Monday, December 25, 2017

13 - Lembah Harau Siri 2

Nak himpunkan semua gambar di dalam 1 entry, memang akan menjadi panjang dan membosankan. Walau pada hakikatnya, saya tidak bosan. LOL!

Jadi, kita bahagikan kepada 2 untuk memudahkan. Hey! Panjang lebar penerangan, nak bagitau kat siapa ni? 

Ayuhlah, jangan membuang masa lagi. Kita terus ke gambar-gambar di bawah. Nikmatilah.



5:13 petang kami di sini

Saya tak pasti kerana kami diberitahu [selepas hari terakhir kami di Bukittinggi], di sini ada kawasan yang umpama di luar negara. Boleh bersampan bagai. Kami tak tahu dan tidak dimaklumkan oleh pak Roni. Saya fikir, jika kami diberitahu dah tentu kami nak mencuba dan hari makin gelap.

Dah tentu dia tak sempat nak bawa kami ke Kelok 9. Bayangkan, ada hati lagi nak pergi tempat lain. Sedangkan di sini dah petang. 




Saya meneka tempat ini masih baru dibuat. HEHE. Buang masa baca ayat ni. 




Macam studio untuk pembikinan filem sahaja. Seolah-olah kita melihat lukisan sahaja kan?



Menjadi lokasi kegemaran pelancong dari pelbagai negara. Kami difahamkan di sini ada homestay/guest house dengan harga yang murah. Bagi saya, walaupun murah ia tak menjadi pilihan hati kami. Faktor lokasi yang agak jauh dan khabarnya di sini menjadi pilihan pelancong asing untuk bermalam. Mereka suka minum. Kami hanya mendengar.




Jalan untuk menghala ke kawasan yang cantik tadi. Tengok, memang kami tak mampu nak ambil gambar penuh pandangan belakang. Tinggi.




Kereta pak Roni di belakang. Yang warna hitam.




Nampak tak tu? Nak masuk kena bayar. Bayaran tak mahal, tapi masa yang mahal. Kami sekadar mengambil gambar dari pintu masuk. Sedih pula.




Kat dalam ni semua, adalah untuk sesi bergambar. Kami tak masuk kerana mengejar masa 1 hal. Kerana tak terfikir nak masuk sebenarnya. Macam urmm, ambil gambar kat luar-luar sini pun dah ok. 




Bayangkan hari kita, bangun pagi tengok tempat ni. Bagi kuda makan. Itulah kehidupan kita. Rasa macam menarik, namun jika berjiwa cepat bosan. Memang tak boleh nak berlama-lama di sini.


5:30 petang sudah

Dengan berat hati, kaki kami terpaksa melangkah pergi. Tinggalkan tempat menarik ini. Terasa mahu berlama-lama di sini, namun apakan daya. Kami perlu ke tempat lain pula. Pandanglah sepuasnya, lakarkan dalam hati kalian. Ecewah.

Tak rugi tau datang ke sini. Wajib datang sini jika dah sampai Bukittinggi.

Perjalanan kami diteruskan ke Kelok 9. 



Sunday, December 24, 2017

12 - Lembah Harau

Apabila bertangguh dan line yang slow bergabung, maka beginilah akhirnya. Untuk menghasilkan kisah penuh ketika di Padang-Bukittinggi, bukan sesuatu yang mudah. Naik jenuh dibuatnya. Nak dengar alasan lain? Bila dah balik kerja, semangat yang berkobar-kobar menjadi obor-obor lalu berenang di air lalu. Lantas beginilah, tertangguh. 

Malam ini [9 Disember 2017] kita sambung cerita yang kita tangguhkan itu ya. 

Percaya tak? Kita masih di hari pertama. Kisah hari pertama seumpama cerita sebulan di Bukittinggi. Maafkanlah akan kepanjangan travelnovela ini.

Petang itu, selepas kami singgah ke Kiniko, kereta di pacu menuju ke Lembah Harau. Hati tidak sabar mahu sampai ke sana. Hari telah lewat. Tapi masih sempat. 



3:38 petang. Mudah kalian nak bajet masa.

