Saturday, November 12, 2016

Hikayat Konvokesyen Kakak 2

Alhamdulillah. Dah banyak perkara dah selesai. Dan sekarang dah boleh menulis secara stabil. Kalau tak, mesti tak tenang angkara asyik fikir banyak perkara yang masih tertunggak. Untuk mula menulis ini pun kena perlu fikir juga, nak mulakan dari yang mana? Banyak sangat nak kongsi. Alih-alih nantikan tak terkongsi. HEHE!

Dah ready ke nak baca? Nak tulis ni. Macam cerita dia best sangat. 

13 hingga 17 Oktober tu, dah cop siap-siap untuk cuti. Isi sebelum kelupaan melanda. Lepas tu siapkan kerja mana yang tak siap, menjelmalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu Khamis. Hari ini merupakan hari musafir saya ke rumah kakak 2 di Kemaman. Kami dah rancang untuk bertolak pada pagi Jumaat. Saya juga dah rancang nak baiki sensor kereta yang dah beberapa kali tertunda ni. Faktornya setiap kali hari minggu, saya ke pejabat. Memang tak sempat. Nampak tak kat sini nak bagitau #sayasibuk. Haha.

Kereta saya dah mula basuh sejak beberapa hari sebelum hari Khamis. Syarat untuk bermusafir biasanya saya suka pergi dengan kereta yang bersih kononnya untuk ketenangan. HAHA! Padahal lebih kepada kepuasan sebetulnya. Macam tak best lah kalau nak pergi jalan-jalan, kereta tak siap.



Alas kaki dan semua barang tok nenek yang belum lagi sempat dikemaskan. Saya tinggal semua barang ni kat rumah mak saudara yang sebelah rumah aje ni. Saya dah bersiap sekitar jam 8.30 pagi. Lepas dah siap, sempat vakum kereta dulu. Letak semua alas kaki, ambil semua barang termasuk pasu-pasu untuk kakak 2. Biasalah orang menanam, beginilah hasilnya. Saya memang secara rela hati pergi membeli pasu yang dipesannya di Mr. DIY. Kalau kat Kemaman, stok dah habis. Nak tunggu lama pulak.

Jangan dilupa pesanan oleh mak saudara saya. Siap dia ikat satu persatu makanan mengikut nama untuk saya bagi kepada si penerima. Anak-anak buah saya juga. Dah macam tabiat mak saudara kot, dia suka tulis sekiranya barang tu nak diberi kepada seseorang. Elok juga, kita pun tak terpinga-pinga sangat.



Keadaan dalam kereta dah penuh dah. Kenapa tak letak kat bonet? Rasa macam tak selesa nak letak beg kat dalam bonet. Rasa macam kereta tak adalah kosong sangat kat belakang tu. Nak dijadikan cerita pada pagi Khamis. Saya nak ke butik di Dataran Austin untuk belikan 2 helai seluar sebagai ganti kepada seluar Humaira. Ini kerana seluar Humaira tu saya nak kasi pada anak buah si Rusyda. Fikir saya, dia tentu boleh pakai semasa hari konvokesyen nanti. Jadinya, kena ganti baliklah kan?

Selepas dah beli apa yang saya nak. Terus masuk kereta. Sebelum undurkan kereta, saya dah pandang pada sisi sebelah kanan nak pastikan ada kereta ke tak kat belakang. Kereta diundur perlahan-lahan dan terdengar hon dibunyikan. Tapi hon tu macam bukan dari belakang. Hinggalah dum! Aduhai. Saya rupanya terlanggar kereta orang. LANGSUNG tak perasan ada kereta kat belakang kereta saya. Pakcik ni tengah tunggu wife dan anak dia pergi butik depan.

Pakcik tu keluar dan saya turut keluar. Nak kata takut sangat. Tak. Sebabnya saya memang undur perlahan je masa nak keluar parking tu. Tambahan pula, memang saya berwaspada dengan tengok sebelah kanan. Sekali ada kereta betul-betul kat belakang. Memang tak perasan. Nak tambah lagi dramatik, sensor kereta saya sebenarnya rosak. Itu menyebabkan saya tiada talian hayat yang lain.

Saya: Minta maaf banyak encik, saya dok perasan ada kereta belakang. Minta maaf banyak-banyak.
Pakcik: Dok dengar ke bunyi hon?
Saya: Dengar, tapi dok sangka bunyi hon tu belakang kereta saya.
Pakcik: Dok bunyi ke sensor belakang tu? 
Saya: Sensor saya rosak sebenarnya. Kalau pokcik dok caya, try ar bawa.
Pakcik: Banyak juga ni calar. Urmm. Kena cat balik ni. Nama nape? Wak mari nombor telefon.

Saya hanya bagi je nombor telefon dan nama. Sebab dah salah kan. Walaupun dalam hati saya, bukan banyak sangat pun calar. Kesan pun nampak tak nampak. Kesan karat lama lebih menonjol dari yang calar tu. Saya ambil gambar kereta pakcik tu untuk rekod saya.

Beberapa minit kemudian, datang wife dengan anak dia.

Wife: Bakpe? 
Pakcik: Langgar kereta. Bagi doh hon. Langgar juga.
Saya: Saya minta maaf banyak, sebab memang dok perasan. Sensor saya rosak, lepas tu dok sangka ada kereta belakang.

