Sunday, January 31, 2016

Kisah Afiq dan Basikal Biru

Beberapa hari yang lalu, saya ada menceritakan mengenai Afiq menyembur basikalnya. Apabila sebut sahaja perkataan basikal. Sebenarnya terdapat banyak sentimental value bagi diri Afiq khasnya dan bagi diri kami amnya. 

Semasa Afiq kecil, sempat saya merakamkan video mengenai susah payah dia belajar basikal. Inilah rupa asal basikal dia ketika masih berbalut plastik. Bau kedai. Hehe. Ketika ini abang 2 dan kakak ipar 2 gigih memberi semangat kepada Afiq. Haha. Hasilnya, kayuhan Afiq masih tidak sempurna disebabkan dia masih tidak pandai membuat 1 kayuhan yang lengkap.




Semasa video ini dirakamkan, usia Afiq baru baru mencecah 1 tahun 8 bulan. Berbanding adiknya Humaira, Afiq lebih diberi kelebihan. Yelah, anak sulung katakan. Umur macam ni, dah ada basikal. Humaira pula hanya menggunakan apa yang ada je. Haha. Peninggalan si abang. Adik terpaksa mengalah.


Friday, January 29, 2016

Tips Untuk Kurangkan Kanak-Kanak Terikat Dengan Smartphone

Terfikir untuk share tips dan perkongsian ini sementelah melihat anak saudara saya si Afiq yang tidak lagi terikat dengan smartphone. Jikalau dulu, seolah-olah perkara wajib apabila abang 2 saya balik dari kerja. Maka si Afiq akan 'nok telefon walid'. Dia minta handphone untuk bermain game. Sehinggakan ada satu masa, saya rasa geram melihat telatah Afiq. Kalau tak dapat nak main game tu, memang menangis mengamuk!

Hinggalah pada hari ini. Saya rasa semua itu dah berubah. Dan saya rasa perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menghindarkan anak saudara anda semua agar tak taksub sangat dengan game. Walaupun Afiq ni tinggal di kampung, tapi boleh tahan juga dengan kesukaan dia bermain game. Nak-nak budak-budak sekarang cepat betul tangkap cara bermain game, kita sendiri tak mahir dengan game yang pelbagai kecuali game Candy Crush Saga. Ehem. Hehehe.

Jom lihat apa aktiviti budak 4 tahun lebih ni lakukan.



1. Bagi mereka menolong kita di dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan. Nak dijadikan cerita, saya ada beli meja kopi. Jadi memang nak pasang sendirilah kan. Dia datang nak tolong. Okay, kita bagi aje dia tolong. Kita sama-sama lakukan aktiviti tu bersama-sama. Bila dah siap pasang meja ni, memang seronok. Dialah  yang seronok umpama dah berjaya selesaikan tugasan penting.





2. Bawa mereka bersiar-siar. Biarlah mereka dekat dengan persekitaran yang boleh membantu perkembangan sosial mereka. Tak adalah mereka asyik mengadap tablet aje. Banyak keburukan dari segi mata dan mereka dikhuatiri tidak pandai bergaul dengan baik. Yelah, mana sempat nak bergaul dengan orang ramai kalau asyik bergaul dengan game aje. 



3. Jika rumah anda dekat dengan zoo atau taman tema seumpamanya. Rajin-rajinkanlah membawa mereka ke sana. Kebetulan pada hari tu, ada pameran Petani Penternak dan Nelayan. Jadinya saya membawa Afiq ke sana. Kat sini dahlah banyak haiwan. Jadi dia teruja melihat dan nak memegang. Alhamdulillah ada peluang. Kita bagi aje dia pegang. Budak-budak memang seronok dengan aktiviti sebegini. Kalau kita tak ada bajet, bawa mereka keluar ke tempat yang bersesuaian. Tak semestinya mereka perlu ke tempat-tempat berbayar. Pandai-pandailah kita mengaturnya.



4. Hari tu, adik kepada kakak ipar 2 saya ada belikan roller blades untuk Afiq. Tak sampai seminggu, dia dah pandai imbangkan badan, dah laju meluncur. Sekurangnya dengan permainan baru ini, dia dapat larikan fokus dia terhadap game tu.


Afiq suka pasang, baiki, godek-godek permainan dia

5. Selalu belikan permainan untuk mereka. Sekurangnya dengan permainan, mereka ralit dengan benda yang berbentuk fizikal. Sebetulnya, sebelum ini saya tak berapa gemarkan Afiq membeli mainan. Selalu juga terasa membazirnya abang 2 saya yang asyik membeli mainan. Memang tak dinafikan mainan yang dibeli tu tak adalah mahal sangat. Tapi saya tetap rasa membazir! Hinggalah satu hari tu, saya ada membaca artikel mengatakan bahawa 'belikan permainan untuk anak-anak anda. Kerana pada satu hari nanti, mereka tidak akan memerlukan permainan itu lagi' [lebih kurang macam tulah ayatnya]. 

Jadi saya terfikir, betul juga dengan kenyataan tu. Yelah, bila anak-anak saudara atau anak-anak sendiri dah besar. Mereka dah tak akan pandang pada permainan lagi. Lagipun, usia pembesaran mereka antara 1 tahun sehingga 6 tahun adalah terlalu pantas. Pejam celik dah besar. Tak salah jikalau kita membeli permainan kepada mereka dengan kadar yang berpatutan. Tak perlu permainan yang mahal-mahal. Biasanya kedai yang menjadi pilihan saya untuk membeli permainan ialah Kedai Eco [atau lebih glamer dengan panggilan kedai 2 ringgit].



6. Bawa mereka merasai sendiri pengalaman kehidupan. Abang 2 saya gemar membawa Afiq untuk memancing ikan. Sehingga satu ketika, apabila hujan aje dia akan ajak walid dia tangkap ikan. 'Jom walid, kita gi takap ikan'. Tak kira masa, maghrib ke, petang ke, tengah hari ke. Adakala agak menguji kesabaran si walid. Haha. Nak-nak kalau Afiq mengajaknya memancing time waktu maghrib. Yelah, budak-budak bukannya tahu masa mana yang sesuai. Biasanya abang 2 saya akan bagitahu tak boleh.



Kebetulan pada bulan 12 lalu, kat Terengganu musim hujan. Kebetulan adik bongsu saya ada balik kampung. Sepanjang tempoh adik 4 saya balik tu, Afiq seolah-olah tak nak berenggang dengan Poksunya. Yelah, Poksu suka tangkap ikan, pergi mengail. Biasanya dia pergi malam. Memang Afiq nak mengikut.

Bila Poksu cari cacing, dia pun pergi sama. Memang dia bukan penggeli. Yelah, Afiq ni kan budak kampung. Mana boleh nak demand semacam. Kenapa saya tekankan dia budak kampung? Kerana pada usia dia ni, dia tersangat lasak dengan aktiviti kampung.



Yang ini ketika menangkap ikan di tali air. Jangan risau, Afiq di bawah pemantauan walidnya. Dia memang suka aktiviti ini. Rasanya inilah aktiviti yang teratas yang dia gemar. Sekarang ni dah pandai tangkap ikan laga [sekila]. Pegang belut tu biasa. EEE. Siap cakap kat saya 'belut boleh makan'. Haaa??? Ya Allah. Kita yang dengar dah geli. Tak boleh nak bayangkan.