Antara pemandangan sepanjang kami ke Lembah Harau. Ketika ini, jarak untuk sampai masih jaaauhhh lagi. Kiri kanan kehijauan menghiasi pandangan mata. Cantik! Kebanyakkan padi di sini ditanam secara bertingkat-tingkat. Mungkin kerana bentuk muka buminya, atau juga mungkin kerana sistem pengairan. Dan saya tertanya, apa jadi jika padi di sini ditanam secara mendatar. Bagi saya, setiap apa yang mereka buat, dah tentu ada alasannya. Cuma soalan ini rasanya tidak ditanya secara betul-betul dengan pak supir kami.




3:55 petang

Ini ialah ladang jagung. Agak besar juga, dan jika kereta ini berhenti, dah lama kami ambil gambar di sebalik pokok-pokok jagung ni. Rasanya dah tentu manis. Akan tetapi kebanyakkan jagung memang rasanya manis. Tambah-tambah lagi jika jagung baru.



4:11 petang

Antara laluan yang kami lalui. Saya kira, setiap mereka yang ingin ke Payakumbuh terus ke Lembah Harau, harus lalui di sini. Senang cerita, anggap aje, antara check point selagi tak jumpa bangunan ini. Selagi tu kita masih belum sampai ke Lembah Harau. 



4:22 petang

Gambar ini mengingatkan saya kepada arwah ibu sendiri yang sering membonceng bersama bapaknda ketika satu tika dulu. Tenang dan mendamaikan. Tinggal di kampung, tak perlu nak fikir banyak perkara. Pergi pasar, pergi surau/masjid sama-sama. 



4:28 petang

Ketika mata begitu asyik melihat pemandangan kiri dan kanan, pandangan tertangkap pada sesosok tubuh tua di bawah pokok. Luar biasa pandangan ini bagi saya. Cepat-cepat tangan mencapai handphone. Lelaki tua itu sedang solat. Melihat keadaan ini buatkan saya terfikir, di mana-mana tempat tak kira di negara kita sendiri atau di negara mana pun, tentu ada orang yang menjaga solat. Yang menjaga amal ibadahnya, 

Dan video yang tular/viral beberapa bulan lalu dengan tangkas bermain di minda. Masih ingat video seorang lelaki yang menghembuskan nafas terakhir ketika mengaji? Kejadian itu di Indonesia, surah yang dibaca ialah surah Al-Mulk [jika tak silap saya]. Apabila melihat keadaa ini dan bayangan silih berganti video tersebut, silalah muhasabah diri sendiri. Kerana itu, perjalanan kita ke mana-mana pun, carilah perkara yang mendekatkan kita kepada Yang Esa. Carilah walau 1 perkara yang boleh memuhasabahkan diri kita. Kerana itu, di dalam hidup, kita tak perlu senantiasa untuk menghakimi seseorang dengan mudah. Jangan. Jika ada, sila elakkan. Cepat-cepat tutup ruang bisikan syaitan untuk bersangka-sangka. Pesanan kat diri sendiri.

Sosok tubuh tua itu ditinggalkan pandangan sementelah kereta semakin ke depan. Dan semoga kita adalah yang menjaga dan membaiki solat sepanjang usia kita. Amin. 



4:45 petang

Akhirnya, telah tiba ke tempat yang hati tak sabar untuk melihat. Melihat dengan mata sendiri. Sebelum ini hanya membaca di media sosial, blog sahaja. Untuk ke Lembah Harau, ini antara pintu gerbang yang akan menyambut ketibaan kita di sini. 

Dah dekat ke? Tak adalah dekat sangat. Tapi tak adalah jauh sangat.




Semakin menghampir ke Lembah Harau. Sukanya weh! Haha. Yelah, dari pagi hingga ke petang, baru nampak ending siri penjelajahan kami.

Pada firasat saya yang tak berapa nak tepat. Ini adalah tanaman dragon fruit. HAHA! Tadi masa nak meneka, agak yakin. Bila dah menulis, terasa macam merapu sangat ke tekaan ni? Harapnya tidak.


5:00 petang

Antara pandangan yang memaku mata. Umpama satu dinding gergasi yang teramat besar mengelilingi diri kita. Terlalu tinggi, terlalu besar lagi gah! Hinggakan saya terfikir, adakah ini sebuah gunung yang ditarah dan dibelah dua? 

