Tuesday, May 23, 2017

Ramadan 2017

Orang-orang yang soleh telah memikirkan hala tuju mereka untuk bulan Ramadan. Mungkin persiapan mereka telah bermula pada Rejab lagi. Sementara orang biasa, masih lagi terkial-kial. Membilang baki hari sebelum Ramadan menjelma. Terasa sayu juga dalam hati.

Bila kita fikirkan kembali, dah berapa kali kita lalui Ramadan. Namun apakah kesan dalam diri kita? Ketika ini, saya sedang mendengar perbincangan mengenai Ramadan. Jauh. Jaaauhhh sangat rasanya persediaan diri ini untuk menyambut Ramadan. Mendengar nasihat daripada tetamu di radio, membuatkan hati berfikir.

Rupanya banyak lagi hal yang telah tertinggal, tidak dilaksanakan dengan baik oleh diri ini. Kerana itulah perlu selalu berdoa untuk dihindarkan rasa malas! Saya rasa, malas ini memang musuh kita semua. Err. Ada tak sejenis peralatan umpama Ridsect untuk hapuskan malas ni? Ya Allah, kalaulah semudah itu. Memang aman hidupku.

Antara intipati penting yang saya dengar ialah Ramadan adalah bulan ibadah. Bukan berpuasa semata-mata. Perlu kita isi sepanjang bulan Ramadan ini dengan sebaiknya. Terasa panjang lagi perjalanan 30 hari Ramadan kita.

Hari pertama mungkin bersungguh. Hari kedua mungkin bersemangat lagi. Hari ke belas-belas, ke puluh-puluh. Rasanya perjalanan kita makin diuji dan diasak dengan pelbagai perkara. Nak sedia kuih raya, juadah pagi raya, kelengkapan raya. Mana nak fokus dahulu?

Rugi kan kalau tak guna betul-betul Ramadan ni kan? Haishh! Tak tahulah nak tulis macam mana. Masih separa insaf ni. Jadi payahlah kan nak smack downkan nafsu sendiri ni. Malas tu jangan cakaplah. Asyik juara liga je. Rajin tu pulak, selalu aje terbenam di dasar. Bila nak timbul ni?

Tulis banyak-banyak pun payah juga ni. Paling penting tindakan dan bukannya write but no action! Haa. Kan realiti tu. Tulis berdegar-degar, nak buat ni, nak buat tu. Hasil? Caca marba kerana terpedaya dengan dugaan luar. Haha. Terbayang-bayang jualan kuih raya, kerepek raya, baju raya. Aduoiii!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.