7. Sejak saya suka mewarna. Lagilah Afiq dah tak berapa pandang game kat handphone walid dia. Bagi saya, inilah aktiviti yang agak berkesan untuk menghindarkan budak-budak duk main game. Tumpuan mereka lebih kepada pemilihan warna, nak warna sampai siap. Bila dah siap tu, memang tersangat happy. Kalau kita tak mewarna, siap ajak lagi 'jomlah cuda kita warna'. Memang saya ikut aje dia. Itupun saya warna sikit aje, yelah mewarna ni kalau tak ada semangat, memang tak jalan.



8. Ini basikal kesayangan Afiq. Kebetulan motorsikal ayah saya disembur cat biru. Jadi ada lebihan cat. Nak tahu, satu hari tu dia terjumpa cat di dalam tin milik ayah saya. Terjatuh kat atas tanah. Apalagi, si Afiq ambil dan sembur pada basikal dia. HAHA. Pada masa saya balik kerja, memang terkejut melihat basikal ini dah bertukar wajah. Pandai dia sembur, tak adalah terlalu bersepah-sepah kecuali di bahagian tayar. Kira oklah dengan umur dia 4 tahun tu. 

Dari sini, kita dah tahu bahawa anak-anak kecil ni banyak kelebihan mereka. Banyak perkara yang mereka nak terokai. Banyak idea. Banyak bakat mereka yang terpendam. Sekiranya mereka asyik berkepit dengan smartphone, dah tentu semua bakat yang ada dalam pada diri mereka tidak akan berkembang. Tidak akan kita lihat, tidak akan terserlah. Tidak dapat kita tahu atau jangka apa keistimewaan diri mereka.

Dan tips yang paling penting ialah BUANG SEMUA GAME yang ada dalam smartphone. Abang 2 saya dah buang semua game yang ada dalam telefon dia. Jadinya, Afiq dah tak ada modal nak pinjam telefon walidnya. 

Sekarang ni, aktiviti wajib Afiq ialah bermain basikal, lihat orang bermain bola kat stadium di petang hari dan sekali sekala pergi memancing [sekali sekala je sejak sebulan ni, kerana dia dapat basikal baru]. Hehe. 

Semoga tips di atas sedikit sebanyak membantu ibu bapa dalam mengawal anak-anak mereka sebelum terjerumus ke lembah ketagihan game. Yang pasti, perlu sesuaikan dengan bajet atau persekitaran tempat tinggal. Kalau tinggal jauh dari pantai, cari alternatif lain. Kalau tinggal kat bandar, boleh cari jalan lain. Rasanya kat bandar lagi banyak pilihan permainan.



Thursday, January 28, 2016

Followers Yang Menjunam Secara Tiba-Tiba

Tak tahulah kamu semua perasan atau tidak. Nak dijadikan cerita, saya ni bukan ramai followers sangat. Itu bukan masalah dia [ramai ke tak], akan tetapi yang masalahnya sekarang ialah number of followers tu akan sentiasa drop sampai berpuluh orang. Takut!

Saya dah perasan dah banyak minggu dah. Yelah, bilamana pengikut tak ramai kita mudah nak perasan jumlah pembaca tu. Pada mula angka menurun, saya terkesan juga [baca berdebar]. Haha. Memang kelakar apabila mengingatkan ketakutan yang tak munasabah saya tu.

Ketakutan:

1. Apa yang aku tulis hinggakan orang 'exit group' ni eh?
2. Tulisan aku ada yang kasar atau bajet bagus atau menyakitkan hati [paling saya takut] orang ke? Yelah, kadang kita tak sedar main tulis aje walaupun apa yang kita ceritakan itu hanyalah cerita harian kita.
3. Terasa sangat takut. Terasa 'eh aku ada musuh ke?'.
4. Banyak lagi, nak cerita malu. Haha. Tapi memang sangat menakutkan hati terutamanya apabila ingat tentang 'musuh'. Zaman sekarang kan bahaya. Haha. Memang penakut aku ni.

Selepas saya selidiki, rupa-rupanya blogger ini dah remove semua followers yang tidak menggunakan google akaun.

Semua link ini saya baca kerana keterujaan nak tahu apa sebab musababnya:

Boleh jengah link ini : Bloggers Followers
Link : The Followers Rewrite Should Only Affect Following
Link : Dear Followers Of This Blog

Baca semuanyalah kalau rajin kat blog mamat tu.

Forum : Forum Blogger

Ini saya petik sikit dari forum "As part of this plan, starting the week of January 11, we’ll remove the ability for people with Twitter, Yahoo, Orkut or other OpenId providers to sign in to Google Friend Connect and follow blogs. At the same time, we’ll remove non-Google Account profiles so you may see a decrease in your blog follower count."

Okay, dah terang dan melegakan hatiku yang gundah gulana. Ingatkan ada tulisan yang telah mencarikkan perasaan pembaca [eceh, bajet ada pembaca. Haha]. Rupanya ini yang mereka lakukan kepada semua pengikut yang telah mengikuti mana-mana bloglah. Tak kiralah kan blog siapa.

Sekarang, dah LEGA. Tersangat lega. Buat terkejut orang ajelah google ni.



Wednesday, January 27, 2016

Random Talk

Hal lain kita cerita lain kali. Dah berhari-hari nak bercerita tentang hal ini. Beberapa hari yang lalu, kebetulan saya bercuti dari kerja. Jadi banyak masa yang lapang untuk saya explore beberapa perkara. Bukan explore apapun, sekadar melihat instagram. Nak dijadikan cerita, saya main klik klik aje pada gambar di ruangan search. 

Hinggalah jari menekan 1 gambar berpurdah. Apabila di lihat pada instagram tersebut [saya tak ingat apa namanya kerana main klik aje], banyak gambar wanita berpurdah. Rupanya wanita ini jual purdah rupanya.

Menjual purdah bukan isunya. Namun saya terkejut sikitlah, kerana selama ni saya bukan tahu tentang ini. Rupanya sekarang dah trend berpurdah [berniqab], posing ayu dan ditambah seri dengan flower crown. Banyak gambar wanita berpurdah menghiasi dada instagram sekarang kan? [update: Mungkin orang akan cakap, apa salahnya dengan flower crown? Tak salah. Cuma pada anggapan saya [anggapan orang lain saya tak tahulah], orang yang berpurdah biasanya lebih simple dan tidak begitu suka melihat dan dilihat. Ada juga si suami yang meletakkan gambar isteri berpurdah dengan banyak di instagram. Itu yang saya terkejut kerana kebiasaannya mereka tidak gemar gambar isteri mereka dipertontonkan. Itu aje].

Mungkin saya agak ketinggalan zaman, bukan nak menyalahkan orang berpurdah. BUKAN. Jangan salah faham. Cuma saya terfikir, biasanya kan mereka yang berpakaian sebegitu tidak begitu gemar untuk menonjolkan diri mereka? Banyak sebablah kan. Dulu, saya selalu melihat orang berpurdah namun dengan perasaan takut. Sebab tak ramai yang pakai purdah. Sekarang, Alhamdulillah dah ramai berpurdah.

Apapun bagi saya ini adalah sesuatu yang baru. Moden rupanya orang berpurdah. Saya tak tahu kerana mungkin saya banyak explore gambar pemandangan, decoration rumah, gambar makanan. Jadi saya agak ketinggalan dan terkejut melihat semua ini.