Namun logik akal menyangkal, tampak asli kerana agak mustahil tenaga manusia nak lakukan semua ini. Kata andaian sendiri. Saya tiada jawapan dan hanya mampu mengagumi sahaja. 

Bila sampai di sini, kerdillah diri sendiri. Ini baru kita lihat keagungan Ilahi di bumi Indonesia. Di tempat-tempat lain? Tak tahu nak bayangkan macam mana. Gambar ini tak boleh nak diambil secara keseluruhan kerana terlalu tinggi, besar dan tak mampu nak potretkan dalam 1 bidikan foto.


Sebenarnya, kami ke depan terlebih dahulu. Di kawasan itu ada terdapat air terjun. Ketika ini terdapat seorang budak lelaki yang datang untuk mengambil gambar dengan kos RM5. Hati saya memang tak nak bergambar pun dengan budak lelaki tu.

Akan tetapi dia sendiri cakap, tak mengapa jika tak nak. Dia akan delete gambar tu. Kami biarkan aje dia mengambil gambar kami. Dah siap, kami pergi melihat pada kameranya. 'Urmm, apa gaya macam ni'. Saya cakap, TAK NAK! Budak tu tersengih. Tak perasan bila masa dia berlalu kerana kami sibuk mengambil gambar.

Kami beredar untuk ke depan bersama pak supir. Kereta bergerak dan saya kebetulan menoleh ke belakang. Kelihatan budak lelaki tu mencari-cari kami dan saya hanya tersengih. Dalam hati 'mesti tak dapat cari kami'. 




My middle name is 'bollok'. HAHA! Nak dijadikan cerita. Si Emi nak ambil gambar untuk saya, lalu dengan baiknya, diri ini berdiri di atas jalan umpama nak menyanyi lagu Negaraku. Tapi biasalah, budak tak reti nak duduk diam, ada aje kesilapan dilakukan. 

Kaki tersepak papan tanda ini. Masa nak angkat tu, minda terkeliru. 'Eh, bukan tadi Lembah Harau ke?'. Rupanya papan tanda ni dwi bahasa. Time saya angkat tu, kebetulan Bahasa Inggeris. Itu yang terkeliru seketika.

Kami gelak dan cepat-cepat betulkan papan tanda ni. Mung ni, molek gak sikit! Ok juga sebenarnya, at least kami tau yang papan tanda ni bukannya permanent [baca: boleh dialih-alih rupanya].

---

Dan, ketika kami duk bergambar. Eh eh, budak lelaki tadi kejar kami dengan motorsikal rupanya. Bertuah punya budak. Sambil tersengih, dia datang sambil bawa gambar. Di tangannya terdapat gambar kami. Bila kita tanya berapa RM? Dia jawab RM8. Saya tawar harga untuk RM5 dan dia bersetuju. Sebenarnya, saya ubah fikiran untuk beli gambar tersebut kerana bila kita fikir balik. Ini adalah kenangan. Nak cuci sendiri kat negara sendiri, memang bercintalah jawabnya. 

Hati nak cuci, tak selalu bertangguh. Jadi lebih baik kita beli terus apa yang ada kat depan mata.




Lihatlah ciptaan Allah yang sangat speechless. Tak tahu nak tulis apa, tak tahu nak gambarkan macam mana. Kerana itu, adakala kita tidak perlu menulis details sesuatu tempat kerana tidakkan sama dengan apa yang kita lihat dan rasa.



5:13 petang

Disebalik lembah ini, terdapat peluang penduduk tempatan mencari rezeki. Kalau tak salah saya, dulunya tempat ini adalah hamparan menghijau sawah padi. Sekarang, pandangannya sudah berbeza. Lain sangat namun kecantikan itu masih di sini. 

Banyak lagi gambar, kita akan kongsikan di entry akan datang eh.




Tuesday, November 28, 2017

11 - Sepetang Di Kiniko - Tabek Patah

Dalam entry sebelum ni, cakap nak ke Payakumbuh kan? Betul, dan tak salah baca pun. Cumanya, sebelum sampai ke Payakumbuh, kami di bawa ke satu tempat. Memang dalam perancangan kami, tak tertulis pula tempat ni. Apakah tempat itu?


