Saturday, September 17, 2016

Raya Versi Pejabat

Perlu ditulis nanti tidak keruan. Sekarang sudah September. Apa kata kita sekali sekala menjengah apa yang terjadi pada Syawal yang lalu. Haha. Ok okay! Barang yang lepas jangan dikenang bukan? Akan tetapi, ini bukan barang. Ini peristiwa, lalu kita perlu kenang. 

Sebetulnya, majlis sambutan hari raya yang diadakan di pejabat kami adalah selepas hari raya kampus. Tetapi biasalah, gambar tak habis dipindahkan ke dalam laptop. Kita tulis dulu mana yang sempat.

Di tengah-tengah malam ini, mata tak mengantuk sangat kerana siang tadi dah banyak tidur. Di luar sana, guruh berbunyi-bunyi menandakan hujan bakal menyimbah bumi. 

Tiada apa-apa kerja berat yang ingin dilakukan di saat ini, sangatlah molek kiranya jika kita terus sambung kisah kami.



Persiapan dilakukan tak kurang seminggu atau 2 minggu kot. Senang cerita, masih ada kesempatan untuk semua staf mencari dan melakukan persiapan bagi sambutan raya. Tugasan saya hanyalah membawa betik, mentimun dan apa entah. Ha, dah ingat. Nanas! Yang ada hanyalah mentimun dan nanas. Jadinya kurang sempurna rojak betik kami pada hari itu. Kerana pelengkap rojak adalah betik. Mentimun dan nanas hanyalah artis tambahan. Apakan daya. Hidup mesti diteruskan.

Kami dibelakang pantri, terus melakukan persiapan. Saya tolong mana yang patut. Benda-benda simple aje yang ditolong. Nak dijadikan cerita, tapai pada tahun ini sangatlah wow! Sedap dan tak jemu untuk dimakan. Aroma tapai apabila dibuka daunnya, cukup mengkhayalkan. Wangian yang terhasil dari daun getah dan ragi yang ada memang membuatkan kita tak sabar nak makan sampai ke daun yang terakhir.




Siapa yang deko ni? Entah, saya tidak terlibat walau sedikit pun di dalam adengan mendeko ini. Namun sebagai pemerhati yang tidak diberi sebarang lesen, saya menganggap dekorasi yang simple ini menarik. Sesuailah kerana kami tidak membuat sambutan secara gah dan disusului dengan tembakan bunga api. Tiada bunga api. Yang ada hanyalah nasi kuning. Sekarang ni, kita bukan nak makan bunga api. Kita nak makan makanan. Nampak tak kat situ? #PencintaMakanan.




Pelbagai juadah yang disajikan. Bukan untuk tontonan namun untuk dihabiskan. Adalah menjadi amalan yang mulia apabila kita tidak membazir yang menyaksikan syaitan akan bersuka ria kerana pembaziran dilakukan. Tidaklah makanan ini habis sekelip mata, kami makan secara dikit demi dikit dan lama-lama ibarat bukit. Bukit yang ditarah, lama-lama akan habis. Macam itulah dengan makanan ini. Tak semua makanan yang ada kita sempat makan atau menjadi pilihan hati kita. Saya lebih berminat dengan kekacang yang saya hanya perasan ketika lewat tengah hari. Cepat, sila pandang tupperware sebelah kanan. Cepat. Itupun kerana melihat adik 1 saya makan. Macam best je. Mana aci mung sorang je makan? Eh! macam mana adik 1 boleh ada di pejabat saya? Kami kerja satu kampus. HEHE.




Makanan lebih penting dari rakan sekerja. HAHA. Kalau bab makanan, boleh hilang sahabat. Maaflah. Kita nak tunjuk makanan yang ada pada hari itu. Jadi kita perlu tonjolkan elemen penting. Ayat nak cover tak nak kasi kawan-kawan terasa. Ah, mereka bukan kisah puan. Mereka sangat sporting lagi baik hati lagi berprestasi tinggi di dalam kerja.



