Thursday, July 6, 2017

Rindu

. Dengan blog MPS ni.
. Rasa tak sabar nak humban semua cerita kat dalam ni.
. Oh ya! Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Andai tulisan di dalam kotak 4 segi ini tidak menepati citarasa, ah yang lebih penting - jika ada tulisan yang membuahkan rasa menyampah betullah baca cerita dia ni. Hahaha! Can't help! Sebab dah cerita personal, beginilah gayanya.
. Terasa banyak benda nak buat. Dan rasanya saya dah jumpa apa yang saya suka. Kena dengan jiwa. Tapi biasalah, baca boleh tapi jangan percaya sangat. Hehe. Semangat tu selalu sangat luntur di tengah jalan.
. Alhamdulillah. Bapaknda sihat walafiat. Melihat sekeliling seperti makcik, pakcik sedara yang dah ramai sakit tua. Kasihan sangat. Kerana itu, Alhamdulillah. Itulah kesyukuran yang tak terperi saya rasa untuk rezeki masih dapat melihat ayah kita di usia mereka dah semakin mengurang. Mungkin jasa yang diberi tidak banyak, namun masih berharap dapat berbuat sesuatu dengan lebih baik.
.

. Saya perasan. Sekarang dah menjadi trend fesyen-fesyen lama kembali mewarnai dunia fesyen. Tahukah anda?

1. Tudung berbulu-bulu, pernah ada di pasaran. Rugi pulak tak simpan. Cumanya dulu tudung bawal itu disaluti dengan renda.
2. Tudung bawal ada jahitan kecil, ala-ala kait tali air. Kalau orang yang biasa mengait, dia akan tahu. Pun dah pernah ada di pasaran. Nanti dah tentu tudung ni menjadi trending kat market.
3. Baju ropol-ropol dah ada dah. Hahah! Yang paling best, saya dah pernah pakai baju lengan kembang masa darjah 3. Ya Allah. Betapa zaman beredar sangat unik.
4. Baju beropol di bawah, pun dah pakai beberapa tahun yang lalu. Cuma sekarang dah jadi trend. Nak tahu tak, kali pertama pakai baju tu. Semua orang cakap 'urmmmm' - masukkan icon confuse. Haha. Sekarang, haa baru tau fesyen tu cantik. Hehe.

Kesimpulannya. Simpanlah pakaian anda yang lama-lama tu sehelai dua. Atau tunjukkan gambar sebagai bukti. Ehem!

. Eh terpanjang pulak menulis.

Sampai jumpa lagi. Taa!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.