Tuesday, March 28, 2017

Pengajaran Hari Ini 1

Pagi tadi turun dari rumah ke tempat kerja. Semasa sampai di Sekolah Menengah Teknik, jalan di situ ada 2 lorong. Saya mengambil lorong biasa iaitu di sebelah kiri. Lampu merah. Kereta berhenti. Ketika itu saya memandang sekilas ke sebelah kanan. Kereta wira dipandu seorang wanita.

Gear D saya tekan apabila lampu bertukar hijau. Saya menoleh ke sebelah kanan dengan hasrat ingin memotong masuk ke lorong kanan. Akan tetapi kereta wira tu bukanlah slow sangat seperti yang saya jangkakan. Boleh tahan juga kereta ni, bisik hati saya.

Kereta saya adalah kereta kedua terakhir yang berada di lorong kiri melepasi lampu isyarat dan kereta wira itu merupakan kereta terakhir bagi lorong kanan sebelum lampu bertukar merah. Saya pandang lagi ke belakang dengan niat untuk menukar lorong ke kanan. Siap dah bagi signal. Namun, kereta di belakang saya lebih cepat memasuki lorong kanan tanpa signal. Memang kereta ni tak perlu bagi signal pun kerana kat belakang dia tak ada kereta pada waktu itu. Lampu kan masih merah.

Selepas kereta itu dah potong masuk lorong kanan, barulah saya ikuti kereta depan. Wira, Kelisa dan saya.

Wira
Kelisa
Saya

Kat depan adakala nampak lampu dibrek. Lepas tu dibrek. Saya dah teragak juga time tu. Yelah, baru tukar brake pad. Jadi dalam seminggu ni memang saya takut nak membrek dengan mengejut atau terlalu menekan sangat brek tu. Tambahan pula, pagi tadi hujan. Jalan masih basah. Kereta banyak.

Hinggalah satu ketika, nampak Kelisa dah brek. Saya juga brek. Tapi time tu dah rasa cuak. Macam 'sempat ke tak sempat ni aku brek'. Sebab saya layan je brek tu. Ketika itu terdengar bunyi seretan brek. Tak sure dari kereta mana. Kereta sendiri ke? Memang tak pasti.

Pandangan saya betul-betul pandang kereta depan. Alhamdulillah sempat brake. Adalah lagi jarak dengan kereta depan walaupun masa tu dah rasa suspen betul! Sampai berdebar-debar, menggigil juga tangan. Haha! Takut. Tak nak dan kalau boleh dijauhkan dengan accident.

Masa dah berhenti tu, dah agak mesti ada accident kat depan. Yelah, penunggang motor sebelah jalan kanan pandang ke arah depan kereta saya yang depan tu. Penunggang motor sebelah jalan saya pun pandang kat depan juga. Lepas tu nampaklah kereta Grand Livina menyusur ke kiri jalan diikuti dengan kereta Wira. Rupanya Wira tu dah langgar Grand Livina depan tu. Rabak juga bumper Wira tu, hingga bonet dah jadi macam bentuk ^. Boleh imagine ke tak ni?

Ketika itulah saya macam 'Sayang Allah kat aku'. Memang sangat bersyukur.

Kereta Wira tulah yang saya nak potong tadi. Masa kat Sekolah Teknik, tak boleh nak potong sebab dia lebih pantas mengaum. Apabila nak potong kali kedua, Kelisa pulak potong saya.

Allah holdkan untuk saya agar tak boleh potong kereta Wira tu. Jika tak, mungkin dia yang akan langgar saya. Atau juga saya yang akan langgar dia. Tak boleh nak dijangka. Yang saya tahu, bersyukur yang bersangatan kepada Allah.

Benda begini pun dah nampak hikmah dia kan? Benda-benda besar, lagilah banyak hikmah. Kadang kita selalu rasa nak cepat. Selalu nak marah kalau tak boleh nak cepat. Padahal mungkin kecepatan itu tak sesuai untuk kita. DIA lebih tahu daripada kita.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.