2:15 petang

Antara jalan yang kami lalui sebelum sampai ke tempat yang kami tidak dapat fikir langsung. Dalam kepala hanyalah Lembah Harau. Yang lain, langsung dah tak boleh nak telah. Seperkara lagi, kami ketika ini mengejar masa. Dari pagi sampai petang, dah banyak tempat kami tinggalkan jejak.

Dah banyak posting yang ditulis, tapi ini baru hari kedua. HAHA. Tak habis-habis lagi weh. 





Saya syak wasangka, ini adalah restoran di dalam air yang sering digossipkan di dalam blog. Ye, restoran sekarang pun dah masuk ruang gossip. Yelah, selalu sangat orang petik nama restoran dalam sawah padi ke apa entah. Jadi nampak aje mana-mana restoran dalam air tu, terus teringat apa yang orang lain tulis. Kami memang tak singgah, lalu berlalu di angin lalu sahaja.



2:30 petang

Jika tak silap pada ingatan saya, ini adalah jalan kampung. Seronok sebenarnya, dapat juga tengok kiri kanan kampung kat sini. Tak sama dengan kampung kita.

Tak lama, belok aje sebelah kiri. Dah ternampak satu bangunan biasa aje. Rupanya inilah dia, Kiniko Enterprise. Tempat ini terletak di Tabek Patah. Ketika ini, dah ramai pengunjung kedai. Kami turut meramaikan lagi dan menyibukkan diri di sini.


2:45 petang

Ruang dapur untuk menggoreng kerepek. Oh ya, Kiniko Enterprise ni adalah tempat menjual kerepek yang sangat pelbagai dan juga, ada air kopi yang menjadi trademark mereka.

Ketika ini, kami sedang menunggu kerepek pisang yang terlaris di pasaran. Kerepak dia rasanya manis-manis pisang, di goreng, diangkat dan terus dibungkus dalam plastik. Bila kita tanya 'nanti lemau tak?'. Mereka cakap 'nggak'. Hati tak berapa nak percaya. Mana nak percaya, kerepek tu panas kot.



Semua ini adalah percuma. Minum dan tak perlu bayar. Alangkah baiknya jikalau anda membuat keputusan untuk mencuba, nak cuba di lain masa, dah payah dah. Mana lagi nak cari. Kat Malaysia bukannya ada semua ni.



Kebanyakkan orang semua mengambil peluang yang terluang ini untuk merasa air kopi. Saya hanya terfikir nak mengambil gambar. Bila lihat air kopi dituang ke dalam gelas besi, nampak klasik sangat. Bila nampak air teh [jika tak salah saya] dituang ke dalam tempurung, terasa macam nak cuba, tapi tak berapa nak lalu. Orang ramai sangat. 




Susunan-susunan kerepek yang teratur dan kemas. Sejuk mata melihat, namun hati sukar untuk memilih. Sepanjang kat sini, saya hanya beli kerepek pisang, rempeyek, apit-apit, dan beberapa kerepek yang lain. Yang paling sedap, dah tentu kerepek pisang. Rempeyek dia, banyak giler kacang. Sedap! 

Tapi tak boleh lawan rempeyek Malaysia. Ada beza sikit je dari segi rasa. Mungkin bahan-bahan rempah dia kot yang menyebabkan rasa berbeza.

PS. Sila beli kerepek di sini ya. Kat sini jika tak salah, adalah tempat pengeluaran kerepek untuk kawasan sekitar dan juga beberapa kawasan yang lain. Kerepek dia dahlah fresh dari dapur. Murah! Kerepek baru, rangup dan sedap. Yang penting, banyak pilihan. Eh yang lagi teramat penting. Sekali lagi diulang. Murah sikit berbanding di tempat lain. Bolehlah untuk dibuat oleh-oleh atau untuk makan sendiri. 



Pemandangan di belakang bangunan kayu ni. Kat belakang ni, memang cantik. Tapi kat dalam gambar, kecantikan dia tak berapa nak terserlah pula. Nampaknya, anda semua silalah tempah tiket sekarang untuk ke sini. Hehe.



