Sunday, January 7, 2018

14 - Dari Lembah Harau ke Kelok 9

Perjalanan kami teramat panjang untuk hari pertama. Dan sesungguhnya ia tersangat panjang hingga ke tahun baru 2018. HAHA! Apa punya menulis ni yang sampai berbulan-bulan. Perginya 2 3 hari aje, time menulis mak oi. Macam dah menetap kat Bukittinggi terus aje bunyinya.

Di malam yang hujan lebat tak berapa nak lebat ni. Apa kata kita teruskan bercerita. Daripada melayan tv yang tak berapa nak ada cerita tu, eloklah kita habiskan hari kedua di sini.

Jam 5.34 petang pada 27 Oktober 2017. Perjalanan kami diteruskan untuk ke Kelok 9. Sebenarnya, apabila melalui seharian perjalanan sebegini, barulah kami mengerti kenapa kita perlu mengatur jadual kita dengan sebaiknya.

Tengoklah macam kami ni, habis semua tempat kami sumbat! Memang tak boleh nak bernafas dengan tenang. Bernafas tu memang boleh, ketenangan aje tak berapa nak menyebelahi kami. Namun, ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk kami next time. Manalah tahu kan, kot nak datang lagi kat sini.




Lembah Harau yang memukau pandangan ini kami tinggalkan perlahan demi perlahan sehingga jauh dari pandangan. Cantik betul tempat orang kan. Tempat kita cantik juga, namun jauh berjalan, luas pemandangan bertambah pengalaman.





Saujana padi menghijau ibarat karpet satu warna. Tersusun indah tak terperi. Di sini masih mengamalkan tradisi menanam padi secara menggunakan tenaga. Mereka tidak menggunakan mesin seperti di tempat kita. Dan seperti kisah-kisah sebelum ini, saya ada menceritakan bahawa kat sini memang bergantung harap pada pertanian.




Jam menunjukkan 6.06 petang. Kami dah sampai di kawasan Kelok 9. Ketika ni hari dah semakin menggelap. Memang tak boleh berlama-lama, dah duga nanti pemandangan mesti tak jelas bila dah sampai kat atas sana.




Teramat tinggi. Bayangkan berapa lama masa yang diambil untuk menghasilkan jalan ini. Ia adalah penghubung yang sangat penting bagi beberapa tempat. Itu hari memang ingat, jalan ni untuk ke mana. Dah berbulan-bulan ni, dah tak ingat dah. HUHU!




Suasana kelam dan lampu mula dipasang. Dah macam nak Maghrib kan? Tapi sebenarnya baru 6 lebih petang. Kita berbeza 1 jam daripada mereka.




Macam percaya tak percaya, tenaga manusia digunakan untuk membina jalan ini. Dengan tinggi, dengan berkelok-keloknya di pinggir bukit. Memang mengagumkan! 





Khabarnya jagung bakar di sini sedap sekali. Jadi kami mengambil keputusan untuk mencuba! Sedap dan manis. Sekejap aje bakarnya. Makan panas-suam-suam. Kalau nak minta oles dengan mentega pun boleh. Lebih sedap kerana ada rasa masin-masin dan manis buah.




Pekena pisang bakar. Entahlah, nak cakap pisang salai bukan macam ni rupanya. Janji yang kat atas pemanggang tu ialah pisang. Dah masak dia penyek-penyek pisang tu. Tapi tak adalah sampai hancur terpenyek. Sikit je.





Tambah susu, cheese dan chocolate rice. Maka akan kenyang bercampur muak lah kalian apabila memakannya. Serius sedap sebenarnya pisang ni. Cuma tak boleh nak makan sekaligus, kena makan sikit demi sikit. Almaklumlah, agak manis dengan bermacam benda kami mintak akak tu letak. Dia melayan aje, tapi harga tak adalah mahal mana. Berapa? Tak ingat. Tapi yang pasti lebih kurang RM5 kot.

Kami sampai kat sini hanya semata-mata untuk bergambar dan juga sekadar meninggalkan jejak. At least pernahlah kami sampai kat sini daripada tak sampai langsung [biarpun tak berlama sangat di sini].

Oleh kerana hari dah gelap, dah malam. Kami mengambil keputusan untuk pulang. Perjalanan kami nak balik ke guest house masih jauh lagi ni.



8.40 malam

Minyak kereta dah sipi-sipi dah. Kami singgah ke stesen minyak. Apakan daya, minyak dah habis. Minyak yang Pak Roni naklah yang habis. Tak pasti minyak jenis apa, rasanya minyak tu murah sikit berbanding minyak-minyak jenis lain.

Kami meneruskan perjalanan dan sempat singgah ke satu lagi stesen minyak yang agak besar dan di perkarangannya ada sebuah masjid yang boleh tahan besar dan cantik. Singgah sekejap untuk membeli aiskrim. Biasalah asyik nak mengunyah aje. Lagipun si Emi ada gastrik. Jadi kami mengambil langkah selamat untuk mengalas perut disebabkan kami dah tak nak berhenti kat tempat  lain. Memang nak balik terus ke guest house.

Badan dah penat habis dah. Sehari suntuk berjalan, dari cerah bertukar gelita. Apa lagi yang kami mau? Maka perjalanan kami diteruskan.

Hingga ketemu di lain lembaran ya. Biar kami sampai ke destinasi dulu, nanti-nanti kita sambung lagi untuk hari ketiga ya. Esok dah hari akhir kami kat sini. Hari kedua memang puas hati berjalan.





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.