Monday, February 27, 2017

Hidup Mesti Ada Yang Berubah

Coretan mengenai hidup sejak mutakhir ini;

• Berasa janggal untuk memuatnaik gambar di facebook. Padahal bukan ada orang luar pun.. Tapi upload juga sebab nak tukar profile picture.

• Berasa segan bilamana status di tekan enter. Taraa, terpampang status di wall dan akan melalui highway yang panjang di news feed kawan-kawan. Haha. Sindrom yang sangat tidak diketahuan. Update: 1.3.2017: Meronta betul nak tulis pasal satu kes ni. Nantilah kita update. 

• Berasa sangat PENAT dengan facebook. Penat dengan pelbagai status, cerita yang menghiasi news feed. 

• Berasa facebook terlalu meluas. Too many things. Padahal tak ada apa pun.

• Point utama ialah, saya mula menyukai instagram. Hehe. Lebih privacy. Tidak kalut dengan status. Kalut dengan gambar sahaja. Dan yang penting, saya ok je. 

• Agak aktif di instagaram. Dan telah publickan akaun ni. Kerana saya suka fotografi, dan selalu cemburu dengan pembidik gambar yang cantik. Jadinya, kalau ada gambar alam ke, gambar apa-apa jelah. Senang nak tag kepada team yang hebat-hebat. Berangan nak masukkan gambar kat National Geographic! Err. Hehe.

• Baru pergi Bandung, Indonesia kira-kira 3 minggu yang lalu. Nanti kita coretkan perjalanan semasa kami kat sana eh. 

• Merancang untuk ke satu tempat. Namun masih kesamaran. 

• Dilanda demam filem Indonesia. Dan percayalah, filem-filem yang akan saya ulas kelak amat berbaloi untuk ditonton. Hari-hari saya marathon filem. Ada yang sedih sampai menangis. Ah. Banyak sangat yang sedih. Mengganggu emosi betul.

• Kenapa demam filem seberang? Kerana Astro telah dipotong, dipancung, ditumbuk hingga lumat. Yang tinggal hanyalah siaran biasa yang sangat kabur-kabur, merelip-relip siarannya kerana antena tak ada. Eh! Tak perasan pula, adakah piring Astro masih berada diatas bumbung?

• Dah pandai simpan movie yang nak ditonton secara offline. Tak adalah melangut menunggu line yang ok lagi bermutu menjelma. Memang tak nampak bayang coverage internet sebagus-bagusnya. Asyik slow aje menanjang.

Ok. Setakat ini dulu. Diserang mengantuk. Idea dah tersekat kerana isyarat mengantuk dihantar bertalu-talu.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.