Monday, April 25, 2016

Rezeki Masing-masing

Tadi saya bersembang kosong dengan seorang kawan. Sembang punya sembang, kami bercakap mengenai saya. Yelah, sebetulnya saya ada beberapa perancangan dan dia pula bagi nasihat. Dia ada bertanyakan beberapa soalan kepada saya dan saya jawab walaupun tak adalah secara tepat. Just untuk jawab soalan. Segan juga kalau jawab jujur tepat-tepat. Ini saya jawab jawapan terhampir. 

Cumanya apabila kita bersembang sebegini, saya berasakan saya sangat beruntung [bagi sayalah]. Dulu saya selalu juga rasa cemburu dan segan apabila sesiapa sahaja memberitahu simpanan bulanan dia macam ni macam ni. Duit dalam bank dia banyak ni banyak ni. Dia boleh kasi kat orang ni jumlah ni jumlah ni. Woahh. Jeles sangat dengan pencapaian seseorang itu.

Saya rasa macam banyak bendalah saya menyesal kerana diri saya tak banyak komitmen yang tough. Rasa kenapalah aku tak menyimpan duit banyak-banyak dulu eh? Saya menyimpan juga tapi kadar saya SIKIT! Kenapa aku tak buat sesuatu yang penting untuk masa depan aku? Time tu selalu jugalah duk congak-congak kat kalkulator pasal duit. Kalau simpan dari dulu dah tentu duit banyak. Haha. Mata duitan. Jika dulu rajin menyimpan, dah tentu sekarang dah senang. Dah boleh rileks sikit dari menyimpan. Dah boleh tengok angka-angka yang best dalam buku akaun. Serius! Itulah yang saya fikir. Dalam tak sedar saya secara tak langsung membandingkan diri saya dengan orang lain. Dahlah yang saya bandingkan tu, seseorang penuh hemat. Haha. Memang jauh sangat saya keciciran kat belakang. Sangat jauh. Diri telah terperangkap dengan perbandingan.

Namun pada tahun lepas. Alhamdulillah. Saya sedar dengan pencapaian diri sendiri. Haha. Saya rasa saya pun berjaya juga [dengan cara saya]. Saya fikir dan fikir, saya tak adalah seteruk macam orang yang kalah bola. Bolos macam diayam-ayamkan. Tidak. Pada tahun lepas saya berjaya memiliki sesuatu yang saya nak dan semua orang perlu. Ya keperluan semua orang itu dapat saya miliki. Separuh saya buat loan dan separuh saya gunakan duit saya. Loan itu pun dah habis saya bayar. Alhamdulillah. Err, sebetulnya kerana sedikit salah faham yang mana saya rasa sangat tak puas hati, saya ambil keputusan bayar ajelah semua dari kita bengkek dengan penerangan yang tak berapa nak jelas tu. Bagi saya mudah. Adakala kita bukan nak apa sangat pun. Kita sekadar nak jawapan je. Namun jika apa yang kita nak tu tak dipenuhi, adalah lebih baik kita ambil jalan selamat. Tak perlu buang masa nak duk argue atau tanya itu ini. Alhamdulillah. Eh terpanjang pulak story ni. Hehe.

Ok sambung balik. Saya mula berasakan kenapa perlu bandingkan diri kita dengan orang lain sampai rasa down [walaupun bukan down gila-gila]. Andai kita membandingkan untuk kita jadikan penguat semangat, itu tak salah bagi saya. Namun jika dah sampai sikit-sikit angka. Saya rasa macam meletihkan. Saya lepaskan perasaan cemburu saya [cemburu yang mana telah menyebabkan timbul  banyak penyesalan dalam diri saya dalam bab saving. Bukan bab-bab lain eh]. Saya lepaskan cemburu pada nilai angka dan pengorbanan mana-mana orang yang banyak tu kerana saya fikir itu rezeki dia. Kata orang Terengganu 'ikut panda dialah eh'. Cukup sampai situ noktah yang saya letak.

Saya tak penatkan kepala untuk fikir kenapa aku tak macam dia. Tak. Kerana saya rasa saya dah cukup dengan pelbagai nikmat Allah. Rezeki dah banyak yang kita dapat walaupun bukan dari wang ringgit. Sebab itu apabila saya mendengar orang ini cerita itu ini, saya hanya dengar. Kerana saya juga punya perancangan. Pakai makan saya cukup dan masih ada lebihan untuk disimpan. Takkan saya masih nak bandingkan diri ini dengan orang lain? Walaupun saya tahu orang ni simpan sekian sekian RM. Orang ni simpan RM macam ni. Memang amount tu banyak berbanding dengan saya. Tapi bagi saya yang dapat simpan walau sekadar RM100 ni pun, dah rasa seronok sangat dah. Yelah. Tahap dan budaya hidup kita antara seseorang itu tak sama. Jadi usah gundah gulana.

