Thursday, September 7, 2017

Lagu Kegemaran : Baby Shark Dance


Baru-baru ni, masa raya korban. Pulanglah kakak 2 dan keluarga ke kampung. Seperti biasa, bayang sendiri ajelah. Sejak anak pertama hingga dah dapat anak ke 6 eh 6 atau 7 eh?

Enam kot. HAHA! Ya Allah, boleh lupa pulak.

Anak-anak buah ini akan bawa pulang lagu baru. Dari mereka koir berdua, bertiga hinggalah boleh membuat 2 kumpulan koir. Yelah, pandai-pandai mereka pula buat 2 team mengikut umur. Sekarang dah besar semuanya. Tinggallah team kedua yang masih meneruskan sisa-sisa perjuangan lagu kanak-kanak. Yang besar dah buat team K-Pop. Amboi. Kemain betul.




Inilah lagu terbaru yang si Rusyda asyik nyanyi semasa duduk kat kampung. Baby Shark Dance. Siap dengan gaya. Muka garang jangan main-main. Mula-mula dengar, saya teringat akan lenggok lagu Datuk Vida 'I Am Me'. Memang catchy. Kita yang dewasa turut terjebak.

Lagu ni simple je. Glamer betul dikalangan budak-budak. Urmm. Bolehlah buat umpan kalau ada budak-budak nangis. HEHE!

Baby shark, doo doo doo doo doo
Mummy shark, doo doo doo doo doo
Tokki shark, doo doo doo doo doo
Mokcik shark, doo doo doo doo doo. 

HAHA.

Enjoy.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.