Hermm. Tulisan ini mungkin saya akan simpan di dalam draft kerana tulisan ini hanya sekadar pertanyaan, ekpresi keterkejutan. Semoga kita sentiasa di tunjukki jalan yang lurus dan Tuhan jaga hati kita. Amin.


Thursday, January 21, 2016

Little People, Big World

Sepatutnya saya tulis semalam bagi mengenangkan kegagalan ujian memandu kakak ipar saya. Tapi tak sempat di tulis disebabkan saya membuat beberapa kerja lain. 

Sebelum ini saya pernah menulis tentang ini : ASTRO dan juga SAY YES TO THE DRESS. Selalu juga saya membebel tentang rancangan-rancangan yang ada kat dalam tv. Ini belum lagi tentang siri tv 19 Kids and Counting. Nantilah kita cerita.

Semalam, saya di pejabat. Kakak ipar 2 memberi mesej mengenai debaran ujian memandunya. Mesej demi mesej dan mesej itu berakhir dengan makluman kegagalan. Saya ingatkan gagal salah satu je. Rupanya kedua-duanya gagal iaitu ujian jalanraya dan ujian bukit. Saya tak pasti mengenai ujian bukit ini, kerana dulu tak pernahlah pula terfikir ujian bukit ini berbeza dengan jalanraya. Ingatkan sekaligus dan hanya ujian parking yang berbeza. Entahlah, mungkin maklumat saya dah tak berapa nak up to date kot.

Balik rumah, kakak ipar 2 tak ada kat rumah. Dah tahu, dia tentu balik ke rumah mak dia. Seperti biasa, saya akan ON tv di channel TLC - siri rancangan LPBW. Macam tahu-tahu aje apa yang kami tengah alami sekarang.


Jeremy dapat lesen terus nak pergi ke sekolah ambil adiknya

Kalau tak silap, siri ni dah pernah ditayangkan. Rasanya ini hanya ulangan kot. Nak dijadikan cerita, semalam anak dia Jeremy ambil lesen, dah besar katakan. Sedih juga sebenarnya episod ni. Amy macam nak terima realiti ni dengan hati yang berat. Anak dia dah nak ambil lesen dan bermakna anaknya dah dewasa dan semakin lama akan meninggalkannya.

Point yang saya nak ceritakan mengenai siri semalam ialah, si Jeremy dan Amy [emaknya] ke tempat ujian memandu. Dengan usia 17 tahun, dah segan kan kalau mak nak meneman lagi. Biasanya kita memilih untuk pergi dengan kawan-kawan. Tak berdikarilah kan kalau masih nak susahkan mak ayah sendiri. Tapi dalam budaya atau boleh dikatakan persekitaran merekalah kot, perkara ini adalah biasa. Oleh itu, Amylah yang menghantar dan menemani Jeremy untuk mengambil lesen.

Perkara yang paling BEST ialah SENANG sangat rupanya nak dapat lesen. Tak tahulah kot saya yang silap pemahaman. Haha. Jeremy dan ibu dia datang ke tempat ujian memandu. Lepas tu dia isi borang, tak lama lepas tu terus buat ujian pemanduan. Dah siap ujian terus dapat keputusan sama ada lulus atau gagal. Bila dah lulus terus ambil gambar pasport untuk buat lesen. Lesen dah siap. Tamat. Maknanya dah memiliki lesen secara sah. Tak pastilah kot Jeremy dah berlatih sebelum ini, tak nampak pula atau saya yang tertinggal episod.

Memang terkedu jugalah apabila melihatnya. Saya bayangkan kakak ipar 2 saya berpenat lelah hadiri latihan memandu. Cukup 20 jam latihan, menunggu pula untuk ujian memandu. Dah menunggu hampir 1 bulan, akhirnya kegagalan yang ditemui. Tak kisah sangat tentang gagal, kerana kegagalan mengajar kita erti ketabahan dan bangkit kembali. Yang saya kisahnya ialah kegagalan bermakna kak Amani [nama kakak ipar 2 saya] terpaksa keluarkan duit lagi sedangkan dia tak kerja. Terpaksa kumpul duit dulu. Semoga dia bertabah.



Si Jeremy dah riang gembira kerana dah lulus ujian memandu, manakala kakak ipar saya berduka seketika mengenang kegagalannya. Tak mengapa, boleh cuba lagi.

Adik dia si Molly teruja kerana kali ini, dia akan balik ke sekolah dengan abangnya Jeremy. Sweet juga bila melihat ibunya Amy tak cakap siapa yang akan mengambilnya kat sekolah. Memang bangga bila abang dah dapat lesen. Boleh jalan-jalan, boleh hu ha hu ha.

Beberapa hari selepas tu, giliran si Zach pula mengambil lesen dan dia lulus! Sporting aje Amy menyuruh Zach pandu kereta sampai kat rumah.


Sumber: Google

Ini gambar ketika mereka masih kecil lagi. Si Jacob [anak yang bongsu] selalu buat hal sendiri. 



Terpana melihat gambar mereka dah besar terutamanya si Jacob. Lain sikit mukanya ketika besar. Episod yang kali akhir saya lihat ialah Jeremy dah kahwin. 

---------

LPBW ialah kisah dokumentari mengenai pasangan kerdil yang mempunyai seorang anak kerdil dan 3 anak normal. Matt [ayah], Amy [ibu], Jeremy dan Zach [pasangan kembar], Molly dan Jacob. Menarik mengenai rancangan ini banyak ditonjolkan kasih sayang antara keluarga. Adik beradik yang sangat rapat-adakalanya tak rapat sangat-adakala ya. Hehe. Perjalanan penuh emosi seorang ibu dan ayah apabila anak-anak mereka dah besar. Siri ini hanyalah kisah orang biasa, lalui kehidupan seharian, suka duka, perjalanan mereka membesarkan anaknya. Namun ketahuilah, ini kisah biasa yang sangat luar biasa.

Banyak sisi positif yang boleh kita ambil dari kisah mereka. Matt yang [adakala] tak berputus asa dalam melakukan apa yang dia nak. Amy yang sangat supportive sebagai isteri. Anak-anak mereka yang seronok kita lihat. Ya, seronok melihat pertalian adik beradik yang adakala yang ni merajuk, yang ni macam ni macam tu. Mereka semua menuju ke arah kedewasaan. Memang sangat terharu sikitlah apabila dah lama follow cerita ni. Cuma tak sangguplah nak tengok ulangan-ulangan yang lama sebab siri ini dah terlalu lama ditayangkan di tv. Haa, boleh ke pautan ini untuk maklumat LPBW. Cubalah tonton rancangan ni, memang menarik. 

Nanti kita bercerita perihal Extreme Cheapskates pula eh!.



Wednesday, January 20, 2016

UPU ONLINE

Beberapa hari lepas, terbaca hebahan di dalam emel daripada pegawai di pejabat mengenai permohonan kemasukan ke universiti. Rasanya tak salah saya hebahkan makluman ini bagi pengetahuan dan sebagai panduan kepada pelajar. 

Dulu kita banyak gunakan manual, sekarang dah banyak online je.

