Thursday, April 13, 2017

Jawapan Daripada DIA

Maaf, sejak akhir-akhir ini. Nada penulisan tidak begitu banyak bezanya. Berlaku tanpa dirancang. Sedikitpun tema penulisan tidak dirancang.

Cerita hari ini. Nukilan ini sebenarnya saya telah kongsikan di dalam instagram saya kira-kira 4 jam yang lalu. Lebih kurang jam 8 malam tadi. Kisah ini saya panjang lebarkan tulisannya memandangkan ruangan instagram tidak begitu sesuai untuk menulis ayat yang terlalu panjang.

13.4.2017 - Khamis.

Pagi tadi. Capai untuk lihat handphone kerana malam tadi tidur awal.

1. Membaca mesej tentang kesihatan seseorang yang dikenali [walaupun tak rapat mana]. Kesihatannya semakin merosot.

Selepas membacanya. Saya merenung jauh.

2. Terlintas di dalam hati untuk mendoakannya.

Saya mendoakan yang terbaik buat diri kenalan ini. Kerana saya sentiasa YAKIN bahawa Allah punya percaturan melebihi indah. Saya hanya mampu berdoa.

Selepas berdoa. Saya mengambil Quran Tafsir arwah mak dan membuka pada surah Qaaf. Mata tertangkap pada ayat berikut:

3. Terlihat pada Surah Qaaf : Ayat 17-24. Antaranya menyebut '19. Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!".

Boleh rasa tak apa yang saya rasa. Saya hilang kata apabila melihat maksud ayat di depan mata. Seolah-olah Allah bagi jawapan pada doa saya. Bukan kita minta yang bukan-bukan. Bukan dan tidak sama sekali.

Saya bersiap untuk ke tempat kerja. Panaskan enjin kereta. Masuk kereta dan radio dipasang.

4. Masuk ke dalam kereta. Terdengar satu pesanan. Antara yang sempat dicatat:

"Amal soleh yang dilakukan akan bersama hingga dia dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat.
Ketika kita sedang hidup, kita sedang bina kehidupan berkasih sayang dengan keluarga.
Sayang pada isteri, ayah, mak, adik beradik.
Penuhi kemahuan khususnya ahli keluarga.
Sejauh mana kita sayang dan kasih kita pada keluarga kita.
Apabila kita meninggal dunia, mereka tidak dapat menemani kita di kubur.
Kita akan usaha dan kerja keras untuk dapatkan harta dunia.
Kereta, tanah, emas dan sebagainya.

Harta yang kita cari, kumpul sepanjang di dunia, tidak boleh bawa ke kubur dan teman dengan kita"....

Semakin saya hilang kata-kata dan hanya mampu diam sambil mencatat. Namun tak semua yang sempat saya coret. Laju sangat. Bukan laju tapi kerana saya menaip di dalam handphone sahaja.

Dan yang paling memberi kesan khas. Lagu yang diputar oleh DJ ialah Teman Sejati oleh Brothers. Sedih betul bagi tadi.

Sampai ke tempat kerja. Buat kerja.

Bila dah petang sikit. Kami sama-sama ke belakang pantry untuk kemas barang pejabat. Kami bersembang mengenai banyak perkara termasuk pasal kenalan ini.

5. Dan petang tadi kira-kira jam 4 petang lebih. Ketika sedang berkemas sambil bercakap mengenai kenalan tersebut. Surat khabar demi surat khabar dicapai untuk membungkus barangan kaca. Akhirnya semasa tangan ingin mencapai akhbar ini. Tangan terhenti. Artikel ini betul-betul dimuka depan. Terus diasingkan dan dibawa balik.


Tak tahu nak cakap. Gambar surat khabar tu saya post di instagram. Kat sini saya tak upload kerana tak buka laptop. Nak upload kene edit size dulu. Huhu.

Cuba kita bayangkan. Sehingga petang Allah memberi jawapan kepada saya. Seolah-olah. Walaupun mungkin tidaklah tepat andaian saya ini, namun saya rasa. Allah ingin jentik hati saya untuk menjadi dan membaiki diri ke arah yang lebih baik lagi.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Penyayang. Banyak betul rantaian #reminder untuk hari ini.

Semoga kenalan tersebut dipermudahkan urusan. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. 🌼 Amin 🌼


Dan ketika saya sedang berhempas pulas nak tulis entry ini dari tadi lagi kira-kira 1 jam yang lalu. Rupanya kenalan saya ini telah meninggal dunia. Terkejut. Apabila buka handphone tengok whatsapp mengucapkan takziah. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Sebelum ini solat Hajat turut dilakukan oleh yang berkenaan di kampus kami. Betapa ramai yang mendoakannya. Cemburu kan bila fikir.

Sebenarnya, saya dan rakan baru bercakap mengenai arwah pada Khamis minggu lepas. Beliau masuk hospital pada Jumaat. Saya sempat melawatnya pada hari Ahad petang bersama sepupu. Namun dia sememangnya tidak sedarkan diri kerana ditidurkan [atas faktor-faktor yang Doktor lebih
arif].

Entahlah. Saya menulis tanpa ada rasa. Airmata langsung tidak keluar. Betapa Allah lebih sayang pada beliau. Allah bagi sakit, bersih dosa dulu. Beruntung sebenarnya dia. Kita pula entah bagaimana.

#NakNangisTapiAirmataTakAda.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.