Pemandangan kedai dari belakang. Ketika ni, kami dah datang ke depan sini untuk bergambar. Kelihatan pengunjung lain semua sibuk nak mencuba kopi, kami pula sebaliknya. Memang tak ada kopi dalam kepala. Pisang salai pula, boleh kita nikmati di restoran terbuka kat sana tu ha.

Cumanya, ingatkan pisang salai tu, pisang yang disalai atas api. Rupanya pisang salai adalah kerepek. 




Pandang sebelah kanan, akan nampak pondok ni. Bagi mata saya, cantik dan nampak kedesaaan. 



Perkara menarik yang lebih menarik hati berbanding kopi dan lain-lain. BUNGAAAAAA! Menawan sekali.

Sebenarnya, kat kiri berdirinya saya di sini, ada terdapat pelbagai bunga yang lain. Cantik bila bergambar.



Memang geram. Dahlah bunga-bunganya besar-besar sihat walafiat. Sementara yang lain mencuba kopi, saya pun tak terkecuali. Saya mencuba bertanyakan kepada pakcik yang jaga kebun kat sini tentang bunga ni.

Dengan penuh keyakinan, tanya pada pakcik ni. Adakah dia pekerja sini? Boleh ambil bunga? Maksud saya benih bunga?

Pakcik tu jawab 'oo bisa!'. Mungkin tak pernah di buat orang kot. HAHA. Mana orang nak minta benih bunga, datang sini nak beli kerepek je.



Saya dah ambil benih bunga dan letak dalam tisu. Selepas tu, terus naik ke tingkat 2 untuk lihat pemandangan dari atas. Eh, eh. Pakcik tu siap lambai untuk maklum, benih bunga di letak kat pokok depan tu. Terharu seketika. Teringat bapaknda sendiri yang pernah jadi tukang kebun aka Guru Besar sekolah.

Mana lebih besar? Dah tentu tukang kebun, sebab tulah dipanggil Guru Besar. LOL!


3:00 petang

Dah bergambar-gambar. Turun dan menuju ke pokok ni. Siap letak dalam plastik lagi. Saya tukar ke dalam tisu selepas tu disebabkan plastik ni, plastik kerepek. Takut benih terganggu kesihatannya apabila terkena garam yang ada kat dalam plastik ni.

Anak benih ni dah selamat bawa balik Malaysia. Tanam dan hidup. Hehe. Cuma kena sabar untuk menunggu bunga. Tak tahu bunga yang mana akan berbunga, disebabkan ada 2 jenis benih yang saya ambil.




Kami ambil peluang juga untuk bergambar di papan nama kedai ni. Nampak macam best je, jadinya marilah kita mengabadikan kenangan di sini.

Selepas dah puas mengambil gambar, kami terus ke depan membeli kerepek. Perjalanan diteruskan lagi ke Lembah Harau, Payakumbuh.

Kena cepat, nanti sampai sana, kalau hari gelap. Memang sayulah hati ni.



Friday, November 24, 2017

10 - Istana di Pagaruyung

Selepas ke Danau Singkarak. Kami di bawa ke 2 istana iaitu;
  1. Istana Silindung Bulan
  2. Istano Baso Pagaruyung



Jam 1.20 tengah hari, kami berada di sini. 

Antara suasana yang kami lalui. Terminal bus Piliang. Berlegar di ruang fikiran filem '7 Autums' jika tak silap tajuknya. Dan filem itu sangat menarik menurut hati saya. Nantilah, saya akan reveal beberapa filem yang menjadi pilihan hati. Tatkala melihat semua pemandangan ini, saya terpaksa bersetuju dengan pemikiran sendiri. Filem Indonesia begitu dekat, atau boleh dikatakan tersangat dekat dengan realiti kehidupan mereka. 

Tidak perlu untuk terlalu ke zaman silam kerana suasana mereka sudah seperti di zaman dulukala. Masih ada kawasan kampung yang tidak terusik, masih ada rumah-rumah susah namun nyaman dipandang. Semua itu mereka filemkan. 

Perjalanan untuk ke Istana Silindung Bulan agak jauh. Kira-kira 1 jam perjalanan dari Danau Singkarak tadi kerana tadi kami bergerak pada jam 12.30 tengah hari.




