Tuesday, March 29, 2016

Dugaan Kesabaran

Sebelum ni, saya ada tulis pasal Baik Buruk Viral. Hari ni, petang tadi [22 Mac 2016] saya mengalami 1 peristiwa yang sangat-sangat mengoyakkan hati. Nak tahu, hati ni meronta-ronta sangat nak up status kat facebook tentang hal ini. Namun disebabkan dah lama sangat tak buka facebook personal tu, saya lupakan hasrat tu. Urmm, saya kan suka menulis. Jadinya baik saya tulis kat blog saya ni je.

Petang tadi, datang seorang pelajar perempuan di kaunter. Oleh kerana semua orang sibuk, saya bangun ke kaunter. Pelajar perempuan tu bertanyakan mengenai surat tawaran masuk belajar. Dia cakap dia ada isi borang. Saya tanya pada dia isi borang ke? Kerana setahu saya tak perlu isi apa-apa borang. Saya usul lagi pelajar tu, borang macam mana? Melalui pengalaman kami, pelajar kerap kali juga maklumkan nak A tapi sebenarnya mereka perlukan B. Jenuhlah kami mencari, bertanyakan staf ini, staf itu apa yang pelajar nak. Rupanya maklumat pelajar yang salah. A dicakap B, mana nak jumpa. Saya bertanyakan hal itu sungguh-sungguh takut saya yang outdated, tak tahu dah ada borang sekarang.

Seingat saya, saya ada cakap pada pelajar tu [dan benda ni memang saya selalu cakap pada pelajar lain juga sebetulnya]. Surat tawaran belajar tu, macam surat beranak awaklah.  Pelajar kena bertanggungjawab atas surat tu, kena simpan elok-elok [lebih kurang macam ni lah, sebab ayat bertanggungjawab tu memang dah wajib saya cakap. Cuma ayat selebihnya biasa mengikut keadaan].

Saya maklum, saya tak boleh nak tolong. Perlu tunggu person incharge masuk dulu. Lantas, dia cakap dia nak cari dalam bakul, saya cakap takpe, cari lah. Saya tinggalkan pelajar tu.

Ketika staf lain sedang makan, saya memang tercongok kat depan pc saya tu tengah taip emel. Saya dah dengar bunyi loceng yang ditekan berkali-kali. Loceng tu bukannya ditekan sekali, lepas tu ditekan lagi selepas seketika. Atau kalau kita tengok staf tak bangun lagi, barulah tekan lagi. Logiklah kan tekan loceng lagi.. Ini sangat menjengkelkan cara loceng ditekan [sebenarnya ini perkara biasa bagi kat pejabat mendengar loceng ditekan sebegitu]. Saya tak tahulah begitu agaknya kegunaan loceng. Ditekan macam orang kat dalam pejabat tak dengar. Saya tinggalkan emel dan menuju ke kaunter. Rupanya pelajar tadi.

Rupanya kedatangan dia kali kedua ini mengundang dugaan. Saya lupa intronya macam mana, namun ia masih tentang surat tawarannya. Saya maklumkan padanya bahawa setahu saya surat tu tak boleh dikeluarkan kerana sistem tak ready [pihak person incharge sebenarnya masih dalam proses tambahbaik sistem]. Saya hanya menjawab apa yang saya tahu. Banyak lagi sebenarnya ayat-ayat yang keluar dari mulut pelajar ni. Akhirnya saya ambil keputusan untuk panggil pegawai supaya menjawab.

Pegawai datang dan beberapa orang staf lain turut datang ke kaunter.

Pelajar ini siap cakap apa yang saya cakap pada dia tadi 'siap cakap bertanggungjawab apala....' sambil ditujukan kepada saya. Saya sebetulnya terkejut dengan pelajar tu.

1. Surat tu adalah tanggungjawab dia, datang nak minta yang baru dekat kami. Namun biadapnya dia!
2. Langsung tiada adab. Mulut boleh tahan berapi.

Pegawai saya cakap, memang betul itu tanggungjawab awak.

Yang paling saya sangat-sangat TERASA ialah apabila pelajar berkenaan siap cakap depan-depan saya 'saya tak boleh/tak nak  bercakap dengan dia'. Untuk pengetahuan pelajar, sekali kamu buat biadap, memang kami boleh je ajar dengan cara biadap. Tapi kita anggap aje pelajar tu kurang matang, walaupun hati kita ni sakit. Sebab tulah, ada kawan saya bagitau viral pasal polis kat kaunter. Bagi saya, perkara sebegitu adakala tidak perlu diambil cakna. Berdepan dengan kerenah pelanggan ni, macam-macam rupa fe'el dia. Apa yang saya maklum kepada pelajar tu, sama je dengan pelajar lain. Kenapa dalam ramai-ramai pelajar, kamu yang tak boleh nak terima? Memang saya pun tak hingin nak layan kata-kata pelajar ni, saya balik ke tempat kerja saya.