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU LEPASAN SPM/SETARAF DAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2016/2017



Permohonan kemasukan pelajar baharu lepasan Spm/Setaraf dan Stpm/Setaraf bagi Sesi Akademik 2016/2017 ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti menerusi permohonan UPU ONLINE.

Klik link ini untuk maklumat lanjut : UPU

Adik-adik sekalian. Ayuh lekas!


Sunday, January 17, 2016

Jom Menjelajah Ke Negara Kiwi

Kan, baru-baru ini Air Asia dah buat pengumuman laluan baru ke Auckland, New Zealand. Tadi saja jelah kan mencari-cari harga tiket untuk return. Cari aje, tak tempah pun. Banyak juga info yang saya perolehi, namun bukannya ada bajet nak ke NZ. Jadinya, saya sekadar mencari info dan melihat gambar-gambar di blog orang.

Mula-mula saya cari info mengenai harga tiket return ke Auckland. 

Tarikh: 21 Julai - 29 Julai 2016
MAS: harga lebih kurang RM3,900 
Air Asia : harga lebih kurang RM1,383 [termasuk luggage 20 kg dan insurans]
Jet Star : harga lebih kurang RM2,725 [tak cari details sangat]

Jika kita lihat di sini, dah tentulah AA yang menjimatkan. Lagipun perkiraan itu dah termasuk luggage dan insurans. Kalau boleh dijimatkan lagi tambang tu dah tentu lagi bagus. Hehe.

Kalau betul-betul nak pergi, harus saving dari sekarang dan kena bersungguh-sungguh. Akan tetapi, kita ni banyak lagi nak buat benda lain. Jadi terpaksa pendamkan dulu hasrat nak lihat gunung ganang dan segala pemandangan 'syurga dunia' kat sana. 

Kena fikir semua kos, dari segi transport ketika kat sana, tempat tinggal dan beberapa kos lain.

Nak dijadikan cerita, tertarik dengan NZ selepas asyik follow page nature kat facebook. Selalu lihat gambar NZ yang cantik macam lukisan tu. Keterujaan itu ditambah lagi dengan kisah Mizz Nina di NZ melalui rancangan Always A Traveller tu. Jatuh cinta dengan alam kat sana.

Tamat.


Thursday, January 14, 2016

Gaji Pertama vs Bajet/Belanjawan 2016

A'ah ah, semuanya berkaitan dengan diri saya. Gaji pertama pun ya. Bajet pun ya. Belanjawan pun ya. 2016 pun ya. Sebab tulah, tajuk entry semuanya saya borong. Menulis secara borong. Sebetulnya gambar di bawah dah lama terdampar di dalam draft. Dah masuk minggu ke-2 2016. Malam ni, saya tak nak lengah lagi menulis perihal duit. Duit dan duit. Hehe. Saje je ulang-ulang ayat duit tu. Tak bermakna saya mata duitan, tapi duit memang penting. 

Kita mulakan dengan Gaji Pertama.

Dulu, masa dapat kerja tak terfikir pula bila dapat gaji pertama [masa dapat kerja tetap], apa yang aku nak buat? Apa yang dibelikan? Nak bagi kat siapa? Rasa RUGI sangat bilamana kita tak manfaatkan bebetul gaji pertama kita tu. Haish. Nak kata menyesal tak adalah. Tapi lebih rasa kenapa dulu tak terfikir tentang semua tu? Rasa cemburu bila dengar mereka yang bercerita, gaji pertama mereka buat inilah itulah. Hey! 

Namun kan. Alhamdulillah, bulan ni merupakan bulan kenaikan gaji tahunan. Terfikir. Terdetik dalam hati nak gunakan gaji pada bulan ini untuk sesuatu yang bernilai pada diri. Oleh sebab dulu tak pernah buat kan, jadi kenaikan ni saya anggap gaji pertamalah senang cerita. Kalau ikutkan list yang tiba-tiba beratur kat dalam hati tu kan, mak oi panjang. Padahal naik seciput je. Tapi bersyukurlah dengan kenaikan tu daripada tak ada apa-apa. 

Kita yakin cukup, insyaAllah tentu dia akan cukup.

Saya dah senaraikan dalam hati nak buat apa dengan gaji ni. 

1. Untuk ibu bapa [bapa ajelah, ibu dah tak ada].
2. Untuk diri sendiri [reward]. Dulu rasanya tak buat apa pun kot untuk diri dengan gaji pertama. Hurmm!
3. Untuk sesuatu yang saya tetiba berhajatkan sebegitu. InsyaAllah, ada rezki. Yakin!

Sekarang kita ke Bajet/Belanjawan 2016.

Dulu, saya pernah catat semua perbelanjaan untuk setahun. Amount yang telah dibelanjakan sepanjang tahun tersebut masih lagi saya simpan di dalam buku bajet. Hehe. Buku nota biasa je.

Jika dilihat pada sejarah diri, saya sebetulnya suka mencatat apa yang dibelanjakan. Err, dulu semua saya catat. Haha. Sampai puluh puluh sen pun memang ditulis. Sekarang, dah tak tulis sen-sen tu. Sekarang buku bajet dah lama terabai. Rekod belanjawan pun dah lama tak bersambung. Memang dah lama sangat saya bengkalaikan mereka.

Saya juga download 1 aplikasi bagi nak rekodkan semua perbelanjaan harian, namun juga menjadi projek gajah putih. Tak tertulis.



Jadinya, pada bulan Disember 2015 lalu. Saya dah mula perlahan-lahan dokumentasikan belanjawan saya. Konon nak mulakan pada Januari 2016. Sementelah tahun 2016 agak mencabar berikutan kejatuhan nilai ringgit. Saya dah merancang untuk menyimpan dan mencatat semua perbelanjaan. Semoga berjiwa kental untuk mencatat. Hehe. Takut juga tewas di tengah jalan.

Pelan yang dirancang merangkumi jangka panjang, sederhana dan pendek.

Jangka panjang - mestilah nak berbuat sesuatu yang bermakna. Untuk masa depan, nak jugalah memiliki sesuatu yang bersejarah. Macam sebuah rumah ke, atau ke tempat yang saya naaak sangat pergi. Amin.
Jangka sederhana - sesuatu yang saya perlu lakukan pada tahun ini. Contoh nak beli sesuatu contoh macam handbag berjenama yang tak pernah saya miliki sebelum ini. Urmm, atau apa jua yang berharga [bagi sayalah]. Nak bercuti ke atau bayar roadtax kereta ke apa. Contoh ajelah ni. 
Jangka pendek - sesuatu yang saya nak beli contoh macam oven. Jangan gelak! Janganlah gelak. Hehe. 

Dokumentasi tu akan meliputi bajet bulanan, perbelanjaan harian, semua bil-bil bulanan, semua bukti resit pengeluaran duit dan semua resit yang berkaitan. Kita simpan untuk sesuatu tempoh dan buang apabila cukup masanya. 

Tips dan perancangan bajet/belanjawan 2016.
1. Duit ibu bapa. Dapat banyak bagi banyak. Nak bagi banyak sangat pun tak mampu sangat. Janji bagi jangan putus. Dapat gaji, terus asingkan sejumlah yang kita nak bagi kepada mereka. Lagi elok, hari ni dapat gaji, hari ni juga kita bagi kat mereka. Atau sebelum membeli barang keperluan diri kita. Kalau tak, memang bajet lari. Haha. Saya dah pernah merasai bajet itu melarikan diri dan saya berasa sangat kecewa. Kecewa dengan diri sendiri.

