Wednesday, March 29, 2017

Pengajaran Hari Ini 2

Nak dijadikan cerita. Saya melihat buku bank Tabung Haji. Dan barulah saya perasan. Dengan tahun saya berkerja dan dengan jumlah simpanan saya. Urmmm. Betul-betul tak balance. Saya kira, saya congak. Melahirkan rasa kesal.

Dah lama saya positif berkenaan hal kewangan. Namun malam ini, saya seolah-olah baru tersedar. Saving saya bukanlah banyak sangat. Tapi saya selalu rasa banyak. Bila saya listkan plan saya untuk long term. Memang tak boleh nak pergi dengan saving ni. Tak cukup!

Kiraan saya campur tolak semua. Saya dah rugi dalam puluh ribu. Lebih kurang hampir 50 ribu. Besar kan angka ni? Namun jangan khuatir. Ini hanyalah angka dan tidak bermakna apa-apa. Itulah jumlah anggaran yang saya kira yang saya dah bazirkan tanpa sedar. Menyesal? YA!

Saya menyesal sangat dengan pembaziran di masa silam. Sampai hati dah resah memikirkan, kalau macam ni macam mana? Kalau begini, bagaimana? Resah. Point utama: MENYESAL SEPENUH JIWA.

Hati saya resah. Buka handphone layan candy crush sekejap. Kalah. Dahla ada satu nyawa je. Tutup game. On hanphone lain. Buka FB.

Kepala duk fikir. Patut ada banyak ni banyak tu. Biasalah. Perasan satu hal. Satu lagi, nak angka sesuka hati. Macamlah duit tak digunakan langsung. Simpan sampai beranak pinak.

Layan FB. Skrol skrol. Skrol lagi dan:

*Artikel ni memang panjang tapi berbaloi kita baca.

Bila bekerja sendiri dan tak ada gaji tetap ni, kita banyak merenung kepada hubungan diri dan Allah SWT.

Tiada jaminan bahawa pendapatan bulan hadapan, setara dengan pendapatan bulan ini. Keuntungan berganda-ganda yang diperolehi sekarang, tidak menjamin pula laba yang bakal diperolehi akan datang. Bahkan bila teruji dengan duit yang sedikit, tiada siapa akan menjamin bulan hadapan akan dapat duit lebih banyak.

Tiada siapa berjanji, tiada siapa yang pasti.

Yang ada hanya usaha dan Ilahi.

Saya sangat tersentuh sebenarnya dengan pesanan seorang usahawan, yang syarikatnya pernah mendapat Anugerah Geneva pada tahun 2014. Beliau bertaraf pakcik, bapa kepada senior saya. Satu hari saya berpeluang makan-makan dengan beliau, dan beliau berkongsi tips bisnes dengan saya.

Beliau menyedarkan saya bahawa, sehebat mana pun seseorang itu melakukan marketing, akhirnya, Allah SWT jualah yang menggerakkan hati pelanggan untuk membeli. Pesan beliau, marketing kena buat, tapi pada masa yang sama, tawakkal kepada Allah SWT juga perlu lebih tinggi.

Saya sangat merasakan hal itu, walaupun tidaklah saya berani menyatakan yang tawakkal saya kepada Allah SWT sangat tinggi. Kadang saya ralat memikirkan ibadah dan kebergantungan saya kepada Allah SWT tidaklah sesempurna mana, tidak padan dengan keadaan hidup saya yang sangat-sangat bergantung kepada kasih sayang Allah SWT.

Saya ada masa takut apabila memikirkan masa hadapan anak-anak. Mampukah nak sekolahkan mereka nanti? Mampukah nak beli rumah? Mampukah nak pastikan anak-anak dapat membesar dengan keperluan-keperluan yang secukupnya? Bagaimana universiti mereka nanti? Kadang hingga mengalir air mata kerana resah, takut tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Namun ketakutan dan kerisauan tadi, sering dipujuk dengan ayat: "Allah ada. Kita kena usaha. InsyaAllah Allah berikan kecukupan."

Bukan tak pernah diuji dengan kesikitan duit, kegagalan projek, dan ditipu serta pelbagai mehnah yang lain. Pernah sahaja. Tetapi bila kita pilih kehidupan macam ini, dapat rasa sangat Allah banyak membantu. Allah beri jalan keluar, Allah beri kemudahan. Kita rasa sedemikian sebab kita tiada orang lain di atas kita, kita tiada boss untuk bantu kita, kita tiada manusia berautoriti yang lain untuk membantu kita. Jadi, segala bantuan yang tiba-tiba datang, segala kemudahan yang tiba-tiba muncul, semestinya kita pulangkan sepenuhnya kepada Allah SWT. Siapa lagi bukan?