Jam menunjukkan 1.32 petang. Barulah kami sampai di sini. Pabila sampai, mata terpaku kepada pohon kelapa yang bengkang bengkok ini. MasyaAllah, tak pernah nampak pokok kelapa sebegini rupa. Pada mulanya, ingatkan ada apa-apa kisah disebalik rupa sebegitu. 

Namun menurut Pak Roni, pohon itu sememangnya begitu. Yelah, cara dia bercerita tu agak suspen. Kami mulanya ingatkan ada sumpahan atau apa. Haish! Banyak tengok cerita dongeng macam nilah pemikirannya.



Tak mengambil masa lama di sini. Sekadar datang, bergambar. Meninggalkan jejak langkah sahaja. Sekurangnya dah sampai sini, lain kali jika ada peluang. 50/50 kot nak ke sini lagi. Istana ini hanya sekadar istana sahaja. Kita tak boleh masuk kat dalam. Nama istana ini mengingatkan saya kepada novel bertajuk Bukan Puteri Lindungan Bulan. Tapi tak ingat, apa kisah novel ini sebenarnya. 




Kami mengambil keputusan untuk mendekati istana ini. Rupa sisi dibelakang istana. Terdapat kereta kuda [mungkin], atau mungkin kereta kerbau. Diam sahaja di sini tidak digunakan lagi. Dan kami pula, hanya mengambil dan mengambil gambar.



Beduk lama yang dah tak digunakan lagi. Nampak sangat kesan tak ada orang datang kat sini. Semuanya agak berdebu. Agak hambar boleh saya katakan. Bukanlah tiada langsung daya penarik. Ada tu, adalah. Cuma tidak dijaga dengan baik.




Kami tinggalkan Istana Silindung Bulan, Pagaruyung Darul Qorror ini selepas 10-15 minit masa kami habiskan di sini. Khabarnya, istana ini masih digunakan untuk bermesyuarat. Entah betul, entah tidak. Kerana keadaan seperti telah lama tidak digunakan.

Perjalanan diteruskan lagi ke Istano Basa Pagaruyung. Ingatkan jauh. Rupanya, kedua-dua istana ini jaraknya tak begitu jauh antara satu sama lain.




1.43 petang, kami sampai di Istano Basa Pagaruyung. Terlalu besar istana ini pada pandangan patik tuanku. Hinggakan gambar patik diambil oleh si Emi, langsung tidak patik sedari. Maka apa kata kita terus mampir ke depan untuk melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana rupa istana ini.



Pandangan hadapan kawasan istana. Terlalu luas. Cuaca agak panas, namun angin yang meniup wajah mendinginkan seketika rasa bahang yang kami rasai. Pandangan kita akan dipaku pada gunung-gunang dibelakang sana. Terlalu mendamaikan jiwa.


Apabila kita ke sebelah belakang istana, kita akan melihat bukit yang tertulis Pagaruyung. Angin menderu-deru pada ketika ini. Rasa tak puas untuk melihat suasana sekeliling dan jika dibiarkan, boleh lena kat atas tangga tepi tingkap istana ni. HAHA!


Untuk pemandangan lebih jelas. Di hadapan sana, itulah pintu masuk ke istana ini. Ketika kami sampai, agak ramai juga pengunjung. Dari Malaysia pun ada namun tak bertegur sapa pun. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Nampak kan gunung ganang di sana kan? Serius! Cantik sangat.





Istana ini sebenarnya dibina baru bagi menggantikan istana lama yang telah terbakar pada 2007. Jika kita melihat video ini, ramai penduduk setempat hiba kerana mungkin istana ini begitu istimewa bagi mereka. Yang patah kan tumbuh kembali. Maka tumbuhlah semula istana Baso Pagaruyung ini dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Katanya, punca kebakaran adalah berpunca dari lintar pintas. Semua info boleh kita dapati daripada video ini. Just tekan dan pilih sahaja sebarang info yang kita ingini.



Keadaan dalam istana. Besar dan tinggi. Apabila kita melalui dari pintu depan ke arah semua bahagian istana ini, dapat kita rasakan ia seakan-akan berbentuk kapal besar. 




Kain yang begitu tinggi menghiasi istana ini. Penuh dengan pelbagai warna.