2. Saya mula asingkan semula duit kepada beberapa purse. Duit minyak kita asing kat purse 1, duit tabung kat tabung lah kan? Hehe. Duit untuk perbelanjaan harian, saya tak buat. InsyaAllah bulan berikutnya baru mencuba kot. Sekarang, hanya sempat bajet kat dalam kepala aje. So far, ok.

3. Dapat gaji terus asingkan duit mengikut pelan jangka. Cuba agar tidak memporak perandakan bakinya. Haha.

4. Menyimpan, menyimpan juga. Sekali sekala perlu manjakan diri. Jangan kedekut untuk membeli apa yang diingini. Haish, kalau ikut ingin, memang banyak. Kalau ikut keperluan, tak adalah banyak mana. Keinginan tu yang banyak sangat, suka mengganggu kita lah.

Dan beberapa lagi perancangan yang masih di dalam kepala. Tak bolehlah nak tulis semua kat sini. Baru perancangan. Semoga menjadi. Amin.



Tuesday, January 12, 2016

Hasil Dari Termenung

Tak nak cakap banyak. Cuma nak kongsi hasil dari termenung di depan buku mewarna dewasa. Ini bukan sebarang termenung, sebab tu dia berwarna-warni macam ni. Hehe.

Buku : Enchanted Forest
Pelukis : Johanna Basford






Dalam mewarna, tiada betul tiada salah. Maka bolehlah kita membantai apa jua warna yang kita suka. Suka!



Oh ya, yang ini tak siap lagi. 




Konon nak praktis lebih kerap dalam menulis secara realiti. Menulis secara maya dah kerap sangat. Sekarang ni memang menulis secara realiti tapi agak kurang. Tulisan udoh do'oh. Adakala benci bila melihatnya. Haha. Jadi nak praktis tulis cecantik. Tu je.



Saturday, January 9, 2016

Suka Duka Kehidupan Budak Tabika

#entry throwback 2015

Selama hampir setahun berulang alik ke sekolah tabika si Afiq dan Baihaqi. Pada bulan November yang lalu telah diadakan sesi mengambil gambar kenangan bagi kesemua pelajar yang terlibat.

Pada awalnya, Baihaqi sangat bersemangat untuk mengambil gambar. Afiq pula seperti biasa, sesi ponteng sekolah dilakukan dengan sangat cemerlang sehingga akhir pengajian tabikanya. Bagi mereka yang rapat dan mengikuti perkembangan si Baihaqi dan si Afiq ini dah tentu mengetahui bahawa, terdapat 2 perbezaan yang sangat ketara diantara kedua mereka.
Afiq: Tidak berapa rajin untuk ke sekolah. Masalah yang membelenggunya ialah dia bukannya morning person. Perlu tidur lebih awal bagi memastikan tidurnya cukup dan apabila bangun di awal paginya, dia tidak begitu meragam dan buat perangai yang pelik-pelik. Adakala bila dah bangun sekitar jam 9:00 pagi, dia membuat permintaan aneh 'Afiq nok gi sekolah Ummi'. 
Baihaqi: Sangat mudah bangun pagi. Seawal sebelum jam 6 pagi, adalah menjadi kebiasaan baginya. Paling lewat sekitar 6.30 pagi dah bangun atau sudah siap untuk ke sekolah. Sangat sukakan sekolah. Baginya sekolah itu umpama sebuah istana kecil buatnya. Baihaqi bahagia di sekolah kerana terdapat banyak mainan. Haha.
Hari kegembiraan telah pun tiba. Walaupun Afiq tidak ke sekolah, namun dia tahu dan maklum akan adanya hari bergambar untuk kesemua pelajar tabika. 



Gambar Afiq dan Cikgu memang tak diblurkan kerana mereka ni bersaudara. Cikgu tabika ini sebenarnya mak saudara saya. Sebab itulah Afiq sangat dialu-alukan untuk bersekolah walaupun masih belum cukup umur. Kerana itulah walaupun Afiq selalu tak datang ke sekolah, informasi tetap Afiq tahu dan Afiq tetap tak dibuang dari sekolah. Haha.

Berbalik kepada gambar, kelihatan Afiq berdiri di sebelah paling kiri terkiput-kiput, tersenget-senget jubahnya. Belas hati bila kita lihat. Bila berkali-kali saya lihat gambar ini, rasa kesian pula. Yelah, Afiq baru berumur 4 tahun. Sekolah memang selalu ponteng. Tapi prestasi di dalam menyertai kegiatan sekolah sangatlah memberangsangkan. Mana Baihaqi?? Janganlah tanya, sian kat Bai. 

Ketika semua orang mengambil gambar, si Baihaqi pula sedang menangis. Dia tak nak ambil gambar, semua tak nak. Yang dia nak hanyalah menangis. Hehe. Jadinya, Baihaqi selaku pelajar yang sangat gemilang dari segi kehadiran tiada dalam gambar. Maka tiadalah bukti bahawa Baihaqi pernah bersekolah di tabika ini. Wakil yang ada hanyalah si Afiq.



Saya dah pesan kat si Afiq apabila melihat gambar ini. 'Bila Afiq amik gambor, jangan ketap bibir. Buat muka biasa je. Senyum atau buat mulut macam ni'. Sebenarnya tak penting pun, sebab ini kenangan mereka semasa kecil. Bila dah besar nanti, tengok gambar ni, dah tentu mereka malu-malu. Wajah suci murni.




Semasa sedang bercuti sekolah, Cikgu dah maklum ada 1 pertandingan mewarna. Jadinya Afiq ke stadium tertutup bagi menyertai pertandingan tu. Apabila melihat gambarnya ini, saya dah tahu. Afiq terpengaruh dengan gaya saya mewarna. Haha. Saya memang mewarna dengan pelbagai warna. Tapi tak sesuai untuk diaplikasikan pada kartun Upin Ipin ini.

Bila tengok gambar ni, memang kelakar. Muka putih [Qu Putih Qu Putih], tangan gelap [Eee, muka putih tangan hitam. Haha], telinga hijau [macam toyol]. Memang kombinasi yang tidak diketahui mana arah tujunya. Tak mengapalah, inilah yang dipanggil kekreatifan budak tabika.

Baihaqi memang tak berapa minat di dalam benda-benda macam ni. Tujuan dia ke sekolah hanya untuk bermain.

Kak Mi [pekerja kat tabika] selalu bagitahu saya 'Baihaqi takmo jalan-jalan, dia tu besor, jadi cepat dokrok [penat]. Afiq kalau suruh jalan, rajin je tapi malas koloh'.



Nak dijadikan cerita, Afiq apabila dah selesai mewarna dia terus balik. Walidnya dah tahu Afiq tak akan menang apabila melihat lukisan yang dia warna tu. Eh, rupanya Afiq menang. Dapat nombor 15 macam tulah. Cikgu cakap, oleh kerana budak-budak yang datang lebih kurang 30 orang macam tu je, pihak penganjur buat keputusan untuk bagi hadiah kepada semua pelajar. 