Saya pernah diuji dengan kegagalan syarikat penerbitan membayar saya royalti dengan baik. Angkanya ada, duitnya tak dapat diberikan kepada saya. Diberitahu kepada saya pula saat saya menanti dibayar, bermakna beritahu 'last minute'. Hampir luruh jantung saya ketika itu, memikirkan survival diri dan keluarga. Kemudian, saya usaha buka syarikat penerbitan sendiri dengan 'zero knowledge' berkenaan cara nak urus terbit buku sendiri. Upah designer, tiba-tiba designer buat hal pula. Resah sangat ketika itu. Namun, tiba-tiba, tak ada angin tak ada apa, satu persatu bantuan tiba. Ada orang hubungi untuk bantu, ada orang tiba-tiba hubungi untuk tunjuk ajar, ada orang tawarkan untuk mudahkan cara begini dan begitu. Bila menjual, marketing pun taklah seberapa sangat. Tapi masyaAllah, ramai yang beli. Berbondong-bondong, tak menang tangan urus!

Siapa yang patut dipuji ketika itu? Sudah semestinya Allah SWT. Siapa lagi bukan?

Itu bagi saya antara kemanisan memilih jalan hidup sebegini. Terasa benar kewujudan Allah SWT di dalam hidup. Maka ketika itu bila kita baca Al-Quran, ayat-ayat seperti "Sesungguhnya Aku amat dekat" di dalam Surah Al-BAqarah, "Kami lebih rapat dari urat lehernya(manusia)" di dalam Surah Qaff, "Berdoalah kepadaku nescara akan aku kabulkan" di dalam Surah Ghafir, terasa sungguh realistik!

Benarlah firman Allah SWT: "Sesungguhnya bersama kesusahan itu, adanya kesenangan." yang diulang dua kali di dalam Surah Al-Insyirah.

Dan Maha Benar firman Allah SWT: "Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." Surah At-Talaq ayat 2-3.

Ayat ini digelar ayat 1000 dinar, kononnya ayat nak tarik rezeki masuk. Tetapi bila berada di dalam situasi saya, ini bukan ayat jampi serapah atau ayat magik nak bagi banyak duit. Ini ialah janji yang benar daripada Allah SWT untuk ditekuni, dan dipraktikkan.

Kuncinya, TAQWA. Perasaan tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Rasa berhati-hati dalam melangkah kerana tidak mahu terpijak duri-duri larangan Allah SWT, untuk menuju ke destinasi yang besar, yakni keredhaanNya. Itulah dia TAQWA, yang menjadi resipi utama kecukupan dan bantuan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Semoga sama-sama dapat kita gantungkan pergantungan kita, hanya kepada Allah SWT.

Kadang dalam kesibukan kita mengharungi hidup, kita lupa Allah SWT ada.
Kadang hidup kita dah selesa, gaji setiap bulan masuk, terlupa kita yang Allah sebenarnya merupakan pemberi rezeki.

Kadang pula, kita nak pangkat lebih tinggi, harta lebih banyak, sampai sanggup sailang kawan, aniaya orang, terlupa kita bahawa sebenarnya itu Allah larang, Allah marah, Allah tidak redha. Bila kita buat tindakan-tindakan tersebut, seakan kita nak kata pada Allah, rezeki yang Dia beri lalu jalan halal ni tak cukup, seakan-akan Dia tak tahu keperluan kita. Padahal kita sebenarnya dirasuk tamak.

Kepada Allah kita tunduk kembali berserah.

Sama-sama bermuhasabah.

Oleh: Hilal Asyraf

.

Saya baca sampai habis coretan ni yang terpapar di news feed saya. Menangis dibuatnya. Betapa tadi saya duk fikir pasal kewangan. Sekarang depan mata ada cerita pasal kewangan juga. Dan intipati coretan ini adalah kena bergantung kepada Allah. Siapa yang tak menangis?

Hati ada saki baki gusar. Namun tidak segusar tadi. Sedikit lega bilamana baca artikel tu. Terasa ada jalan keluar yang mungkin saya tidak tahu. InsyaAllah memang ada. Esok, lusa. Bulan depan, hujung tahun? Entah. Tapi yang pasti, TENTU ADA jalannya.



