Tuesday, November 28, 2017

11 - Sepetang Di Kiniko - Tabek Patah

Dalam entry sebelum ni, cakap nak ke Payakumbuh kan? Betul, dan tak salah baca pun. Cumanya, sebelum sampai ke Payakumbuh, kami di bawa ke satu tempat. Memang dalam perancangan kami, tak tertulis pula tempat ni. Apakah tempat itu?


2:15 petang

Antara jalan yang kami lalui sebelum sampai ke tempat yang kami tidak dapat fikir langsung. Dalam kepala hanyalah Lembah Harau. Yang lain, langsung dah tak boleh nak telah. Seperkara lagi, kami ketika ini mengejar masa. Dari pagi sampai petang, dah banyak tempat kami tinggalkan jejak.

Dah banyak posting yang ditulis, tapi ini baru hari kedua. HAHA. Tak habis-habis lagi weh. 





Saya syak wasangka, ini adalah restoran di dalam air yang sering digossipkan di dalam blog. Ye, restoran sekarang pun dah masuk ruang gossip. Yelah, selalu sangat orang petik nama restoran dalam sawah padi ke apa entah. Jadi nampak aje mana-mana restoran dalam air tu, terus teringat apa yang orang lain tulis. Kami memang tak singgah, lalu berlalu di angin lalu sahaja.



2:30 petang

Jika tak silap pada ingatan saya, ini adalah jalan kampung. Seronok sebenarnya, dapat juga tengok kiri kanan kampung kat sini. Tak sama dengan kampung kita.

Tak lama, belok aje sebelah kiri. Dah ternampak satu bangunan biasa aje. Rupanya inilah dia, Kiniko Enterprise. Tempat ini terletak di Tabek Patah. Ketika ini, dah ramai pengunjung kedai. Kami turut meramaikan lagi dan menyibukkan diri di sini.


2:45 petang

Ruang dapur untuk menggoreng kerepek. Oh ya, Kiniko Enterprise ni adalah tempat menjual kerepek yang sangat pelbagai dan juga, ada air kopi yang menjadi trademark mereka.

Ketika ini, kami sedang menunggu kerepek pisang yang terlaris di pasaran. Kerepak dia rasanya manis-manis pisang, di goreng, diangkat dan terus dibungkus dalam plastik. Bila kita tanya 'nanti lemau tak?'. Mereka cakap 'nggak'. Hati tak berapa nak percaya. Mana nak percaya, kerepek tu panas kot.



Semua ini adalah percuma. Minum dan tak perlu bayar. Alangkah baiknya jikalau anda membuat keputusan untuk mencuba, nak cuba di lain masa, dah payah dah. Mana lagi nak cari. Kat Malaysia bukannya ada semua ni.



Kebanyakkan orang semua mengambil peluang yang terluang ini untuk merasa air kopi. Saya hanya terfikir nak mengambil gambar. Bila lihat air kopi dituang ke dalam gelas besi, nampak klasik sangat. Bila nampak air teh [jika tak salah saya] dituang ke dalam tempurung, terasa macam nak cuba, tapi tak berapa nak lalu. Orang ramai sangat. 




Susunan-susunan kerepek yang teratur dan kemas. Sejuk mata melihat, namun hati sukar untuk memilih. Sepanjang kat sini, saya hanya beli kerepek pisang, rempeyek, apit-apit, dan beberapa kerepek yang lain. Yang paling sedap, dah tentu kerepek pisang. Rempeyek dia, banyak giler kacang. Sedap! 

Tapi tak boleh lawan rempeyek Malaysia. Ada beza sikit je dari segi rasa. Mungkin bahan-bahan rempah dia kot yang menyebabkan rasa berbeza.

PS. Sila beli kerepek di sini ya. Kat sini jika tak salah, adalah tempat pengeluaran kerepek untuk kawasan sekitar dan juga beberapa kawasan yang lain. Kerepek dia dahlah fresh dari dapur. Murah! Kerepek baru, rangup dan sedap. Yang penting, banyak pilihan. Eh yang lagi teramat penting. Sekali lagi diulang. Murah sikit berbanding di tempat lain. Bolehlah untuk dibuat oleh-oleh atau untuk makan sendiri. 



Pemandangan di belakang bangunan kayu ni. Kat belakang ni, memang cantik. Tapi kat dalam gambar, kecantikan dia tak berapa nak terserlah pula. Nampaknya, anda semua silalah tempah tiket sekarang untuk ke sini. Hehe.



Pemandangan kedai dari belakang. Ketika ni, kami dah datang ke depan sini untuk bergambar. Kelihatan pengunjung lain semua sibuk nak mencuba kopi, kami pula sebaliknya. Memang tak ada kopi dalam kepala. Pisang salai pula, boleh kita nikmati di restoran terbuka kat sana tu ha.

Cumanya, ingatkan pisang salai tu, pisang yang disalai atas api. Rupanya pisang salai adalah kerepek. 




Pandang sebelah kanan, akan nampak pondok ni. Bagi mata saya, cantik dan nampak kedesaaan. 



Perkara menarik yang lebih menarik hati berbanding kopi dan lain-lain. BUNGAAAAAA! Menawan sekali.

Sebenarnya, kat kiri berdirinya saya di sini, ada terdapat pelbagai bunga yang lain. Cantik bila bergambar.



Memang geram. Dahlah bunga-bunganya besar-besar sihat walafiat. Sementara yang lain mencuba kopi, saya pun tak terkecuali. Saya mencuba bertanyakan kepada pakcik yang jaga kebun kat sini tentang bunga ni.

Dengan penuh keyakinan, tanya pada pakcik ni. Adakah dia pekerja sini? Boleh ambil bunga? Maksud saya benih bunga?

Pakcik tu jawab 'oo bisa!'. Mungkin tak pernah di buat orang kot. HAHA. Mana orang nak minta benih bunga, datang sini nak beli kerepek je.



Saya dah ambil benih bunga dan letak dalam tisu. Selepas tu, terus naik ke tingkat 2 untuk lihat pemandangan dari atas. Eh, eh. Pakcik tu siap lambai untuk maklum, benih bunga di letak kat pokok depan tu. Terharu seketika. Teringat bapaknda sendiri yang pernah jadi tukang kebun aka Guru Besar sekolah.

Mana lebih besar? Dah tentu tukang kebun, sebab tulah dipanggil Guru Besar. LOL!


3:00 petang

Dah bergambar-gambar. Turun dan menuju ke pokok ni. Siap letak dalam plastik lagi. Saya tukar ke dalam tisu selepas tu disebabkan plastik ni, plastik kerepek. Takut benih terganggu kesihatannya apabila terkena garam yang ada kat dalam plastik ni.

Anak benih ni dah selamat bawa balik Malaysia. Tanam dan hidup. Hehe. Cuma kena sabar untuk menunggu bunga. Tak tahu bunga yang mana akan berbunga, disebabkan ada 2 jenis benih yang saya ambil.




Kami ambil peluang juga untuk bergambar di papan nama kedai ni. Nampak macam best je, jadinya marilah kita mengabadikan kenangan di sini.

Selepas dah puas mengambil gambar, kami terus ke depan membeli kerepek. Perjalanan diteruskan lagi ke Lembah Harau, Payakumbuh.

Kena cepat, nanti sampai sana, kalau hari gelap. Memang sayulah hati ni.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.