Tuesday, May 23, 2017

Ramadan 2017

Orang-orang yang soleh telah memikirkan hala tuju mereka untuk bulan Ramadan. Mungkin persiapan mereka telah bermula pada Rejab lagi. Sementara orang biasa, masih lagi terkial-kial. Membilang baki hari sebelum Ramadan menjelma. Terasa sayu juga dalam hati.

Bila kita fikirkan kembali, dah berapa kali kita lalui Ramadan. Namun apakah kesan dalam diri kita? Ketika ini, saya sedang mendengar perbincangan mengenai Ramadan. Jauh. Jaaauhhh sangat rasanya persediaan diri ini untuk menyambut Ramadan. Mendengar nasihat daripada tetamu di radio, membuatkan hati berfikir.

Rupanya banyak lagi hal yang telah tertinggal, tidak dilaksanakan dengan baik oleh diri ini. Kerana itulah perlu selalu berdoa untuk dihindarkan rasa malas! Saya rasa, malas ini memang musuh kita semua. Err. Ada tak sejenis peralatan umpama Ridsect untuk hapuskan malas ni? Ya Allah, kalaulah semudah itu. Memang aman hidupku.

Antara intipati penting yang saya dengar ialah Ramadan adalah bulan ibadah. Bukan berpuasa semata-mata. Perlu kita isi sepanjang bulan Ramadan ini dengan sebaiknya. Terasa panjang lagi perjalanan 30 hari Ramadan kita.

Hari pertama mungkin bersungguh. Hari kedua mungkin bersemangat lagi. Hari ke belas-belas, ke puluh-puluh. Rasanya perjalanan kita makin diuji dan diasak dengan pelbagai perkara. Nak sedia kuih raya, juadah pagi raya, kelengkapan raya. Mana nak fokus dahulu?

Rugi kan kalau tak guna betul-betul Ramadan ni kan? Haishh! Tak tahulah nak tulis macam mana. Masih separa insaf ni. Jadi payahlah kan nak smack downkan nafsu sendiri ni. Malas tu jangan cakaplah. Asyik juara liga je. Rajin tu pulak, selalu aje terbenam di dasar. Bila nak timbul ni?

Tulis banyak-banyak pun payah juga ni. Paling penting tindakan dan bukannya write but no action! Haa. Kan realiti tu. Tulis berdegar-degar, nak buat ni, nak buat tu. Hasil? Caca marba kerana terpedaya dengan dugaan luar. Haha. Terbayang-bayang jualan kuih raya, kerepek raya, baju raya. Aduoiii!

Saturday, May 13, 2017

Sampul Duit Raya 2017

Pernah tulis pasal sampul duit raya di pautan ini :


Dan malam ini, berkobar-kobar sangat nak cerita tentang satu perkara yang membuatkan saya terkaget seketika.

Beberapa hari yang lalu, pergi ke kedai Eco. Kalau kat Terengganu ni, banyak kedai Eco atau lebih dikenali sebagai Kedai RM2. Beli-beli barang, lalu ternampak sampul duit raya. Teruslah ambil 1 plastik. 1 plastik ni, dia mempunyai 3 paket sampul.

Mudah cerita, senang faham. 3 x 10 keping = 30 keping saya dapat dengan harga RM2.12. Lupa nak maklum, selepas GST dilahirkan ke bumi Malaysia. Maka kedai ini telah mempunyai tambahan 12 sen dibelakang RM2.




Point yang saya nak bagitahu dalam entry ini ialah:

Malam semalam kot, saya ternampak di dalam facebook ada orang menjual sampul duit raya. Saya pun berkenan juga. Manalah tahu, kot-kot ada design terkini. Scroll pada iklan tu. TERKESIMA!

Mak aih. Mahal sangat. RM6/paket. 1 paket ada 10 keping. Termenung juga bilamana saya melihat harga. Baik mereka semua beli dengan saya, saya up dari RM2.12 kepada RM4/1 paket. HAHA! Tak adalah, saje melawak walaupun macam tak berapa nak lawak. Baik kita pergi beli sendirilah kat kedai Eco tu. Serius!

Urmm. Macam mana saya nak susun ayat ni eh? Design yang dipaparkan memang ada yang terkini, itu tak saya nafikan walaupun design tu tak adalah nak cantik sangat bebenor. Namun selebihnya adalah gambar kartun-kartun yang telah saya beli pada tahun lepas. Tapi agak melampau jika dijual pada harga RM6 untuk 1 paket.

Di sinilah kita sebagai pengguna perlu bijak untuk membuat perbandingan harga. Yang mana murah, yang mana kita rasa berbaloi untuk dilaburkan duit kita. Perlu diingat. Sampul duit raya sebenarnya hanya pelengkap duit raya. Biasanya, kanak-kanak akan BUANG sampul dan isinya yang akan mereka lihat. Namun bukan isi sampul yang ingin saya perkatakan. 

Berbalik pada topik. Sampul Duit Raya. Kalau anda mempunyai bajet lebih, ia mungkin tidak menjadi halangan kepada anda semua. Namun bagi saya, bajet untuk sampul duit raya, biasanya saya akan membeli yang paling murah dan cantik. HAHA. Murah-murah pun, cantik perlu kita ambil kira.

Seperti contoh sampul duit raya saya kat atas tu. Berkenan betul dengan corak bunga tu. Kan nampak juga trend terkini, biarpun harganya [ehem-ehem] hanya RM2.12. Berbaloi.

Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak. Hehe.



Monday, May 1, 2017

Sotong Celup Tepung

Bulan lepas adalah musim mencandat sotong. Musim tersebut telah tiba dan para nelayan atau pencandat sangat bersuka ria dengan kedatangan sotong-sotong ini. Tidak terkecuali Pak Teh saya yakni bapa saudara yang merupakan salah seorang pencandat tegar. Tak boleh dengar bab-bab sotong, terus sanggup untuk bermalam, pergi hari-hari pun tak mengapa mencandat sotong.

Hinggakan dia dah boleh jual balik sotong-sotong yang dia dapat. Kebetulan rezeki dia agak banyak, jadi sotong memang melebih-lebih. Saya sendiri tolong jual. HEHE. Tolong bagitau pada kawan-kawan mana yang berkenan nak beli. RM25/kilogram. Mulanya ingat mahal. Segan nak bagitahu kat kawan-kawan. Bila mereka cakap harga tu murah sedikit dari harga pasaran, barulah hati rasa lega.




Inilah sotong yang saya beli. Berbaloi kerana sotong ini fresh dari laut. Pak Teh akan call anak dia, anak dia terus bagitahu saya. Memang sangat efektif sangat cara penjualan sotong ni. Mana nak dapat kan macam ni gaya?



Sebelum ni dah buat goreng kicap. Hari ni nak buat Sotong Celup Tepung pula. Lagipun kita nak cepat, perut dah berkaraoke. Siang cepat-cepat. Lepas tu terus potong kecil-kecil.



Gaulkan dengan tepung Bestari. Sangat Bestari kerana rasanya telah sedia sedap!



Inilah hasilnya. Resepi sangat mudah. Malu pula nak kongsi, tapi dah terlanjur berkongsi ni. Redha jelah. Untuk makluman, bukan nak puji kat sotong ni. Tapi itulah hakikatnya. Dahlah isi manis. Lembut. Untuk siapkan menu ni pun, kita hanya guna lebih kurang 30 minit sahaja. Memang cepat dan tak perlu membiarkan perut berkeroncong lama-lama. Balik kerja pun sempat sangat nak buatnya.