Saya tengok jelah muka wife dia tu. Muka wife pakcik ni macam confuse sikit, sebab dia tak jumpa kesan yang kena langgar. Pakcik tu tunjuk dan dia terus cakap. Banyak juga ni kalau nak kena cat. Saya diam jelah.

Saya: Kalau pakcik nak report polis pun takpe. Sebab memang salah saya. [Tak tahulah, sebab tak rasa takut kot. Haha!]
Pakcik: Eh, dok payah ar. Sebab takmo besarkan hal ni.

Wife dan anak dia berlalu masuk dalam butik.

Selepas tu pakcik tu alihkan kereta dia dan saya minta maaf sekali lagi dan terus berlalu pergi selepas butang D ditekan. Pakcik tu cakap nak call untuk kos baiki, tapi sampai ke hari ni. Alhamdulillah tak ada pun terima panggilan daripada dia. Sebab memang tak ada apa pun.

Balik semula kat rumah untuk hantar seluar kat kakak ipar 2. Sempat juga saya ceritakan peristiwa tu tadi. Cuma bila jadi benda yang tak best sebelum nak pergi mana-mana, rasa bermacam rasa pun ada. Tapi saya doa minta selamat ajelah.

Selepas tu, saya singgah lagi ke Mydin. Tujuan datang kat sini bukan nak membeli belah, akan tetapi nak beli kerongsang. Saya dah niat nak hadiahkan kerongsang kepada kakak dan anak-anak buah. Itu aje yang mampu dibeli untuk mereka.



Sebagai reward kat diri sendiri, saya belikan air Bandung Chocolate kat Coolblog. Buat sejukkan hati dan tekak. Hehe. Maaflah ya, hanya gambar yang mampu ditunjukki, nak kasi rasa memang tak dapatlah. Tak tahulah, memang dah ketagih agaknya dengan air-air kat Coolblog ni. Kalau balik lambat dari kerja, mesti singgah kat sini. Kalau rasa macam penat kerja banyak, mesti hadiahkan air ni untuk santapan. Apakah semua ini? Gejala apakah ini? 



Perjalanan dimulakan lagi. Kali ini destinasi yang saya tuju ialah mengambil pokok yang dipesan oleh kakak 2. Sebab itulah tajuk entry ni Hikayat. Haha. Banyak sangat benda yang nak dilunaskan sebelum bergerak betul-betuk ke destinasi. Saya ni, bukannya jenis cepat hafal jalan. Nama aje duduk kat kampung, tapi bab-bab jalan saya selalunya mendapat D-. Bukan F lah. Nak cakap, gred nyawa-nyawa ikan.

Pakai Google maps je. Dia dah tunjuk elok jalan tu, saya yang tak berapa nak jelas sangat. Sepatutnya perlu detailkan lagi gambar kat aplikasi ni. Ecewah! Pandai-pandai je. Sebelum tu, sempat juga singgah kat Shell untuk ambil duit dan beli makanan sebagai peneman. Maggi dan roti gandingan serasi.



Selepas dua 3 kali saya duk pusing tempat sama. Akhirnya jumpa juga rumah tuan pokok ni. Jangan kasi pokok ni tumbang, jadinya terpaksalah saya letak kat depan. Senang nak perhatikan dia ni. Nasib 3 jam aje perjalanan kalau tak, jenuh juga nak pastikan dia tak jatuh. Tu sebab kena hadang dengan barang lain. Kalau nak tahu, ini ialah pokok tin. Kakak 2 saya cakap jenis ni memang rare dan orang jual mahal. Untuk pokok ni harganya ialah RM150. Biasanya kalau kat pasaran harganya ialah RM200-300. 

Saya tak tahu nak cakap apa lah kan. Sebagai tukang ambil pokok, saya hanya mampu geleng kepala. Dan rasa tak berbaloi. HAHA! Apa punya adik eh dia ni. Tapi tak cakap ar kat kakak macam tu. Sebab kakak dah cakap kat saya, dia mampu beli yang murah-murah je. Kalau kawan dia, harga pokok yang dibeli mak aih! RM300-RM500. Bayangkan! Saya tak dapat nak selami perkara ini dengan rasional.



Masuk waktu Zohor, saya baru berada di kawasan Marang. Punyalah lama dari pagi tadi baru kat Daerah Marang. Kebiasaan antara rumah ke Marang ni hanya mengambil masa 30-40 minit je. Ini dari pagi sampai dah masuk Zohor, maka saya buat keputusan solat kat masjid Marang jelah. Usai solat, berhenti makan maggi seketika. Maggi pun dah kembang sebab dah lama sangat saya rendam dengan air panas. Lapar weh!




Baju yang dah saya beli beberapa hari sebelum nak datang ke rumah kakak 2. Ini sebagai hadiah untuk hari graduasi dialah. Kerongsang ada besar dan ada kerongsang kecil. Saya tahu kerongsang-kerongsang ni bukan hidup lama sangat. Jangka hayat mereka tu memang pendek. Jadi kita beli yang seadanya sahaja. 

Alhamdulillah, selamat sampai kat rumah kakak 2, jam dah Asar. Kami borak-borak sekejap selepas dia balik dari pasar. Lepas tu jam 6:00 petang lebih, kami ke pasar malam. Saje nak lepaskan rindu kat pasar Kemaman ni. Seronok kalau membeli kat sini, banyak giler makanan. Rambang nak pilih yang mana.

Ok ok semua. Cukup setakat ini dulu untuk siri ini. Nantikan sambungan dia. Kalau ada, eh mestilah ada. Ini kan hikayat. HAHA!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.