Kenapa mereka semua ini? Di mana wajah mereka? Wajah mereka ada dalam ingatan saya. Ecewah. Malas ar nak tunjuk gambar mereka, sebab gambar ni diupload tanpa ketahuan mereka. Prihatinnya dia ni. Haha. Bukan prihatin, tetapi ada benda yang kita perlu tapis walaupun ini bukannya air minuman. 

Sebagai rekod, jejaka-jejaka berbaju biru dan coklat itu adalah rakan satu seksyen saya ketika dulu. Bekerja dengan rakan lelaki selalunya menjadi pilihan saya kerana tak banyak kerenah. Nantilah saya nukilkan perjalanan kerjaya saya. Wah. Kedengaran hebat bukan? Haha. Rasa nak tergelak sendiri. Ok. Ini serius! Sebetulnya, saya sangat bersyukur [Allah sahaja yang tahu], betapa pengalaman itu amatlah berharga.



Mereka yang lain memeriahkan suasana. Ketika ini, kami bertiga di depan nak ber'wefie'. Orang cakap the more the merrier. Jadi kita ambillah gambar secara berjemaah sebegini.



Rakan taulan yang saya sayang. Sepatutnya saya tak blurkan wajah biru dan purple, tapi tak mengapalah. Dah tersalah blur. Haha. Ampuni kawanmu ini kawan-kawanku. Dahulunya, kami adalah satu pejabat. Namun apabila terdapat rombakan, kami telah terpisah pejabat dengan mereka bertiga iaitu tudung bunga, biru dan purple. Sekali sekala berkala-kala, kami set masa untuk berjumpa atau makan sama-sama. 

Apabila tiba musim raya beginilah, baru kami dapat bergambar bersama. Itupun mereka segan nak turun ke pejabat kami. Sememangnya mereka begitu. Antara kawan-kawan yang baik yang perlu disyukuri kerana mereka memilih untuk berkawan dengan kita.



Dalam ramai-ramai tetamu. Tetamu inilah yang saya nak sangat bergambar bersama. Jangan dihalang niat murni bukan seri murni minyak masak tu. Inilah mantan pengarah di sini. Inilah antara wajah yang saya cukup hormati. Tegasnya beliau kepada kami ketika saya mula-mula masuk kerja di pejabat lama, masih bermain diingatan. Beliau dah bersara namun sempat meluangkan masa untuk datang ke pejabat kami menyambut raya bersama.

Jika dikenang, tegasnya beliau namun masih terselit gebuan perasaan keibuan. Prihatinnya beliau akan saya kenang hingga bila-bila. Saya bukan orang yang pandai tunjuk sayang terutama kalau dengan orang yang ada nama, pegawai atau apa. Namun dihati ini akan ada doa khas untuk insan-insan kesayangan hati ini. Jasa dan pesanan beliau kepada kami tak akan saya lupakan. 

Beliaulah yang menegur kami [dengan tegas] kerana memasak nasi di dalam pejabat. HAHA! Satu kerja yang agak berbentuk kanak-kanak riang di situ. Dahlah ketika itu, periuk nasi di bawah meja saya. Bayangkan. Disitu sahaja masih terdapat fius yang masih kosong. Saya yang masih junior pada ketika itu, hanya berdebar ketakutan seorang diri. Kakak-kakak otai turut menikus. Dengan berlaukkan kuah singgang, kami berjaya makan walaupun masih diselubungi takut. Makan tetap makan.

Dari pejabat lama, beliau berpindah ke pejabat baru. Tinggallah saya di pejabat lama. Selang tak lama kemudian, saya turut berpindah ke pejabat baru dan berjumpa lagi dengan beliau. Beberapa tahun kemudian, mereka hidup bahagia hingga akhirnya. Eh, bukan. Bukan. Hehe. Beberapa tahun berlalu, beliau pun bersara dan tinggallah kami menghadapi hari muka.

Haa, dah penat ke baca? Cukup eh setakat ini dulu. Tapi perasan tak. Macam bukan cerita hari raya sangat kan?  



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.