Dan tadi saya laaagiii berasa saya ni beruntung. Tadi dah tulis. Haha. Ini nak tulis lagi [kena refer perenggan 1 tadi]. Kawan saya ni dah kahwin dan mempunyai anak-anak yang masih kecil dan bersekolah. Dia bagitahu pada saya [sembang-sembang kosong], adakala dia tak cukup wang. Memang masalah kewangan itu biasa bagi orang yang berkeluarga namun ia juga sangat biasa bagi mereka yang bujang. Benda ini lumrah kerana saya juga pernah mengalaminya. Adakala katanya, kalau anak nak beli sesuatu dia akan cakap 'tak ada duit lagi'. Dia memang cakap benda yang betul dan anak dia faham. Nak cakap dia susah bebenor tu, tak adalah. Cuma gaji untuk sampai ke hujung bulan adakala semput-semput tak bernyawa. Untuk bermewah memang taklah. Perlu guna sehabis baik.

Jadi sebab itulah saya cakap saya beruntung apabila saya fikir keadaan saya dengan keadaan dia ni. Cuma saya nyatakan pada dia. Allah dah buat molek. Allah bagi dia keluarga dulu berbanding saya. Saya hanya saya. Jadi kerana itulah saya tak perlu runsing pasal perbelanjaan anak-anak. Haha. Hidup kita ini sebenarnya dah diatur cantik. Allah bagi dia kelebihan kesenangan kat sini. Allah kurangkan kat situ. Allah bagi dia lebih kat situ, Allah kurangkan tempat lain. Tapi rezeki itu ada dan cukup.

Kerana sebab itulah saya dah tak berapa terliur dengan apa yang orang lain ada kerana Allah juga bagi rezeki pada saya. Cumanya rezeki itu mengikut cara kita masing-masing. Berlapang dada dan selalu ulang ayat kat minda Alhamdulillah dengan apa yang aku ada. Jadi sekarang jika orang duk bercerita best-best, kita pun tak akan terkesan sangat untuk bandingkan diri dengan sesiapa. Jika kita bersyukur, Allah akan cukupkan. InsyaAllah.




Sunday, April 24, 2016

Kisah Lampu Suluh

Malam tadi, abang 2 tercari-cari lampu suluh. Ditanya kepada saya sebagai suspek utama. Yelah, memandangkan beberapa malam sebelum ini, saya sememangnya tidak berenggang dengan lampu suluh. Dengan lampu itulah saya telah menjadi pengawal keselamatan menyuluh laluan tikus yang semakin hari semakin ramai nampaknya.

Apabila menyatakan bahawa saya tidak membawa masuk ke dalam bilik saya. Saya selaku suspek utama berasa amat bersalah dan rela meninggalkan maggi saya untuk mencari. Haha. Orang rasa bersalah memang macam ni gayanya. 

Kami terus mencari-cari di tempat lain termasuk tempat biasa saya melepak. Namun lampu yang dicari tetap tiada. Tetap tak jumpa. Cari bawah kerusi tak ada, cari atas almari pun tak jumpa. Semua tempat [boleh dikatakan semua tempat] kami cari, tapi tetap tiada penemuan.

Apabila kami mencari serata tempat tak juga dijumpai, akhirnya abang saya cakap 'aku rasa takdok orang lain doh ni, ni mesti kerja budak-budak kecik ni' [baca Afiq dan Humaira].

Selepas beberapa kali menjenguk bawah kerusi, abang 2 saya lalu di sebuah meja kecil dan memegang sebuah beg. Dia sentuh dan terus buka beg sekolah tu kan, haaa memang muncullah lampu ditangan dia. 'Aku rasa doh'. Haha. Sebetulnya, saya dah pegang beg tu dan sentuh. Cuma tak terfikir yang saya pegang tu lampu suluh dan langsung tak terlintas dalam fikiran akan ada dalam beg lampu suluh.

Rupanya Afiq letak dalam beg sekolah dia. Memang patutlah kami cari tak jumpa. HAHA. Biasalah bila rumah ada budak-budak kecil. Memang selalu hilang barang terutama remote atau benda-benda kecil. Suka sangat dibuat mainan.


Thursday, April 21, 2016

Kisah FB Masakan

Kakak ipar saya seorang surirumah. Aktif juga berfacebook. Namun bukan untuk mencari gosip-gosip terkini. Bukan. Tapi dia mempunyai kecenderungan atau minat di dalam bidang masak memasak. Saya rasa betul jugalah apa yang saya baca. Facebook ni tempat mak-mak share resepi [bukan saya kata, tapi ini saya baca].

Sekarang ni kan, dia baru belajar buat bisnes kecil-kecilan menjual kuih nona manis.

