Saturday, May 13, 2017

Sampul Duit Raya 2017

Pernah tulis pasal sampul duit raya di pautan ini :


Dan malam ini, berkobar-kobar sangat nak cerita tentang satu perkara yang membuatkan saya terkaget seketika.

Beberapa hari yang lalu, pergi ke kedai Eco. Kalau kat Terengganu ni, banyak kedai Eco atau lebih dikenali sebagai Kedai RM2. Beli-beli barang, lalu ternampak sampul duit raya. Teruslah ambil 1 plastik. 1 plastik ni, dia mempunyai 3 paket sampul.

Mudah cerita, senang faham. 3 x 10 keping = 30 keping saya dapat dengan harga RM2.12. Lupa nak maklum, selepas GST dilahirkan ke bumi Malaysia. Maka kedai ini telah mempunyai tambahan 12 sen dibelakang RM2.




Point yang saya nak bagitahu dalam entry ini ialah:

Malam semalam kot, saya ternampak di dalam facebook ada orang menjual sampul duit raya. Saya pun berkenan juga. Manalah tahu, kot-kot ada design terkini. Scroll pada iklan tu. TERKESIMA!

Mak aih. Mahal sangat. RM6/paket. 1 paket ada 10 keping. Termenung juga bilamana saya melihat harga. Baik mereka semua beli dengan saya, saya up dari RM2.12 kepada RM4/1 paket. HAHA! Tak adalah, saje melawak walaupun macam tak berapa nak lawak. Baik kita pergi beli sendirilah kat kedai Eco tu. Serius!

Urmm. Macam mana saya nak susun ayat ni eh? Design yang dipaparkan memang ada yang terkini, itu tak saya nafikan walaupun design tu tak adalah nak cantik sangat bebenor. Namun selebihnya adalah gambar kartun-kartun yang telah saya beli pada tahun lepas. Tapi agak melampau jika dijual pada harga RM6 untuk 1 paket.

Di sinilah kita sebagai pengguna perlu bijak untuk membuat perbandingan harga. Yang mana murah, yang mana kita rasa berbaloi untuk dilaburkan duit kita. Perlu diingat. Sampul duit raya sebenarnya hanya pelengkap duit raya. Biasanya, kanak-kanak akan BUANG sampul dan isinya yang akan mereka lihat. Namun bukan isi sampul yang ingin saya perkatakan. 

Berbalik pada topik. Sampul Duit Raya. Kalau anda mempunyai bajet lebih, ia mungkin tidak menjadi halangan kepada anda semua. Namun bagi saya, bajet untuk sampul duit raya, biasanya saya akan membeli yang paling murah dan cantik. HAHA. Murah-murah pun, cantik perlu kita ambil kira.

Seperti contoh sampul duit raya saya kat atas tu. Berkenan betul dengan corak bunga tu. Kan nampak juga trend terkini, biarpun harganya [ehem-ehem] hanya RM2.12. Berbaloi.

Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak. Hehe.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.