Inilah hadiahnya. Cikgu dah tolong simpan buat Afiq, Bagi budak 4 tahun, hadiah ini dah amat bermakna sangat dah. Tahun 2016 dah tentu Afiq semakin banyak mendapat peluang untuk sertai pertandingan. Sebelum ini agak terhad kerana tak cukup umur. Harapnya Afiq bersemangat kerana separuh semangatnya dah hilang. Kenapa? Nantilah saya cerita di lain lembaran.



Thursday, January 7, 2016

Antara Bookmark Dalam Hidup

Kira-kira setahun yang lepas, ditakdirkan pejabat saya bergabung dengan pejabat yang 1 lagi. Kami masih hidup berasingan. Mereka di sebelah kanan dan kami di sebelah kiri. Akhirnya, selepas berjauhan terdapatlah arahan agar kami berpindah ke sebelah kanan.

Maka episod hidup saya berubah.

Pada mulanya agak kekok kerana tak berapa nak kenal dengan kawan sebelah. Bukanlah tak kenal langsung. Kenal, namun  tak berapa rapat. Diri ini dah dapat pesanan awal daripada penaja bertudung cerah. Haa, carilah siapa yang bertudung cerah kat dalam gambar ni. Hehe.

Penaja cakap, mereka ni tak suka nak ambil tahu hal orang. Tak melepak tak tentu pasal. Buat kerja fokus tu jangan cakaplah. Tak bercakap kalau tak ada benda yang nak dicakapkan. Hati ini cuak juga. Macam mana nak berkawan ni. Apa topik yang boleh diajak bersembang dengan mereka? Bab tak suka ambil tahu hal orang tu, memang saya suka. Bila diingatkan senarai yang lain, terasa macam nak masuk asrama lagaknya. Saya ni, dahlah susah nak mula berkawan. Ehem. Memilih sikit. Ya, saya memang memilih. Tak pandai nak berkawan dengan mereka yang terlalu kecoh-kecoh. Selalunya saya cepat serasi dengan mereka yang seadanya. Haha. Nak cakap sendu kan, macam tak kena.

Dipendekkan cerita. Yelah, kalau tak dipendekkan mahu 2 3 muka surat panjang berjela saya tulis. Haha. 

Selepas setahun lebih bersama, sedikit sebanyak kami mengenali antara satu sama lain.



[Ah-Sue-Kak Dah-Zura-Sila abaikan saya yang adakala mengalami masalah tudung, kadang nampak macam serabai sangat. Terpanjang pula penerangan. Haha-Ain dan Jaa]

Mereka sebenarnya sangat okay. Cuma pada awalnya, tak dinafikan saya banyak memerhati dan mengikut rentak mereka. Apa yang boleh dibualkan, apa topik yang tak menyentuh sensitiviti antara kami. Alhamdulillah. Hasilnya kami dah menjadi 1 kawanan kumpulan baru. Mungkin boleh dinamakan Kumpulan Chocolate Chip. Haha. Entah apa yang kamu mengarut ni.

Sekarang [bagi sayalah], untuk bertemu dengan kawan yang baik macam masa kita belajar dulu adalah susah. Ingat senang ke nak dapat? Susah. Kita berkawan semasa kat pejabat je, tak tidur bersama. Tak susah senang bersama. Jadi memang berbeza. Apabila kita berjumpa dengan mereka yang serasi, sekimia dengan kita, memang menyeronokkan dan amat bookmark sekali. 

Entahlah. Bagi saya, mereka adalah rezeki daripada Allah. Rezeki dapat kawan yang menyenangkan dan saling tegur menegur. Tak dinafikan perkara yang paling saya seronok ialah mereka bukan jenis menjaga tepi kain orang [baca bergossip]. 

Bahagian sedihnya, berkuatkuasa 1 Januari 2016 kami dah berpecah. Mereka dapat pejabat baru dan telah diasingkan dengan pejabat kami. Senang cerita bukan 1 pejabat lagi. Jadinya, kami kembali kepada asal. Memang tak menyeronokkan. Biasanya ada je perkara yang kami nak sembangkan. Ini apabila mereka dah tak ada, agak suram juga keadaan kami.

Nanti dah ada masa terluang, dah set date dengan mereka. Tunggu aje masanya.

Untuk kalian, terima kasih atas kehadiran di dalam hidupku. Ecewah. 

Serius! 

Yang amat menghargai.



Nak Tulis Blog?

Sempena 2016, memang dah niat nak tukar wajah blog ni. Saya spesies yang mudah bosan dengan theme yang sama bertahun-tahun tak ditukar. Kagum juga apabila melihat mereka yang bertahan dengan theme yang sama bertahun-tahun. Saya cuba nak buat tak tahu dengan theme, tapi tak boleh. 

Kerana itulah, jari sentiasa nak cari atau ubah walaupun sedikit. Adakala header saya tak tukar, namun saya akan tukar warna font atau apa jua yang saya rasa perlu ditukar. Maka selepas berjam-jam saya kerjakan header, terhasillah header macam sekarang. Namun yang pasti, font untuk header ini akan saya tukar lagi. Haha. Cuma tak tahulah bila.

Ok. Alang-alang menulis perihal blog. Saya cuba nak kongsikan beberapa tips jikalau kalian nak ada blog. Selama ni asyik baca blog orang aje kan, kali ni nak ada blog sendiri. Nak cuba menulis pula.

Tips
1. Perlu tahu nak gunakan medium apa. Blogger? Wordpress? Pilih yang mana 1. Pastinya blogger menjadi pilihan saya kerana senang nak diubahsuai mengikut citarasa dan pastinya percuma. Manakala wordpress pula sebetulnya menjadi pilihan ramai blogger. Percaya tak, wordpress sebenarnya memonopoli kebanyakkan orang dan bukannya blogger. Cuma kalian perlu tahu macam mana nak mulakan blog menggunakan wordpress tu. Setakat ini, saya memang tak pandai. Sebab tulah masih setia dengan blogger.

2. Pilih nak tulis perihal apa. Saya sebetulnya memang menulis tentang hidup diri sendiri. Bila kita menulis tentang kehidupan, terlalu banyak yang boleh ditulis dan tak terikat dengan sesiapa. Ianya tidak terhad berbanding jikalau kita menulis tentang sesuatu isu yang kita sendiri tiada pengalaman atau pengetahuan. Buat sakit kepala je. Ps: Rasanya ada entry yang saya perlu tapis semula, sebab dulu main tulis aje. Hehe. 

3. Pastikan dalam blog anda, tidak diletakkan auto loading music. Sebetulnya, apabila kita membuka blog dan kebetulan volume kita kuat, dah tentu tergabra dan dan tu juga. Terkejut weh. Haha. Saya pernah terkena dengan blog yang ada music. Bila buka tu kan, memang berkumandang lagu tu. Tak dinafikan ada lagu yang saya suka namun secara keseluruhan, baik kita elakkan.

4. Elakkan daripada menggunakan 'salji yang berguguran'. Haha. Saya tak tahu nak panggil apa. Pernah buat blogwalking dan buka blog, sambil-sambil kita baca tu kan, ada lah macam salji jatuh tu semua. Sebetulnya ia sesuai kalau buat live wallpaper namun elakkan daripada letak kat blog.

5. Penggunaan background penting bagi blogger. Saya pernah gunakan background hitam dan tulisan putih. Rasa sangat cantik. Haha. Perasan, padahal sakit mata. Dahlah tu, font pula saya warna-warnikan dia. Sekali pandang memang nampak cantik, 2 3 kali pandang saya rasa tak sesuai. Dan sekarang, saya lebih gemar dengan warna putih. Mudah dan tak sakit kepala. Tapi tak tahulah akan datang macam mana. Cuma mungkin bukan warna yang gelap-gelap.