Tuesday, March 28, 2017

Pengajaran Hari Ini 1

Pagi tadi turun dari rumah ke tempat kerja. Semasa sampai di Sekolah Menengah Teknik, jalan di situ ada 2 lorong. Saya mengambil lorong biasa iaitu di sebelah kiri. Lampu merah. Kereta berhenti. Ketika itu saya memandang sekilas ke sebelah kanan. Kereta wira dipandu seorang wanita.

Gear D saya tekan apabila lampu bertukar hijau. Saya menoleh ke sebelah kanan dengan hasrat ingin memotong masuk ke lorong kanan. Akan tetapi kereta wira tu bukanlah slow sangat seperti yang saya jangkakan. Boleh tahan juga kereta ni, bisik hati saya.

Kereta saya adalah kereta kedua terakhir yang berada di lorong kiri melepasi lampu isyarat dan kereta wira itu merupakan kereta terakhir bagi lorong kanan sebelum lampu bertukar merah. Saya pandang lagi ke belakang dengan niat untuk menukar lorong ke kanan. Siap dah bagi signal. Namun, kereta di belakang saya lebih cepat memasuki lorong kanan tanpa signal. Memang kereta ni tak perlu bagi signal pun kerana kat belakang dia tak ada kereta pada waktu itu. Lampu kan masih merah.

Selepas kereta itu dah potong masuk lorong kanan, barulah saya ikuti kereta depan. Wira, Kelisa dan saya.

Wira
Kelisa
Saya

Kat depan adakala nampak lampu dibrek. Lepas tu dibrek. Saya dah teragak juga time tu. Yelah, baru tukar brake pad. Jadi dalam seminggu ni memang saya takut nak membrek dengan mengejut atau terlalu menekan sangat brek tu. Tambahan pula, pagi tadi hujan. Jalan masih basah. Kereta banyak.

Hinggalah satu ketika, nampak Kelisa dah brek. Saya juga brek. Tapi time tu dah rasa cuak. Macam 'sempat ke tak sempat ni aku brek'. Sebab saya layan je brek tu. Ketika itu terdengar bunyi seretan brek. Tak sure dari kereta mana. Kereta sendiri ke? Memang tak pasti.

Pandangan saya betul-betul pandang kereta depan. Alhamdulillah sempat brake. Adalah lagi jarak dengan kereta depan walaupun masa tu dah rasa suspen betul! Sampai berdebar-debar, menggigil juga tangan. Haha! Takut. Tak nak dan kalau boleh dijauhkan dengan accident.

Masa dah berhenti tu, dah agak mesti ada accident kat depan. Yelah, penunggang motor sebelah jalan kanan pandang ke arah depan kereta saya yang depan tu. Penunggang motor sebelah jalan saya pun pandang kat depan juga. Lepas tu nampaklah kereta Grand Livina menyusur ke kiri jalan diikuti dengan kereta Wira. Rupanya Wira tu dah langgar Grand Livina depan tu. Rabak juga bumper Wira tu, hingga bonet dah jadi macam bentuk ^. Boleh imagine ke tak ni?

Ketika itulah saya macam 'Sayang Allah kat aku'. Memang sangat bersyukur.

Kereta Wira tulah yang saya nak potong tadi. Masa kat Sekolah Teknik, tak boleh nak potong sebab dia lebih pantas mengaum. Apabila nak potong kali kedua, Kelisa pulak potong saya.

Allah holdkan untuk saya agar tak boleh potong kereta Wira tu. Jika tak, mungkin dia yang akan langgar saya. Atau juga saya yang akan langgar dia. Tak boleh nak dijangka. Yang saya tahu, bersyukur yang bersangatan kepada Allah.

Benda begini pun dah nampak hikmah dia kan? Benda-benda besar, lagilah banyak hikmah. Kadang kita selalu rasa nak cepat. Selalu nak marah kalau tak boleh nak cepat. Padahal mungkin kecepatan itu tak sesuai untuk kita. DIA lebih tahu daripada kita.



Saturday, March 18, 2017

Perlis Yang Dirindukan

Kita merancang. Allah jua merancang. Jika ikut jadual hati, esok pagi join abang 2 ke Perlis untuk kenduri hari Ahad. Merancanglah kami untuk bertemu 4 beradik di sana kelak. Eh silap. 5 beradiklah. Macam mana boleh silap kira ni. Haha. Namun. Apakan daya, sesuatu yang tidak dapat dielakkan menyebabkan daku tidak direzekikan untuk ke sana.