Orang cakap tak boleh nak dengar sebelah pihak je kan? Kalau cctv pejabat saya tu berfungsi elok, nak je saya minta rakaman.

Saya tak pasti pelajar pada hari ini begini tahap lakunya [task semua]. Memang tersangat berani. Dengan pegawai saya sendiri, dia boleh belitkan. Padahal kami 5 orang berdepan dengan dia seorang. Budak zaman sekarang. Keberanian lebih terlampau.

Panjang lagi kisah dia ni. Siap datang kali ke-3. Kita skip je la eh.

Kesimpulan sepanjang saya deal dengan pelajar.

1. Pelajar datang ke pejabat dengan rasa tak puas hati. Contoh nak drop subjek tapi tak boleh. Bila kita tunjuk step dan maklum satu persatu [padahal budak U], barulah tersengih sebabnya benda tu simple je. Namun biasalah pelajar, emel penerangan yang diberi mereka tak baca. Pop up mesej pun mereka tak faham. Kami dah beberapa kali tukar ayat nak mudahkan pelajar faham. Masih lagi sama. Tak tahu sama ada mereka baca ke tak eh?

2. Pelajar lelaki datang ke kaunter, maklumkan dah hantar borang. Ini semester lepas punya cerita. Saya cakap borang dia tak ada lagi setakat yang saya buat, tak tahulah kalau borang dia tu ada dalam kotak. Kerana kawan-kawan saya selalu tolong ambil borang dan letakkan kat dalam kotak. Sebab tu kalau nak cari sekarang memang tak boleh nak cari lagi, kerana borang tersangat banyak. Saya siap explain kat pelajar tu. Pelajar tu memang bengang kat saya kerana dia bajet borang dia hilang. Padahal tak pun. Tapi ini antara pelajar yang saya nampak sangat nak marah, Siap dia gumpal kertas depan saya. Awek dia yang tolong tenangkan. Selepas saya selesaikan satu persatu borang pelajar, akhirnya jumpalah borang dia.

3. Pelajar lelaki ni mohon pengecualian 2 semester yang lepas. Dia datang ke pejabat, siap tanya ingat lagi tentang kes dia? Borang tiada silibus. Dah tentu saya ingat, sebab borang dia saya tak buang. Padahal dah lama saya boleh buang, tapi apakan daya. Saya suka menyimpan kertas-kertas buangan, haha. Nak dijadikan cerita. Dah terangan salah pelajar lelaki ni, tapi saya boleh bercakap dengan dia kerana dia hormatlah kat kita sebagai staf pemudahcara dia. Dia siap nak jumpa dengan pengarah, saya tak ada masalah kerana memang salah dia, tapi dia berhak untuk berusaha. Kami bercakap sehingga lunch hour. Bayangkan sangat lama, tapi nasib baik kamu ok dik, bolehlah kami layan dan explain panjang lebar. Selepas dia jumpa pengarah, keputusan dia tetap tak boleh kerana dah tamat tempoh untuk dia buat permohonan.

4. Pelajar perempuan 2 orang datang ke kaunter. Pensyarah bagi info salah. Kita cakap tak boleh, terus nak blah. Memang kurang ajar juga ni, tak habis lagi kita nak explain pada kawan yang sorang lagi. Dia dah tarik tangan kawan dia. Jom kita pergi school la. Padahal peraturan dah terang-terang cakap tak boleh.

Tak tahulah. Mungkin manusia-manusia ini didatangkan oleh Allah untuk menguji saya. Nak tengok tahap kesabaran saya. Nak tengok dah cukup kuat ke, dah cukup matang ke nak melayan kerenah manusia. Allah nak saya muhasabah lagi diri sendiri, cara kita bercakap, cara kita melayan. Sekali sekala, nak juga saya rekod diri sendiri ketika di kaunter.






Monday, March 21, 2016

Apabila Nyawa Telah Habis Dipinjamkan

Dah beberapa hari saya nak tulis tentang ini, namun seperti yang saya maklumkan. Saya agak sibuk sedikit dengan beberapa perancangan. Dan pada pagi ini, setelah terjaga dari tidur.Terjaga disebabkan Afiq tetiba terjaga dari tidur dia. Mungkin dia mengigau dan satu lagi sebab ialah nyamuk. Hehe. Sasha pula agak lena beradu.

