Thursday, April 6, 2017

Hidup Ini Terlalu Singkat

Saya menyoroti beberapa sosok tubuh yang saya kenali. Seperti biasa, kita yang mengenali mereka namun mereka tidak mengenali kita. Isu? Tidak menjadi isu.

Melihat mereka ke sana sini, membuatkan saya terfikir. Hidup ini terlalu singkat. Kita lahir, kita sekolah rendah, sekolah menengah, belajar di universiti/kolej/mana-mana, kita masuk ke alam pekerjaan hingga ke hujung usia.

Betapa hidup kita ini dihabiskan di tempat kerja. Sosok itu telah berusia. Namun masih gagah untuk melangsaikan tanggungjawab beliau sebagai orang penting. Ke sana ke mari umpama tiada ruang untuk berehat. Esok ke Kuala Lumpur, lusa ke luar negara. Balik semula ke Malaysia terbang lagi ke mana-mana.

Kesudahannya? Entah saya tidak pasti.

Apa yang saya simpulkan. Ketika kita memegang jawatan yang tinggi. Semua orang akan mengikut arahan kita, patuh pada kita, takut pada kita, hormat pada kita. Selepas tiada jawatan? Mungkin masih sama namun sudah tentu ada bezanya.

Saya melihat beberapa nama yang telah bersara. Nama-nama itu tidak asing bagi diri ini namun saya faham bahawa kerjaya mereka telah lama berakhir. Ada yang berakhir pada 2011, 2012, 2010 atau mana-mana tahun. Dulu mereka itu ada jawatan, Pengarah, Menteri, Ketua, Pensyarah, Dekan dan macam-macam jawatan. Namun sekarang, semua itu hanyalah bekas. Betapa lama betul kita berkerja 8 pagi hingga 4.45 petang dengan setia demi sebulan gaji yang tetap. Rutin yang sama slip gaji yang sama. Mungkin angka hanya berubah sekali dan sekala sahaja.

Berbalik kepada semua pesara. Mereka telah kembali berada di rumah bersama aktiviti untuk habiskan sisa-sisa usia tua mereka. Bagi mereka yang telah berusia namun masih berkerja, itu pilihan mereka. Seperti ayahanda saya yang masih ingin berkerja walaupun usia telah hampir 70 tahun lebih. Selesa begitu walaupun ada pilihan untuk berehat di rumah.

Namun adakah kita ingin sebegitu? Jika diberi pilihan, saya ingin memilih umur tertentu untuk bersara. Menjalani hidup dengan aktiviti yang lain. Kerana itu saya sangat tertarik untuk mengikuti 1 facebook ini, yang dimiliki oleh seorang lelaki yang telah bersara pada pemikiran saya. Bukan tak nak kasitau nama FB beliau, tapi nama dia saya tak berapa ingat. Wajah memang saya ingat. Selalu saya like untuk setiap aktivitinya. Tenang dan tampak harmoni berada di tempat itu. Dan begitulah hidup yang saya inginkan. Maksud saya suasana tenang jauh dari riuh rendah kenderaan yang bergempita.

Point utama saya ialah ketika sosok tubuh ini sama usianya. Mereka memilih kerja yang berbeza. Seorang tenang di rumah manakala seorang lagi masih lagi dihambat kesibukan yang tidak terperi. Duit? Saya fikir duit tidak menjadi masalah baginya. Untuk kegunaan di usia sebegitu, sudah tentu tidak banyak kos yang diperlukan. Banyak betul tolong fikirkan untuk orang lain. Haha!

Ketawa ketawa juga. Namun inilah realiti. Saya tentu akan melalui semua ini jika diizinkanNya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.