Rotate tayar kereta - ⭐️/
Buat alignment tayar - ⭐️/
Baiki buzzer untuk alarm - ⭐️/
Baiki ABS yang menyala tak kira waktu - ⭐️/
Baiki lampu brek ketiga - ⭐️/
Basuh kereta - ⭐️/
Beli kerepok dan nissan - ⭐️/
Beli barangan untuk kudap kat dalam kereta - ⭐️/

Dalam masa yang sama. Abang 2 TAK TAHU LANGSUNG yang diri ini tidak dapat join pagi esok. Dia rancang nak pergi selepas Subuh. Maka selepas Subuh esoklah baru kita bagitahu 'aku dokleh nok gi. Mung je la gi sekete'. Tak berani nak bagitahu awal-awal, sebab nantikan semua tak jadi pergi. Adik 2 dah selamat sampai petang tadi kat Perlis.

Itulah kan, apabila kita terikat dengan kerja. Macam nilah gayanya. Berdoa sampai ke saat ini, nak juga pergi. Tapi harapan dah nampak kelam sekelam alam di luar. Malam membaluti seerat mungkin.

Syahdu betullah bilamana lihat semua list ni. 💔. Yelah. Semua perancangan ni dah dibuat awal-awal lagi. Kenduri ni kami dah tahu pada tahun lepas lagi sebelum saya bertukar pejabat. Pilu betullah. Paling kelakar, masa bulan Januari itu hari, pergi ke Kuala Lumpur dan sempat beli beberapa biji mangkuk sup. Dengan confident cakap, 'aku tinggal mangkuk ni ke mung. Berat nak bawa naik flight. Kekgi kenduri kat Perlis, aku ambil'. Sekali. Hambik kau. Haha. Langsung tak boleh pergi.

Mohlah kita balut 🎁. Kot terubat sikit hati. 😂😂😂. Sebenarnya dah siap balut hadiah dah. Status ni copy dari instagram. Tak berani nak share kat facebook. Nanti adik beradik terkejut, masing-masing akan banyak tanya. Nanti kan menangis dibuatnya.

Cuma sekarang yang masih tak beres ialah power bank. Dah caj dari siang tadi, masih tak penuh-penuh. Hampir 95% keperluan untuk ke sana saya dah siapkan especially untuk abang 2. Makan minum dia sekeluarga saya dah beli siap. Kereta saya dah cuci, sebab dia akan bawa kereta saya nanti. Yelah, kami kan plan nak pergi bersama. Saya dan keluarga abang 2. Kat sana nanti baru kami bertemu beramai-ramai sekali dengan abang 1 dan adik 3. Seronoklah Mera dan Afiq nak pergi Utara. Si Afiq sebetulnya demam. Petang tadi ajak cari barang tapi dia cakap 'Afiq kena rehat, sebab Afiq demam'. Saya sentuh dahi dia. Urrmmm panas. 'Afiq rehatlah eh. Esok Afiq kan nak gi Perlis. Kat Baihaqi rumah Pak Anjang'.

Sekarang ni tak tahu nak buat apa. Barang semua dah kumpul satu tempat. Tunggu nak bawa masuk kereta je pagi esok. Faham tak, rasa kat hati ni. Haha. Tapi kita kena reda. Anggap aje ada hikmahnya tak dapat pergi. Tak tahulah. Cakap tu senang, nak reda tu susah. Biasanya selepas Ahad ni mungkin dah reda bebetul kot. Kenduri hari Ahad. Memanglah dah kena reda sebab memang tak boleh pergi. InsyaAllah ada rezeki di lain tempatlah. Cuma tak boleh nak bersama adik beradik pada kali ni. Itu je yang terasa. Sebab bukan senang nak berkumpul kat negeri orang. Peluang datang bukan setiap bulan. Harap pada kenduri macam ni jelah kan.

Urm. Harapnya dengan menulis semua ni, rasa release sikit apa yang terkilan, terbuku, tertanam kat hati ni. Esok malam, kalau tak ada apa-apa, boleh keluar makan dengan harapan boleh sejukkan hati. Masalahnya hati ni tak panas. Jauh sekali marah. Tak payah nak fikir banyak sangat. Biasalah dalam hidup, tak semua apa yang kita rancang menjadi.