Kami mula menapak dari tingkat ke tingkat. Agak gayat rasanya kerana lantainya agak licin. 




Anjung Paranginan yang berada di aras 2. Ia berfungsi sebagai tempat Putri Raja yang belum menikah [berkeluarga/gadis pingitan].




Selalu melihat orang Malaysia akan bergambar di tingkap istana ini sambil memakai pakaian pengantin Minangkabau. Kami pula, hanya bergambar biasa sahaja di sini. Tak ada pula gambar berdua. Yang ada hanyalah pandangan kasihan melihat mereka yang di depan mata sedang sibuk mencari rezeki dengan melayan pengunjung bergambar. Perlu diingat, di bawah terik mentari yang meninggi.

Hati sayu! Biasalah orang hati tisu memang begini. 





Antara barangan yang dipamerkan di ruang pameran. Kami hanya melihat-lihat sahaja.




Ketika saya sampai di sini, mata terlihat pada seorang makcik. Memakai kostum berwarna merah. Dan selepas itu, saya melihatnya memakai 'kepala' kostum dan bergambar dengan pengunjung. Terasa begitu belas. Dengan keadaan yang agak panas, memakai kostum yang bukan nipis dan 'kepala' kostum ini sudah tentu agak berat. Demi mencari rezeki, mereka sanggup. Kalau mereka masih muda, mungkin kita tak akan terasa sangat.

Semasa kami turun dari istana ini, kelihatan 2 kartun pink di depan tangga istana. Kami mengajak bergambar. Sambil bergambar, saya mengambil kesempatan untuk bertanya 'tentu panas bukan?'. 'Iya, panas'. Selesai bergambar, mereka akan memberitahu, jika ada tips, boleh diberi untuk mereka gunakan untuk keperluan istana mereka.

Saya nasihatkan, bagilah walau tak banyak. Jika hati tidak berniat untuk memberi, tinggalkan atau tolak dengan ucapan yang baik-baik. Jangan disakiti kerana Allah sendiri melarang kita mengeluarkan kata-kata yang tidak baik atau berprasangka.



Cuaca panas hingga mata dah tak boleh nak buka. Sangat tidak tahan dengan silau. Kacamata memang ada bawa, tapi tak seronok pula nak bergambar dengan kacamata. Sebolehnya dah tak nak bergambar kerana tak sanggup nak bertahan di panas terik mentari. Akan tetapi terpaksa mengagahkan diri demi kenangan di hari kemudian. Gitu kekdahnya. LOL!

Kalau berpeluang datang sini, alangkah baik jika anda semua pergi ke kerbau sana. Kat situ pemandangan lagi cantik kerana kita akan nampak keseluruhan kawasan istana dari bawah. Hari tu, kami tak terfikir ingin ke sana, memandangkan cuaca panas dan memang tak sanggup nak menapak semata-mata nak bergambar kat sana.

Seeloknya, rancang perjalanan ke sini agar boleh sampai pada waktu pagi. Tak adalah panas sangat. Kami juga tak bercadang untuk memakai pakaian perkahwinan Minangkabau. Pakaian itu boleh disewa. Jenguk aje bawah istana ni, memang ada sederetan baju yang terlalu banyak untuk dipilih.

Sebenarnya, pada asalnya hati nak juga mencuba. Tapi dek kerana ketidakselesaan, saya membatalkan hasrat. Hanya sempat mengambil gambar keadaan di bawah istana sahaja. Cukuplah untuk kenangan.




Inilah dia tiket untuk kita masuk ke dalam. Tak adalah mahal mana. Hanya sekitar RM5.00 lebih aje duit kita. Sesuai jugalah kan harganya. Nak duduk lama mana pun tak mengapa. Kotlah kalau rasa tak berbaloi dengan harga tiket. Bagi saya, harga tu memang ok.

Selesai berlegar-legar di istana ini yang mana kelihatan ramai orang menjual pelbagai barangan di bawah istana ini. Tak terpergi kami melihat dengan lebih dekat. Biasalah, bila niat nak membeli tu tiada, memang kaki tak melangkah walau dah depan mata.

Kami meneruskan perjalanan untuk ke Payakumbuh pada jam 2.00 petang.