Jabatan yang selalu bagi peringatan dan emel sebegini. Sekarang ni, ada. Bukan tak ada. Cuma dulu suasananya lain. 

Ok, berbalik kepada cerita asal.

Apabila dah dapat dokumen sokongan. Saya kumpul untuk dibuat salinan. Nak dijadikan cerita, ketika berkemas kat rumah. Eh terjumpa beberapa keping lagi sijil. Syukur sangat-sangat kerana saya sendiri tak ingat dengan sijil yang disimpan kat rumah. Yelah, mana nak ingat. Dah 4 kali berpindah. Jadi adalah dokumen separuh kat pejabat, separuh kat rumah.

Saya hanya menghantar permohonan pada hari akhir permohonan dibuka [jika tak silap]. Haha. Nampak sangat tak cakna. Dapat ke tak dapat ke. Saya berbalik kepada rezeki yang ditentukan oleh Allah. Nak cakap bagus, TAK PUN. Sebab tulah segan nak mohon. Haha. Apa yang buat saya memohon adalah kerana, peluang ini SANGAT-SANGAT SUSAH nak dapat. Kenaikan pangkat untuk staf bawah biasanya agak sukar sedikit kerana bilangan kami ramai. Orang-orang lama masih ramai lagi. Dan inilah kali pertama saya lihat, kenaikan pangkat yang agak besar bilangannya. Biasanya orang-orang lama hanya menunggu KUP iaitu Khas Untuk Penyandang. Kalau nak dapat KUP, biasanya memakan masa yang lama dan secara automatik kita akan dapat kenaikan gred dan pangkat. Contoh C17 kepada C22. Kami gred N. Saya pun tak berapa faham 100% dengan KUP ini.

Nak kata berharap sangat. Tidak. Kerana saya tahu dimana kelemahan saya. Bukan 100% perfect buat kerja. Dan lagi satu, ada beberapa dokumen yang saya letak tapi saya tak tulis. Haha. Baru perasan bila dah hantar. Tapi tak mengapalah. Dapat mohon pun, saya dah rasa syukur dah. Kerana penilaian ini agak ketat dan kita tak tahu dimana tahap pencapaian kita dengan permohonan mereka yang lain. Saya tahu pencapaian orang-orang yang lagi lama dari saya, yang lebih bagus. 

Jadi dapat atau tidak. Terserah saja. Cuma saya rasa sayang kerana ada kawan-kawan yang saya kenali tidak memohon disebabkan kerana mereka rasa tak layak. Dah nasihat, tapi mereka tetap tak nak mohon. Padahal kita mohon ajelah dulu, boleh atau tidak. Itu lain cerita. Yang penting mohon dulu kan?



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.