Monday, September 26, 2016

Rasa

Penutup pada hari ini sangat meremuk redamkan rasa. Penutup hari kerja tidak dipinta sebegini. Eh dah macam lagu ni. Namun ia tidaklah mengakibatkan saya bermuram durja. Tidak. Cumanya telahan yang saya teka itu benar-benar terjadi. 

Sebelum saya berurusan dengan Pakcik Cepatlah Pencen [bukan nama sebenar. Jahat pula bagi nama samaran macam ni kan? Tetiba terpop up kat kepala. Tak tau nak kasi nama apa]. Saya ada maklumkan kepada officer saya macam ni macam tu. Dan saya memang dah susun ayat sebelum membuat panggilan kerana dah dapat jangka macam mana style pakcik tu.

Apabila dah telefon dan menerangkan apa yang patut. Ada ke patut, dia meletakkan urusan itu ke bahu saya? Hey nadey. Kita ni bukannya boleh bagi keputusan bagi department lain dan yang lagi penting, saya bukannya boleh memgeluarkan arahan atau saranan secara bebas kepada pelajar buat macam ini macam itu.

Pakcik Cepatlah Pencen itu telah meletakkan telefon sebelum saya habis bercakap. Mungkin bengang kerana saya bercakap straight to the point. Ya. Saya mengikut peraturan dan ketahuilah. Bercakap benar itu sangat mencabar di zaman ini. Menegakkan pendirian kita walaupun kita ni orang bawah, memang akan membesarkan sesuatu perkara.

Cara saya adakala agak tegas. Walaupun kamu orang besar, aku orang kecil. Saya tetap tidak akan melangkau kerja bagi pihak department lain. Kalau macam tu, adalah elok saya jadi pensyarah. Eh!

Haa. Ada tak yang dah baca tapi tak faham? Tak mengapalah tak faham. Memang sengaja tulis dalam kesamaran kerana saya bukan nak cerita details sangat. Ini luahan rasa sebab geram sangat dia pergi letak phone macam tu. Mentang-mentang kita potong angin dia. 

Anak bilis memang kena pandai jaga diri. Apa yang betul, kita perlu jelaskan. Tinggi ilmu tak bermakna seseorang tu tahu semua perkara.

Ok. Bersurai. Kat sini masih aman lagi. Hehe.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.