Saturday, March 18, 2017

Perlis Yang Dirindukan

Kita merancang. Allah jua merancang. Jika ikut jadual hati, esok pagi join abang 2 ke Perlis untuk kenduri hari Ahad. Merancanglah kami untuk bertemu 4 beradik di sana kelak. Eh silap. 5 beradiklah. Macam mana boleh silap kira ni. Haha. Namun. Apakan daya, sesuatu yang tidak dapat dielakkan menyebabkan daku tidak direzekikan untuk ke sana.

Rotate tayar kereta - ⭐️/
Buat alignment tayar - ⭐️/
Baiki buzzer untuk alarm - ⭐️/
Baiki ABS yang menyala tak kira waktu - ⭐️/
Baiki lampu brek ketiga - ⭐️/
Basuh kereta - ⭐️/
Beli kerepok dan nissan - ⭐️/
Beli barangan untuk kudap kat dalam kereta - ⭐️/

Dalam masa yang sama. Abang 2 TAK TAHU LANGSUNG yang diri ini tidak dapat join pagi esok. Dia rancang nak pergi selepas Subuh. Maka selepas Subuh esoklah baru kita bagitahu 'aku dokleh nok gi. Mung je la gi sekete'. Tak berani nak bagitahu awal-awal, sebab nantikan semua tak jadi pergi. Adik 2 dah selamat sampai petang tadi kat Perlis.

Itulah kan, apabila kita terikat dengan kerja. Macam nilah gayanya. Berdoa sampai ke saat ini, nak juga pergi. Tapi harapan dah nampak kelam sekelam alam di luar. Malam membaluti seerat mungkin.

Syahdu betullah bilamana lihat semua list ni. 💔. Yelah. Semua perancangan ni dah dibuat awal-awal lagi. Kenduri ni kami dah tahu pada tahun lepas lagi sebelum saya bertukar pejabat. Pilu betullah. Paling kelakar, masa bulan Januari itu hari, pergi ke Kuala Lumpur dan sempat beli beberapa biji mangkuk sup. Dengan confident cakap, 'aku tinggal mangkuk ni ke mung. Berat nak bawa naik flight. Kekgi kenduri kat Perlis, aku ambil'. Sekali. Hambik kau. Haha. Langsung tak boleh pergi.

Mohlah kita balut 🎁. Kot terubat sikit hati. 😂😂😂. Sebenarnya dah siap balut hadiah dah. Status ni copy dari instagram. Tak berani nak share kat facebook. Nanti adik beradik terkejut, masing-masing akan banyak tanya. Nanti kan menangis dibuatnya.

Cuma sekarang yang masih tak beres ialah power bank. Dah caj dari siang tadi, masih tak penuh-penuh. Hampir 95% keperluan untuk ke sana saya dah siapkan especially untuk abang 2. Makan minum dia sekeluarga saya dah beli siap. Kereta saya dah cuci, sebab dia akan bawa kereta saya nanti. Yelah, kami kan plan nak pergi bersama. Saya dan keluarga abang 2. Kat sana nanti baru kami bertemu beramai-ramai sekali dengan abang 1 dan adik 3. Seronoklah Mera dan Afiq nak pergi Utara. Si Afiq sebetulnya demam. Petang tadi ajak cari barang tapi dia cakap 'Afiq kena rehat, sebab Afiq demam'. Saya sentuh dahi dia. Urrmmm panas. 'Afiq rehatlah eh. Esok Afiq kan nak gi Perlis. Kat Baihaqi rumah Pak Anjang'.

Sekarang ni tak tahu nak buat apa. Barang semua dah kumpul satu tempat. Tunggu nak bawa masuk kereta je pagi esok. Faham tak, rasa kat hati ni. Haha. Tapi kita kena reda. Anggap aje ada hikmahnya tak dapat pergi. Tak tahulah. Cakap tu senang, nak reda tu susah. Biasanya selepas Ahad ni mungkin dah reda bebetul kot. Kenduri hari Ahad. Memanglah dah kena reda sebab memang tak boleh pergi. InsyaAllah ada rezeki di lain tempatlah. Cuma tak boleh nak bersama adik beradik pada kali ni. Itu je yang terasa. Sebab bukan senang nak berkumpul kat negeri orang. Peluang datang bukan setiap bulan. Harap pada kenduri macam ni jelah kan.

Urm. Harapnya dengan menulis semua ni, rasa release sikit apa yang terkilan, terbuku, tertanam kat hati ni. Esok malam, kalau tak ada apa-apa, boleh keluar makan dengan harapan boleh sejukkan hati. Masalahnya hati ni tak panas. Jauh sekali marah. Tak payah nak fikir banyak sangat. Biasalah dalam hidup, tak semua apa yang kita rancang menjadi.

Harapnya. Hai banyak betul harap ni eh. Lol! Memang berharap pun sekarang. Harap:

1. Abang 2 tak terkejutlah pagi esok. Kena cakap elok-elok. 'Aku dokleh gi. Doa aku hingga ke saat ni dok dimakbulkan. Jadi harap mu selamat gi selamat kembali. Kirim salam kat semua, mama papa Aifaa. Ada belaka doh tu. Makanan minuman [macam nak pergi camping!] Bawa kete molek. Spek kalau nak pakai, ada je. Mu guna je. Jangan wak rosak. Jangan wak jatuh! Kad minyak ada belaka dalam ni. Mu guna je la. Duit sikit dalam ni. Dok banyak'.

Macam mak neneklah pula. Biar banyak pesan dari tiada pesanan.

Doakan yang baik-baik ya. Amin.

Hehe.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.