Nak cerita, pada 1 malam tu. Saya terdengar dia mengadu pada suami dia mengenai resepi yang dia share di facebooknya. Dia cakap semua resepi dia hilang. Saya yang terdengar [adik ipar busybody. Haha] terus keluar dari bilik. Tanya kenapa? Masa tu saya dah nampak abang saya pegang handphone kakak ipar 2 saya ni. Dia bagi tahu resepi dia [yang dia share] hilang.

Saya ambil handphone dari abang saya dan terus melihat pada facebooknya. Saya cakap kalau tak dapat tengok, maknanya dia kena block atau orang tu dah tak aktif facebook.

Bila dah tanya apa nama facebook tu, saya terus search nama tu. Cari-cari tak ada. Yang ada nama sama tapi 'fans' kat belakang. Kalau fans tu maknanya page. Ini kakak ipar cakap, orang tu guna personal facebook.

Cari punya cari, akhirnya kami jumpa facebook empunya tuan resepi tu. Nak tahu kenapa facebook dia dah tak ada? Rupanya dah kena hack. Orang dengki dekat tuan facebook tu MUNGKIN kerana dia suka share resepi yang sedap-sedap, mudah, tak kedekut ilmu.

Kakak ipar saya cerita, sekali dia buat tempahan memang banyak. Kalau orang komen, dia akan jawab walaupun lambat. Resepi dia pula, senang kalau orang nak ikut kerana menggunakan sukatan yang mudah. Kat sinilah, kakak ipar saya selalu 'melepak' rupanya. Haha. Kerana itulah ramai yang suka follow dia ni.

Sekarang, dia dah buat facebook baru untuk personal dan page. Ramai giler likers dia. Bayangkan baru sehari dia buat page, dah hampir 14k kot yang like [masa saya tulis ni, liker dia dah 66k lebih]. Perrgggghh. Semua orang bagi kata-kata semangat kat dia. Saya yang tak gemar memasak ni, tak berapa minat page sebegitu, akhirnya saya add dia sebagai kawan. Haha. Terpedaya sebab rasa kagum pula dengan dia ni. Yelah, dah lah pandai masak, tak kedekut ilmu share resepi step by step. Bila dah berjaya add dia dan diterima, saya cepat-cepat suruh kakak ipar add dia. Kakak ipar saya dah tentu lagi seronok kerana dia memang minat masak.

Cuma tak sangkalah, rupanya dalam kita berfacebook. Share resepi, share bisnes dia pun masih ada yang dengki. Itu belum lagi yang jenis suka share kebahagiaan, kekayaan, kecantikan dalam facebook. Tak boleh nak bayangkan dengan resepi pun boleh menjadi bencana kepada seseorang tu kan? TAK ELOKLAH buat orang macam tu. Dengan resepi dan tips yang dia kongsikan itu, ada yang boleh gunakan untuk memulakan bisnes kecil-kecilan macam kakak ipar saya. Sekurangnya, memberi semangat kepada surirumah atau sesiapa sahaja untuk belajar memasak dan mencuba.

Dunia hari ini memang menakutkan betul.



Tuesday, April 12, 2016

Part 2: Dugaan Kesabaran

Kesinambungan cerita di dalam entry sebelum ini. Agak lama pause baru nak sambung semula kisah ni. Hehe. Sebetulnya tak plan nak sambung pun. Akan tetapi dek pertikaian pelajar itu selepas ditolong, maka saya ambil keputusan sambung cerita ini. Sekurangnya, kisah ini antara kisah yang paling saya ingat.

Mula-mula [nak kasi ingat sebab senang nak sambung cerita], pelajar itu datang 2 3 kali pada hari yang sama sebelum ini.
Orang dah explain, dia masih datang tanya dan tanya hingga pegawai saya tegaskan pada pelajar tu tunggu ajelah apa yang telah dia maklum sebelum ini [kan saya dah beredar, jadi apa yang pegawai saya cakap dengan budak tu, saya tak tahu].
Tapi suara pegawai saya kedengaran tegas dan kami semua boleh dikatakan malas nak layan perangai pelajar sebegitu [mungkin bukan semua, mungkin saya seorang aje kot. Tapi saya mengaku, kalau macam tu perangai pelajar, memang malas nak layan. Kalau layan pun, memang setakat layan].
Person in charge A [senang nak bezakan dia dengan bos dia nanti] yang saya minta pelajar tu tunggu, dah masuk pejabat time tu. Namun disebabkan kat kaunter ramai sangat yang bercakap, tak pasti sama ada dia maklum atau tidak pada pelajar tu pasal sistem.
Person in charge A tu datang juga bercakap dengan saya, maklum sistem tak ready/boleh nak keluarkan surat tawaran pelajar tu.
Saya dengar ajelah. Mood dah kelaut. Sebab dah bagitahu kat pelajar tu, tapi dia ingat saya ni tipu dia ke apa?
Kami hanya tunggu bos kepada A ni balik.

