Tuesday, September 13, 2016

Resepi Kaki Ayam Goreng

.. yang diakui teramat sedap mengalahkan kaki ayam goreng di pasar malam. Hei berani kamu mengatakan begitu? Ya. Sangat berani. Eksyen sungguh dia ni.

Jikalau blogger-blogger masakan lain sentiasa mempamerkan resepi yang sangat mengundang terliur pada diri ini, urm kita pun ada resepi juga. Akan tetapi, resepi yang kita ada tak adalah mengundang keterujaan sangat. HAHA. Resepi ini sangat mudah lagi tidak tersenarai di dalam kesebelasan utama resepi-resepi yang top di alam maya. Eh, teringat akan cheese coklat berhantu? Atau apakah nama sebenar kek itu? Ah, pedulikan dia. Yang penting kita nak share resepi yang sangat bertahkta di hati ini. 

Nak dijadikan cerita, kaki ayam ini dulunya tiada nilai. Nak RM1, dapat hampir berbelas-belas kaki. Adakala diberi dengan percuma sekiranya kita nak beli 'nak kaki RM1'. Lantas diberi tanpa rasa bersalah dan dimasukkan ke dalam plastik. Sekarang dah tak begitu lagi. 'Nak kaki RM1'. Lalu diambil kaki-kaki itu lalu ditimbang. Dapatlah 5/7 kaki. Kaki sekarang dah tak sama dengan yang dulu. Ayam telah menjadi semakin bernilai dan semakin naik sahamnya. Dari bulu sampai ke kaki, semua ada harga dan berada di kelasnya yang tersendiri. Kau memang dasar ayam, ayam.

Apabila dah dapat sikit kaki, dah tentu kita akan menambah lagi kepada RM2-RM3-RM5. Apabila digoreng, hanya sekali lalu sahaja. Licin dan yang tinggal hanyalah tulang temulang yang minta dibuang. Betapa, kuantiti yang kami dapat semakin mengecil. Namun, ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus membeli kaki ayam.



Kaki yang dibeli dengan nilai RM2/RM3 andai tak salah saya. Kelihatan sangat segar dan maklumlah segar dari badan ayam. Bila kita cakap nak kaki, barulah dia potong semua kaki dari badan ayam hingga menyebabkan ayam-ayam tidak berkaki. Kerana itulah ada pepatah menyatakan berkaki ayam. Tulisan macam cakar ayam. Dapat bayangkan tak kaki ini mencakar? Eh, jangan bayangkan kerana sekejap lagi saya nak makan kaki ni. Ok, baru saya faham ayat 'dia ni minta kaki ni'. Ada kaitan ke? Tuan puan jawablah sendiri kerana saya tiada jawapan. Saya hanya faham.




Dibersihkan kaki-kaki ini dengan dipotong satu persatu kuku-kukunya. Kuku dia panjang sangat. Naik seram apabila melihatnya. Dahla kuku dia keras lagi tajam. Kalau kena cakar, mahu berparut lanun. Tidak dilupa, kita bersihkan sisa-sisa kulit jika masih ada pada kaki ayam tersebut. Elemen ini sangat penting kerana nanti tak adalah kita makan kulit ayam. Tengah seronok mengunyah, tetiba terasa kenyal. Eh kulit ayam. Selalu sangat alami kejadian ini apabila membeli kaki ayam di pasar malam. 




Selepas kaki-kaki dibersihkan dan dijirus air lalu. Kita alihkan kaki-kaki ini semua ke dalam tepung Bestari. Tepung Bestari yang saya gunakan adalah khas untuk goreng ayam. Jika tak silap, tepung ini ada beberapa jenis. Pandai-pandailah memilih ketika membeli tepung. Kita golek-golekkan kaki ini di dalam tepung. Kita biarkan mereka bermain salji sebelum kita masukkan dia ke dalam gunung berapi. 

Untuk menyelamatkan diri kita terutama di bahagian muka dan kulit tangan kita, amatlah disarankan agar kalian mengelar-ngelar kaki-kaki ayam ini. Tips ini untuk mengelakkan kaki-kaki ini membuat onar ketika di dalam kuali nanti. Kuku-kuku dia dah tak ada, jadi dia dah tak boleh mencakar. Namun awas! Dia masih boleh membuat tunjuk perasaan dengan membuat balingan-balingan minyak panas. Sila ambil serius pesanan ini. Sayangi kulit anda.




