Tuesday, November 1, 2016

1 November 2016

Adakah November Rain? Tidaklah. Cuma November menjadi detik peralihan ke fasa pengalaman yang baru. Tidaklah air itu akan mengalir jika berada di tempat yang sama. Pabila kita gali satu alur yang baru, percayalah air itu kan mengalir bebas. Malahan mungkin dek kerana saliran air itu, akan menghasilkan cambahan semaian yang baru.

Itulah yang saya harapkan dan berdoa. Sungguh-sungguh berdoa kerana disetiap langkah dalam hidup, tiada apa yang lebih saya percayai melainkan aturanNya yang penuh hikmah lagi misteri.

Terlalu banyak untuk ditulis sampaikan dah berselirat di dalam minda. Nanti akan saya leraikan satu persatu selepas reda kekalutan diri ini. Gambar dan kisah cerita yang panjang tidak mampu lagi saya tulis untuk masa ini, melainkan masa akan datang. InsyaAllah. 

Moga kelapangan menyebelahi diri ini. Amin.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.