Beberapa hari kemudian.
Apabila pegawai B [yang incharge hal ini, bos kepada A] balik dari outstation. Dia tolong print surat tawaran pelajar ni. Yang pasti SISTEM MEMANG TAK BOLEH KELUARKAN SURAT TAWARAN sebab ada masalah.
Pegawai ni siap pesan kat saya. Kalau ada pelajar nak minta surat tawaran, tunggu dia balik [kalau dia outstation la kan].
Kalau nak tahu, pegawai ni ambil surat ni dari sumber dia. Bukan sistem dan kami yang bukan dari bahagian ni, memang tak boleh tolong.

Surat tu diberi kepada saya. Sebetulnya tak perlu bagi kat saya pun, sebab ini bukan urusan pihak saya. Tapi saya ambil je.

Selang beberapa hari kemudian, pegawai saya masuk pejabat selepas dia cuti. Saya ada bertanyakan surat tawaran budak ni. Yelah, buat apa saya nak pegang kan? Jadinya pegawai saya serahkan surat tu kepada A anak buah pegawai B, sebab ini urusan pihak mereka. Kami sekadar tolong aje kat kaunter masa kejadian tu.

Nak dijadikan cerita. Pada hari pelajar tu datang ambil surat tawaran [selepas anak buah pegawai B call], saya ke masjid untuk dengar ceramah Ustazah Siti dan suami dia Ustaz Wan Akashah. Balik dari dengar ceramah tu, datanglah si A anak buah pegawai B kat meja saya.

"Tadi pelajar tu mari ambil surat. Sempat lagi buruk ke Aida. Ye kata, masa tu Cik Aida kata tak boleh nak keluarkan surat tawaran. Ini boleh pulak.
Saya dah jelaskan kat dia, memang tak boleh. Ini kami keluarkan bukan dari sistem. Tapi pelajar tu taknak dengar".

Saya masa tu kan, terus naik suhu amarah. Huissshh. Memang rasa nak tampar je mulut pelajar tu. Dan juga, rasa bakpe cite benda ni ke orang? Dok payah cite takpe, jadi sakit hati. Baik dok payah tolong budak gini.

Tapi yang saya mampu cakap kat si A ni, hanyalah rasa doh, dok payah tolong budak ni. Itu je.

Saya tak tahulah pelajar ni, ini baru ambil degree. Itu pun tak habis lagi belajar. Berlagak sombong bukan main. Biadap boleh tahan. Dia tak faham agaknya kebenaran yang saya bagitahu pada dia. Sistem tak boleh keluarkan surat tawaran tu. Yang kami bagi ni pun adalah dari pegawai B. Ya Allah, geram jangan cakap ar. Saya rasa budak ni berpotensi jadi lawyer atau ahli politik sebab dia pandai bercakap dan memutar ayat.

Datang minta bantuan, tapi sombong. Dahlah dia tak ada surat tawaran dia sendiri [saya sampai sekarang masih simpan surat tawaran belajar saya. Takut weh hilang. Punyalah skema aku ni]. Ini tidak, datang bukan main eksyen. Dah bagi boleh lagi pertikai.

Nama orang lain dia tak ingat. Tapi nama saya pelajar ni ingat. Alahai pelajar. Ingatlah ya, semua maklumat kamu kami ada. Maklumat yang saya tak ada pun kan, eh eh disebabkan perangai kamu, tak pasal-pasal banyak pula maklumat saya dapat.

Jangan sombong walaupun kami ni bukan pensyarah kamu.

Tak kira siapa la kan, dari menyombong, baik kamu belajar betul-betul. Result tu kasi cantik sikit. Jangan dapat memuaskan je. Apabila kamu masuk ke universiti dengan cara rayuan, jangan berlagak. Bila dah dapat kerja nanti, dah jadi bos ingat sikit orang kat bawah. What you give, you get back/what goes around comes around. Whether bad or good right? Dan inilah pelajar yang paling menguji kesabaran pernah saya jumpa.

Sebetulnya selepas staf pegawai B datang cerita pada saya '...sempat lagi burukkan Aida'... Sebenarnya saya menangis di dalam surau. Tak pernah saya menangis kerana pelajar.  Menangis sebab geram dan saya kagum pada kepetahan dia bercakap. Kalah Ahmad Maslan. Moga dia gunakan kebolehan itu dengan baik dan kurangkan putar cerita dik. Biasanya saya nangis sebab kerja. Haha. Sebab itu lah saya sambung kisah ni.

Sedih weh jumpa pelajar macam ni. Tak semua biadap, tapi itulah kan.