Harapnya. Hai banyak betul harap ni eh. Lol! Memang berharap pun sekarang. Harap:

1. Abang 2 tak terkejutlah pagi esok. Kena cakap elok-elok. 'Aku dokleh gi. Doa aku hingga ke saat ni dok dimakbulkan. Jadi harap mu selamat gi selamat kembali. Kirim salam kat semua, mama papa Aifaa. Ada belaka doh tu. Makanan minuman [macam nak pergi camping!] Bawa kete molek. Spek kalau nak pakai, ada je. Mu guna je. Jangan wak rosak. Jangan wak jatuh! Kad minyak ada belaka dalam ni. Mu guna je la. Duit sikit dalam ni. Dok banyak'.

Macam mak neneklah pula. Biar banyak pesan dari tiada pesanan.

Doakan yang baik-baik ya. Amin.

Hehe.

Monday, March 6, 2017

Exam

Dah lama tak melayan exam. Tetiba tanpa disangka, bagai dipimpin tangan ini. Eh eh. Tak sangka esok lusa dah nak exam. Dulunya disebut KPSL. Sekarang hanya PSL. Sebenarnya saya masih tidak mengerti apakah maksudnya.

Inilah bahana apabila mengisi tanpa fikir panjang. Hanya fikir nak test power. Sejauh mana ilmu pengetahuan yang ada. Sebetulnya, saya dah serik dengan peperiksaan. Ada kisah yang menjeruk rasa. Haha! Tragis sangat hingga malas nak mengenang. Sebetulnya lebih kepada malu.

Urm. Dulu pernah exam tapi gagal. Tipulah kalau tak membaca. Baca. Siap kasi tiru kat orang lain. Namun demikian, result saya teruk giler hingga terasa bagai dipukul duri sembilu. Lantas saya berehat bukan seketika. Malah bertahun-tahun dan tidak mengambil kisah tentang peperiksaan.

Ramailah kawan-kawan yang asyik ajak ambil exam. Uh tak nak ar. Saya bukan ada cita-cita nak naik jawatan lebih tinggi. Kawan sejawatan dengan saya, dah ambil exam KPSL urmm 6/8 tahun yang lalu. Bayangkan. Betapa lamanya mereka punyai keazaman dan semangat yang waja.

Saya?

Melukut di tepi komputer pejabat. Malas nak layan. Malas nak fikir.

Namun, adakala kita tidak tahu apa akan jadi. See. Saya akan duduki exam tak lama lagi. Macam percaya tak percaya je.

Buku baru dicari ketika seminggu lebih nak exam. Dapat pinjam dari kawan pejabat hari Khamis baru-baru ni. Hehe. Bertuah sangat budak ni. Tagging siap, bab-bab yang penting dengan penuh rasa cuak. Dan sebenarnya untuk sesi 3. Saya tak punyai buku yang lengkap. Hanya mampu menggeleng kepala. Esok masih sempat kot ke library negeri. InsyaAllah. Kalau tak, memang dah plan nak pinjam aje dengan orang sebelah. Exam oi exam. Siapalah yang ada masa nak layan.

Sekarang baru sedar. Mestilah orang pelik. Baru 4 bulan naik dah nak ambil PSL. Tentu ada yang syak 'nak jadi pegawai ke?'. Jangan kalut. Jangan ribut. Kalau betul-betul nak naik lagi tingi, tinggi lagiiii. Bukan macam ni gayanya. Bukan begini caranya. Saya punya impin dan rencana diri sebenarnya sangat berbeza dengan perancangan/pemikiran kalian kawan-kawanku. Jawatan makin tinggi, bukan impian saya. Duit saya nak. Ekeke. Ya Allah nampak kat sini mata duitan. Apa minat saya, telah saya jumpai. Namun tak dapat saya pegang untuk tempoh yang lama. Pasrah!

Dan tidak semua kita boleh reveal apakah impian dan rencanaku. Tak mengapalah. Tak penting. Yang  penting doakan saya berjaya, dipermudahkan urusan exam hingga selesai. Dan. Semoga tiba-tiba semua paper saya lulus. Amin Keajaiban tetiba berlaku. Seronok kan berangan. Haha. Kalau gagal? Tak mengapa. Yang penting pengalaman selepas lama tidak berada di dewan peperiksaan sebagai calon.

Mungkin kembara exam ni hanya sempat di upload kat instagram. Ini menulis dengan kadar cepat. Doakan ya. Jangan lupa. Didahului dengan terima kasih.