6. Pastikan sidebar kita tak terlalu banyak. Semua benda kita nak letak. Adakala kalau orang tu pandai menyusun, ia nampak kemas. Tapi kalau kita ni tak pandai nak atur letak dia, memang nampak berserabut. Saya tak berapa pandai nak letak banyak-banyak [ini pun dah rasa banyak], jadi mana yang perlu buang, saya dah buang. Less is more.

7. Font. Sebetulnya saya sendiri tak puas hati dengan font yang saya gunakan ni. Apa boleh buat, tak jumpa lagi dengan font pilihan hati. Jadi saya terpaksa gunakan aje font Arial ni. Paling sesuai font yang digunakan tidak terlalu kecil. Kita pilih yang sederhana kerana ia mesra pandangan.

8. Plagiat. Jangan kita sesuka hati curi atau plagiat blog orang. Makna kata, kita perlu menulis dengan gaya kita sendiri. Tapi saya pernah juga menggunakan gambar yang ada kat google. Adakala gambar tu saya main save je, link saya tak simpan. Jadinya terpaksa buat ayat 'ambil/ehsan dari google'. Lain kali kena berhati-hati juga, takut tuan empunya marah. 

Tu je lah. Nak tulis banyak-banyak, saya bukan pandai sangat. Hehe.



Tuesday, January 5, 2016

Final Exam

Dalam hidup, kita akan melalui pelbagai ranjau ujian apatah lagi peperiksaan. Sebut sahaja nama peperiksaan. Umur 5 tahun pun dah ada peperiksaan. Itu belum lagi melangkah ke sekolah rendah, ke sekolah menengah dan akhirnya di universiti.

Malam ini, saya ingin berkongsi pengalaman dan mungkin sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan. 

Untuk yang bergelar pelajar, entry ini saya khaskan untuk kalian. Tapi biasalah kan, memang panjang. Haha.

MUSIM PEPERIKSAAN AKHIR
Sekarang adalah musim peperiksaan akhir bagi yang bergelar pelajar Sarjana Muda. Untuk kali pertama, saya terlibat dengan pengawasan peperiksaan. Sekadar tolong jaga peperiksaan. Memang menarik juga tugasan ini. Namun, ada yang tak berapa sedap hati memandang. 

Semasa bertugas di dewan, saya ternampak seorang pelajar lelaki. Kurang dari 15 minit pertama dia dah nak ke tandas. Bukan isu nak ke tandas yang saya risaukan. Bukan. Saya sendiri tak pasti sama ada dia dapat ke tandas atau tidak kerana saya berjalan ronda tak lihat kejadian tersebut. Akan tetapi yang saya perasan, pelajar ini sangat gelisah. Berulang kali saya lalu di tepi mejanya dengan perasaan yang sangat belas. Ya, saya memang tak boleh nak tengok keadaan sebegini. Kasihan menengoknya.

Saya pusing di barisan meja lain, tetapi saya akan pusing lagi kat meja pelajar lelaki ni. Saya menjeling ke arah kertasnya. Masih kosong walaupun jam dah berlalu. Dia menutup kertas jawapannya dengan buku sifir [entah apa nama buku rujukan tu] yang diberikan kepada pelajar sebagai rujukan. Dalam hati 'jawablah dik, jangan tinggalkan kosong. Kalau kamu tinggalkan jawapan kosong tak bertulis, macam mana pensyarah nak tolong bagi markah?'. Namun kata-kata semangat itu hanya berlegar-legar di kerongkong saya. Tak terluah kerana saya sendiri takut nak cakap macam tu, takut potong mood pelajar. Pepandai engkau aje eh. Hehe.

KENANGAN KETIKA PEPERIKSAAN AKHIR

I. BLANK
Dulu, ketika saya menduduki final exam. Saya pernah merasai apa itu blank. Entahlah kalau kalian tak pernah merasainya. Subjek yang selalu saya score A [bukan nak eksyen], kasilah peluang nak explain. Subjek ni yang agak mudah nak score. Haha. Almaklumlah, kita ni bukan budak pandai sangat. Jadi mana-mana subjek yang mudah tu, memang akan balun cukup-cukup nak cari A. Ku harapkan panas mengiringiku ketika peperiksaan namun hujan di tika menjawabnya. Saya BLANK! Buka buku soalan, tak tahu nak jawab soalan mana. Rasanya semua saya tak tahu nak jawab. 

Saya jawab soalan ini, sekerat jalan. Jawab soalan lain pula, sudahnya hanya nombor yang saya tulis. Isi jawapan memang tak ada. Resah gelisah jangan cakaplah. Akhirnya saya hanya dapat B sahaja bagi kertas tu. Rugi kerana subjek ni memang tak susah tapi bila kita dah blank. Jangan cakap apalah. Memang tak keluar langsung idea. Hanya harapkan pertolongan Allah aje.

Kerana itulah saya memahami keadaan pelajar lelaki tu. Kasihan sangat. Saya harap dia lulus walaupun cukup-cukup makan.

Pelajar lain, ada juga yang tak terjawab soalan. Dan seperti biasa, mereka akan cuba sorokkan apa yang mereka jawab tu apabila kita lalu kat tepi meja mereka. Ah korang, akak faham perasaan tu. Segan bilamana orang lihat apa yang kita tulis. Kadang-kadang main hentam aje jawab. Haha. 

II. SYHHH!
Itu ok lagi. Yang paling teruk paper Akaun. Nak dijadikan cerita, subjek Akaun ni tak adalah susah sangat kalau kita faham. Itulah kan, nak dijadikan sejarah kehidupan saya gagal subjek ni. Haha. Semua keluarga tak tahu akan cerita ni. Matilah kalau anak buah baca ni, dah tentu dia bagitahu kat ayah mak mereka. Sukalah tu.

Dapat kertas soalan peperiksaan, tak tahu langsung nak jawab. Sudahnya saya hanya mampu buat garisan konon nak buat check and balance. Satu apa pun saya tak faham. Kesudahannya, saya repeat paper Akaun. Kan orang dah cakap, bila dah kena macam ni barulah sedar diri. Saya belajar dengan lebih tekun lagi bagi subjek Akaun. Faham pun bila kita betul-betul fokus dan cari punca apa yang kita tak faham. Alhamdulillah, subjek ni berjaya saya lepasi dengan senyuman.

III. PENGALAMAN BEST - SEDIH DAN TAWA
Antara kenangan yang tak boleh saya lupakan ialah menerima berita kematian nenek. Bayangkan malam tu saya tengah study, kakak 2 saya call bagitahu nenek saya dah tak ada. Menangis memang menangis. Esok ada paper. Pagi esok tu saya hadiri peperiksaan di dalam hujan. Berjalan dalam hujan dengan hati yang sangat sedih. 