Ok. Berbalik pada tajuk. Kebelakangan ini, kami di kampus menerima khabar duka hampir setiap bulan atau minggu. Paling ketara ialah 1-3 bulan kebelakangan ini. Khabar isteri staf meninggal, khabar mak staf meninggal, khabar staf meninggal dan paling terkini ialah khabar berita pelajar kami meninggal.

Sedih memang sedih. Walaupun saya bukan pensyarah, namun kerja harian kami adalah dengan pelajar. Apabila mendengar khabar mengenai seorang pelajar hilang ketika mandi di pantai petang semalam, agak terkejut juga. Dan hari ini kami mendapat tahu mayatnya dah dijumpai. Menurut cerita kawan pejabat, selepas azan dilaungkan oleh ayah/ayah saudaranya, barulah mayat itu timbul. Alhamdulillah berkat doa semua, usaha pencarian berakhir.

Dan tadi, ketika...

*****

21.3.2016_Isnin

Baru dapat menyambung semula penulisan yang terkandas di tengah pagi buta tu.

Pada hari Rabu kami dikejutkan dengan kehilangan seorang pelajar di pantai. Hari Khamis saya memang bercuti disebabkan kakak 2 balik kampung. Jadi tak seronoklah kalau pergi kerja. Dahlah susah nak jumpa. Memanglah Kuantan dengan Terengganu ni dekat aje, tapi nak jumpa tu susah. Dia baru berpindah dari KL ke Kuantan tahun ini. InsyaAllah nanti mudahlah kot saya nak singgah rumah dia apabila ke Kuantan.

Ok kita sambung semula cerita kita. Pada hari Ahad, saya masuk kerja. Kepochi juga sebetulnya saya apabila dalam hal pelajar ni. Pertamanya saya lihat gambar budak ni, urrm macam budak baik. Jadi kita nak tahu apa cerita dia. Dan selebihnya, saya rasa dia beruntung kerana orang baik Allah sayang. Saya selalu disogokkan dengan ayat sebegitu dalam minda sendiri.

Cuma macam saya tulis kat atas tu. Apabila azan dilaungkan hampir 3 kali jika tak salah. Mayat arwah timbul. Subhanallah. Berkat doa ibu dia yang sempat solat hajat kat pantai tu, doa semua orang agar usaha dipermudahkan. Part ni saya rasa sedihnya, tambahan pula sempat juga busybody nak lihat video dengan staf kenalan kat pejabat ni. Sedih kerana sebelum ni saya hanya pernah mendengar cerita [tapi kes lemas kat tempat lain lah], ini dapat lihat sendiri. Rasa kerdilnya kita.

Mati. Siapa yang tak takut mati kan? Naik flight pun dah takut tak boleh nak agak dah [sayalah tu]. Masa nilah kita akan terasa 'banyak lagi dosa aku', 'tak sedia nak mati' dan macam-macam lagi. Saya menulis pasal ni pun, bukan kerana diri ini dah bagus sangat dah. Bukan. Tetapi kerana saya sangat banyak kekurangan. Leka, lalai, sedar tak sedar, eh termuhasabah seketika, pastu lagha. Haa, itulah diri ini.

Namun bagi saya, manusia selalunya akan berbalik kepada fitrah. Fitrah manusia adalah baik.  Semua orang sukakan yang baik-baik. Jahat/lagha/nakal mana pun seseorang itu, dia akan berbalik kepada fitrahnya. Lihatlah sekeliling kita. Banyak sangat contoh yang boleh kita jadikan panduan kan?

Semoga saya pun akan lebih memperbaiki diri. InsyAllah. Menulis ini semua sebagai ingatan diri sendiri. Jika lalai, boleh baca buat kesedaran diri nih.


Sunday, March 6, 2016

Kesibukan

Lama betul tak menjenguk MPS ni. Banyak cerita nak diceritakan, tetapi kekangan masa dan tumpuan tidak mengizinkan itu semua berlaku. Ini pun curi-curi update kat pejabat. Haha! Saya lebih prefer menulis ketika di rumah. Lebih tenang dan santai. Bila kat pejabat, faham-faham ajelah. Tuntutan kita banyak kepada kerja kita.

Sibuk dengan sesuatu yang saya  buat. Harapnya berjaya dan dipermudahkan. Amin. Namun biasalah mula-mula nak buat sesuatu perkara tu kan, memang sukar. Namun kena bersemangat dan jangan putus asa.

Nantilah saya karang panjang-panjang. Take care!