Untuk memberi kesan garingan atau dipanggil kerak. Adalah lebih sempurna andainya kalian memasukkan sedikit air ke dalam tepung, cukup sekadar untuk membasahkan tepung itu. Jangan terlalu cair. Perlu kebijaksanaan di dalam ilmu agak mengagak di sini. Jangan sampai tak teragak sudah. 

Sangat mudah bukan? Tak perlu nak guna telur. Apa itu telur? Sila pergi bawa diri jauh-jauh. Anda sangat TIDAK diperlukan di dalam resepi ini walaupun anda datang dari seekor ayam.




Cukup sempurna tepung yang membaluti kaki-kaki ayam ini. Tidak terlebih, tidak terkurang. Pendek kata umpama satu make up yang sangat cantik. Padahal kaki-kaki tak tahu, mereka akan diselam dilautan yang panas. Gunung berapi dah menunggu mereka. Ya Allah, nampak kejam bukan? Percayalah, saya tak kejam. Ini cuma proses biasa di dalam memasak.



Kaki-kaki yang telah selamat mengharungi gunung berapi meredah lautan api. Mereka tidak buat angkara ketika di dalam kuali kerana tips telah diberikan sepertimana di atas. Kaki-kaki ini adalah kaki-kaki yang kuat kerana tabah menghadapi onak dan duri. Selepas dah siap kesemua kaki-kaki ini digoreng, tibalah masa untuk kita makan.

Saya tidak menafikan bahawa tepung Bestari sangat cukup rasanya, sedap tidak dapat diungkap. Seingat saya, dulu kami biasa menggunakan tepung ayam Adabi. Kini, dah banyak persaingan dari segi tepung-tepung. Kita perlu bijak memilih dan membaca. Kewujudan ini saya tahu melalui sepupu saya dan melalui page masakan di Facebook. Terima kasih kepada mereka-mereka yang menulis tentang tepung ini. Teramat menghargai akan info tersebut.




Eh, apa ni? Inilah kaki ayam goreng yang dibeli dari pasar malam. Yang telah kalah dengan sangat teruk dengan kaki yang dibuat sendiri. Setiap minggu, jarang saya gagal untuk ingatkan bapaknda saya untuk membeli kaki ayam RM2. Hampir setiap minggu. Mula-mula, terasa sedap. Apabila kita dah rajin buat sendiri, kaki ayam pasar malam terasa tidak sedap. Makin lama makin tidak sedap. 

Pertamanya kerana tepung yang digunakan. Tidak berapa umph! Anda penjual pasar malam? Kalau nak guna tepung, gunalah tepung Bestari. Nescaya, pembeli akan berasa berbaloi membeli ayam-kaki-kepak-dan pelbagai bahagian ayam di gerai anda. Cubalah. Mahal tapi berbaloi dengan keuntungan anda. Eh, dia ni.

Kedua kerana kaki yang biasa dibeli bukan kaki baru. Tulang dia dah hitam atau gelap ke'black'an. Itu adalah tanda aras kaki atau ayam lama. Jika ayam atau kaki baru, tulang mereka akan berwarna cerah dan tidak gelap. Entahlah, saya yakin benar itu bukan pigmentasi.

Ketiga kerana kebanyakkan kaki yang dibeli adalah sejuk. Tak seronok dan mencabar langsung jika makan kaki ayam yang sejuk. Terasa tidak dihargai. Terasa, ah! banyaklah kita punya terasa.

Nak cakap, jika pandai atau rajin buat sendiri. Adalah berbaloi kita lakukan sendiri. Puas hati dan tak perlu nak terasa tak puas hati kerana sejuklah, kaki lamalah, ding dong ding donglah. Tak perlu.

Yang penting, kebersihan tidak boleh dipertikaikan.

Selamat jalan kaki ayam pasar malam di pasar malam 'ST'. Jimat RM2. Haha. Padahal guna duit bapaknda je. Pasar malam kat tempat lain, itu kita perlu tengok dululah prestasi mereka. Ok atau mengecewakan. 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.