Monday, September 11, 2017

Dia Semanis Honey

Nak dijadikan cerita. Pada awal tahun ini. Ehem. Maafkanlah, ceritaku tertinggal jauh di belakang. Duduk bersembang dengan adik ipar, kebetulan ketika itu cuti sekolah bulan Disember. Sembang punya sembang, tercetuslah perancangan untuk menonton Teater Muzikal Dia Semanis Honey. Niat sebetulnya nak melihat dan merasi sendiri bagaimana rasanya masuk ke Istana Budaya.

Yelah, sebelum ini hanya mendengar di angin lalu sahaja. Nak merasai jauh sekali. Kami plan bertiga, book tarikh untuk penerbangan dari KT-KL-KT. Manakala adik ipar datang dari Perlis sana dengan bas. HAHA! Sangat gigih.




Pemandangan yang digaluti dengan awan ini tidak pernah menghampakan. Sebenarnya dah rindu nak naik kapal terbang lagi. Walaupun pada hakikatnya telah menjadi penakut sejak banyak tragedi kapal terbang. Faham-faham sahajalah ya.



Orang dulu, naik gunung turun gunung. Kita pula, dari awan turun ke jalan raya dengan bas. Drastik sangat kan. Nak naik teksi, memang tak berapa nak berani. Adalah lebih elok dan rasa selamat naik bas bayar tambang. Tidur. Eh!

Sampai ke KL Sentral. Atau NU Sentral eh? Hentam ajelah. Adik dah menunggu. Kami terus ke Sogo. Nak habiskan masa tu bukan mudah. Kami pula tak ada plan nak pergi mana-mana waima zoo negara atau tempat-tempat yang berfaedah. Langsung tiada plan.





Sampai di Sogo, kebetulan ada persembahan Caliph Buskers. Ralit juga. Kami layan sekejap je disebabkan mereka dah nak rehat. Orang kat sini memang penuh, tak kena bayar kan.




Bukit Bendera. Seingat saya, di sini ada kereta kabel. Dululah. Sekarang dah jadi sejarah. Entah kenapa, saya terasa nak sangat melalui zaman adanya kereta kabel. Akan tetapi, dulu mana nak datang KL. 



Sempat ke. Errr ke. Ke.. HAHA! Weh, apakah nama kamu ya? Langsung tiada dalam ingatan apakah nama tempat ini. Maklumlah, kali pertama datang. Memang tak boleh nak bagitau. Maafkan saya ya. 




Kami melihat dari jauh. Ketika ini rupanya, ada jelajah untuk promosi Anugerah Juara Lagu. Memang langsung tak tahu kerana dah lama tak ikuti AJL. Ramai betul. Dulu masa study, pernah juga curi-curi pergi ke Plaza Alam Sentral tengok Muzik-muzik. HEHE. 

Cuma yang buat saya terfikir. Dengan kehadiran ratusan orang ramai. Begitu kuat pengaruh mereka yang berada di persada kepopularan. Dan alangkah baiknya jika mereka menggunakan peluang ini untuk menyebarkan perkara-perkara yang baik. Mengajak peminat melakukan kebaikan. Beruntungnya mereka kerana mereka punyai peluang yang tersangat luas. Bayangkan, betapa banyaknya pahala yang mereka dapat. Kerana lumrah biasa. Anak murid sudah tentu akan mengikut kata-kata gurunya berbanding mak ayah sendiri. 




Selepas Maghrib, kami turun dari rumah. Pusing punya pusing. Akhirnya ada juga tempat kosong yang membolehkan kami menempatkan kereta kami di situ.

Masa tu sempat berhenti makan, dalam masa yang sama hati kami bimbang. Eh, cepatlah. Takut teater tu dah bermula. HAHA. Punyalah bersemangat.




Beginilah keadaan dan suasana di dalam Istana Budaya. Cantik dan nampak megah. Kita tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Dan sesiapa yang curi-curi nak ambil gambar, mereka akan suluh tepat kepada kita. Malu. Jadi, jangan buat macam tu. Kalau tak berapa nak segan, boleh cuba buat. HEHE.

Masa ni, belum start lagi cerita. Jadinya masing-masing sempat update apa yang patut. Kami tak update apa-apa pun. Duduk terkedu di tempat duduk. Ya Allah, bagusnya kami. Hahaha. Padahal kami sebenarnya dah tak sabar nak menonton.



Secara keseluruhan. Teater ni amat best! Menarik dan memang sedap betul suara Siti Nordiana. Latar belakang bagi teater sangat wow! Cara pertukaran latar bagi penceritaan menarik minat saya. Begitu hebatnya mereka yang menciptakan semua prop tersebut. Saya fikir, ini baru pentas dunia. Dalam satu ceramah yang pernah saya dengar ketika di dalam radio.

Dunia ini juga akan bertukar wajah apabila datangnya kiamat kelak. Gunung menjadi debu, langit akan digulung, bumi akan diratakan. Dan segala apa yang kita lakukan ketika di dunia akan dipertontonkan. Seperti kita melihat teater di depan ini [walhal sebetulnya, kita langsung tidak boleh membayangkan bagaimana keadaan sebenar ketika itu. Ini hanya bayangan saya sebagai orang biasa].

Begitulah. Kerana itu, sebelum datang ke sini. Niat saya ingin melihat bagaimana Istana Budaya. Bukan untuk terlalu bersuka-suka melihat teater.




Balik dari tonton teater, kami singgah makan char kue tiow. Nama tempat ni saya tahu, namun tak nak bagitau. Hamboi. Bukan apa, pernah dulu review burger bakar yang saya rasa sedap. Bila kali kedua pergi, dah tak sedap. Akhirnya kedai tu dah tutup! Itu pengalaman saya buat review sesuatu tempat. Untuk kali ini, kita hanya bagitahu makan char kue tiow sedap, rasanya dah memadai kan?. Tak rugi, sampai licin kami makan.




Keesokkan harinya, pulanglah kami ke kampung halaman masing-masing untuk meneruskan kehidupan. Dalam entry ni, tak cerita sangat mengenai isi cerita teater. Yelah, cerita dia kan kita boleh tonton dalam you tube. Lebih kurang aje cerita dia, kerana itu saya tak cerita banyak sangat. Cukup sekadar nak cerita pengalaman tengok teater dan ke Istana Budaya.

Macam tak sampai maksud sangat kan entry ni. HEHE.

Maafkanlah daku. 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.