Monday, September 4, 2017

Resepi : Jemput Udang Manis dan Sedap


Dah lama sangat tidak mengemaskini MPS. Terasa seperti tidak mempunyai blog, walhal MPS wujud tanpa diberi kasih sayang yang secukupnya. Dah tentu rasa ralat. Nak-nak bila menyelusuri gambar di dalam folder. Bermacam kisah yang tidak diabadikan di sini.

Sejak dua menjak, asyik update instagram aje. Maklumlah lebih senang. Hujung jari aje. Namun tidak semua cerita dikongsi dengan panjang lebar. Tidak berapa sesuai kerana ruangan untuk instagram bukan besar sangat kan?

Oklah. Sebelum meluahkan rasa kesal dengan lebih panjang lebar dan tidak terkawal. Apa kata kita hidangkan entry kita dengan resepi;

Jemput Udang Manis dan Sedap

Nampak macam keterlaluan tajuknya. Namun tak cuba, kita takkan tahu. Dah cuba memang nak cuba lagi dan lagi kerana mudah sangat resepi ni. Kacang je. Petik jari pun siap.




Bahan utama ialah udang. Kebetulan hari tu, Giant ada lakukan promosi. Nak tahu harganya? RM10 selepas diskaun. Dapatlah dalam 1 kilogram lebih. Dahlah size dia besar. XL-XXL. Berbaloi sangat dengan harga dan size. Puas hati!




Bahan-bahan yang lain;

- Bawang besar kita dadukan.
- Udang pun kita dadukan. Saya tak letak seekor-sekor, kerana nanti kita nak gaulkan dia.
- Sawi. Tak letak pun tak apa kerana tidak begitu sesuai untuk diletakkan di dalam jemput udang. Adalah lebih baik kita gantikan dengan sayuran yang lain. Hari tu, dah terpaksa letak kerana tiada pilihan sayur.
- Jangan lupa tepung gandum. Kalau tak, tak menjadi jemput kita. HEHE. Oh ya, untuk gandum. Saya gunakan gandum jenama Faiza atau gandum Bidara. 
- Garam sebagai perasa.
- Air.



Semua bahan kita satukan di dalam bekas. Kita campurkan air masak. Agak-agaklah ya, nak cair atau biasa-biasa. Saya campur juga dengan air panas, tak banyak cuma cukup untuk kita gaulkan tepung gandum ini dengan bahan-bahan yang lain.

Selepas dah nampak sebati, kita campurkan bahan perasa iaitu garam. Saya tak gunakan ajinomoto ya. Cukup sekadar garam sahaja kita letak. Agak-agak dah rasa tu sesuai dengan adunan kita. Masa tu, dah boleh panaskan minyak masak. 

Sebenarnya, kalau nak panaskan lebih awal minyak pun tak mengapa. Kerana masa yang kita ambil untuk membuat adunan jemput-jemput ni, bukanlah lama sangat. Sekejap je.




Minyak dah panas. Kita mula gorengkan jemput udang ni. Lebih kurang 10-15 minit kemudian, masaklah dia.

Ini rupa jemput udang manis dan sedap kita. Manis kerana udang yang ada kat dalam tu. Tak boleh dinafikan, apabila kita menggunakan udang segar, rasa manis tu agak terserlah dan apabila kunyahan kita mengena pada isi udang. Disitulah kesedapan jemput ini.

Menu ni sangat sesuai untuk dijadikan sarapan pagi, malam-malam time kita menonton tv, atau juga ketika minum petang. 

HAHA! Terasa macam kekok pula menulis selepas lama tak menulis dalam blog. #skema.

Jomlah cuba. 





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.