Namun itulah kan, sesuatu yang sangat saya tidak terduga. Langsung tak pernah terfikir. Buka soalan peperiksaan, Alhamdulillah. Semua soalan saya dapat jawab. Dan yang paling saya ingat sekali ialah betapa Allah mudahkan jalan untuk saya menjawab peperiksaan. Sangat lancar, idea datang tak henti-henti. Susah untuk saya ceritakan. Boleh saya cakap, saya boleh jawab lebih dari apa yang diperuntukkan. Dia suruh kita jawab 4 soalan, namun kita mampu jawab 5 soalan. Tapi saya tetap jawab 4 aje. Ikut arahan. Idea ketika itu umpama air hujan yang sedang turun kat luar dewan. Mencurah. Syukur, sempat jugalah rasai pengalaman manis ni. Dalam sedih-sedih Allah gantikan dengan jalan yang mudah menjawab exam. Keputusan yang saya dapat ialah B+. Haha. Ya, B+ aje. Tapi bagi saya dah best sangat dah sebab subjek ni sukar. Saya tak expect pun dapat result macam ni. Lulus pun dah memadai.

IV. TIPS PEPERIKSAAN - TULIS IKUT PENGALAMAN SENDIRI
  • Belajar bagai nak rak pun tak menjamin kita berjaya jawab dengan jayanya ketika peperiksaan. Kena tahu cara soalan peperiksaan akhir. Rajinkanlah diri fotostat contoh-contoh soalan semester-semester yang sebelum ini. 
  • Buat latihan berpandukan contoh soalan-soalan tersebut. Course mate dulu, pandai dalam bab ni. Pointer dia selalu aje Dean's List. Dia ni study smart dan bukan macam saya study hard tapi tak berapa nak kena cara. Taktik kena bagus, baru ikan termakan umpan.
  • Mana-mana subjek yang kita rasa tak faham tu, kita banyakkan ulang kaji. Cari point mana yang kita tak faham. Jangan tangguh dan tangguh apa yang kita tak faham tu. Dari 1 bab ke 1 bab, makin lama makin banyak kita tersesat di dalam subjek tu. Jangan jadi macam saya. Uh, teringat betul kat subjek Akaun. Haha.
  • Paling penting, DOA. Harapkan sepenuhnya kepada Allah. Kita tak boleh lari dari hakikat kita insan lemah. Berusaha sudah, sekarang kita akan berperang di medan peperiksaan. Kalau Allah nak kasi kita blank, semua fakta kita boleh lupa-ingat-lupa. Berdoa banyak-banyak agar dipermudahkan urusan ketika menjawab.
  • Sebelum peperiksaan, call ibu ayah minta tolong mereka doakan kita. Macam saya dulu, biasa call suruh mak buat solat hajat. Dan bila difikir kembali, rasa nak minta maaf betul-betul dan merayu betul-betul dengan mak. Sebab kalau mak terluka dengan kita, takut susah kita nak jawab exam nanti. Alamak, apa yang saya alami tu?? Apakah? Mungkin ada tapi saya yang tak sedar. Mungkin. Allah Lebih Tahu. Bersangka baik. Bersangka baik.
  • Mintak maaf dengan pensyarah jika ada peluang. Dulu tak terfikir pulak nak buat macam ni. Tapi sekarang, selalu lihat budak-budak UPSR pun minta maaf dengan cikgu-cikgu mereka. Beruntungnya mereka.
  • PENTING NI. Pelajar perlu INGAT NAMA PENSYARAH. Ini kan, saya lihat pelajar sendiri tak ingat nama pensyarah mereka. Sedih sangat. Padahal 1 semester tu lebih kurang 6 bulan, sempat sangat kalau nak hafal nama pensyarah.
  • Bila kita dah usaha semuanya, kita tawakallah kepada Allah. Jangan berputus asa walau apa pun keputusan peperiksaan kita. Gagal ke lulus ke, jangan pernah putus asa. Jalan masih luas terbentang, udara masih dapat dihirup. Yang penting, kita perlu bangkit!
Untuk itu, semoga kalian dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan dipermudahkan urusan. Bittaufik wannajah  [semoga dipermudahkan urusan dalam peperiksaan]. Amin.




Monday, January 4, 2016

Birthday Akhir Tahun

Dalam ramai-ramai kenalan, dia inilah yang dilahirkan di akhir tahun. Bulan 29 Disember yang lalu adalah tanggal kelahiran kenalan kami. Si rajin yang suka memasak. Selalu aje mewahkan kami dengan masakan dia. Selalu aje buatkan kami senantiasa mengunyah walaupun tak berapa nak lapar. Hehe.

Kami memutuskan untuk menyambut di Marry Brown. Dekat tak adalah dekat sangat dengan tempat kerja. Tapi ini aje yang ada, bolehlah kan dari tak ada langsung. Kami menaiki kereta apabila jam menghampiri 1:00 tengah hari. Sampai di sana, kami dah siap-siap dengan kek yang dibeli. Order makanan dan terus ke agenda. Tak boleh nak lengah-lengah sangat, sebab masa rehat bukannya lama. 



Kek yang disepakati untuk dibeli oleh kami. Rasanya boleh tahanlah. Sedap bagi penggemar coklat tegar.



Si Manis yang diraikan ialah bertudung coklat. Kami ni bab menumpang makan, memang suka. Hehe. Doa-doa telah kami titipkan di dalam hati dan juga di permukaan whatsapp.




Ringkas aje. Sempat jugalah mengambil video sebagai kenangan. Paling best, kebetulan si Zura yakni birthday girl ni baru sahaja beli handphone baru. Haha. Sanggup pula kawan ni membocorkan rahsia di sini. Bukanlah rahsia sangat pun, cuma point kat sini nak bagitahu. oleh kerana dia ni berhandphone baru [maaf tak pandai nak guna ayat baharu], aku ni sangat tak segan silu mengambil gambar dan video umpama handphone tu handphone sendiri. Haha. Nak buat macam mana, handphone dia laju berdesup apabila nak ambil gambar. Handphone saya agak perlahan rentaknya. Maklumlah, kita punya dah lama usianya. 

Pst: Tapi handphone saya selalu menjadi pujaan hati. Haa, kalau tak puji macam ni, siapa lagi nak puji. Ye dak?

Sebut pasal handphone, tadi kan [ya baru terjadi pagi tadi], rasa bersalah yang amat kerana TERJATUHKAN handphone kawan. Serius tak tahu handphone tu ada di atas surat khabar. Kebetulan masa tu kami nak makan, spontan tarik surat khabar nak jadikan alas makanan. Melayang handphone biru yang masih baru. Kalau melayang atas bantal tak apalah juga, ini atas simen. Ada juga budak yang kena tinju karang kan. Beria minta maaf, sebab handphone tu husband dia yang kasi. Bersalah jangan cakaplah. 

Ok. Kita tinggalkan topik yang penuh diselubungi dengan rasa serba salah tu. 

Nak dijadikan cerita. Ada aje cerita eh. Hehe. Maaflah, memang banyak cerita nak kongsi. Kawan kami juga si Ah hari lahirnya adalah 1 Januari 2016. Setakat ini masih tak ada sambutan walaupun kecil-kecilan untuknya. Nantilah kami sambut walaupun hanya sebiji cupcakes. Apa ni Aida?? Ah engkau bagi cupcakes, Zura engkau bagi kek besar? HAHA. Bukan bukan. Kami kongsi duit lah. Mana ada perlakuan tidak adil di sini. InsyaAllah. Bagi saya mengingati itu lebih baik dan saya tahu kawan-kawan bukannya mengharapkan apa-apa pun.