Friday, October 19, 2018

15 - Dari Kelok 9 Balik Ke Guest House!

Assalamualaikum.

Tak tahulah apa mimpi tetiba mengemaskini blogku yang amat disayangi ni. Sebetulnya, sejujurnya, dah lama pendam rasa nak update MPS. Akan tetapi selalu terhalang. Dan faktor terbesar, terpaksa menumpu perkara yang lebih penting. Dan selepas bertukar tempat kerja hampir 2 tahun lalu. Percaya tak, MPS ini bagaikan sudah tidak mempunyai tuan. Terabai umpama rumah tinggal. Tegarkah dikau melihat MPS mu ini begitu?

Ah, sudah tentulah tidak.

Kerana itu, i'm here!

Maka menulislah kita mengenai ceritera Padang, Bukittinggi, Indonesia. HAHA! Tak habis lagi cerita kamu nih? Belum! [jawab sambil malu-malu]. Apakebenda yang kau buat sampai tak habis nak bercerita ni cik kak? Jangan marah-marah. Elok kita ke gelanggang persembahan ya.


27.7.2017 - jam 19.47 malam

Bukan mudah nak perah ingatan untuk mengimbau semula kenangan di Padang. Tapi sesungguhnya, kenangan itu amat manis dan indah. Kita cubalah untuk mengingatinya. Ini masjid yang kami singgah ketika pulang dari Kelok 9. Berhenti solat di sini. Keadaan meriah. Mungkin kerana saya tak pernah lagi berjumpa dengan masjid yang terletak betul-betul di sebelah stesen minyak. Lupa pula, kami ada berhenti isi minyak kat sini atau tidak.

Hanya berhenti solat ke? Urm. Tak pasti. Yang pasti kami sempat juga menyinggah membeli makanan di dalam kedai minyak ni. Memandai cakap kedai minyak.

Sampai di bilik, dah penat. Dan nak tahu. Yang paling diingati campur bersalah jika dikenang semula. Pak urmm. Apa nama dia ya? Ala, lupa. Wajah dia saya ingat lagi. Dia tak minta duit tambang lebih. Padahal, dari pagi sampai ke malam kami gunakan khidmat memandu dia. Pak Roni namanya [terpaksa baca entry lama. Dasar dia ni. Selalu lupa].

Jika kita renung. Mana ada orang yang sanggup memandu pagi ke petang membawa ke malam. Lepas tu, upah dia sikit je. Kat sini, saya tahu bahawa orang Indonesia ni, jiwanya kental. Tak kisah lama ke tak, sabar dia tu tinggi. Nak pukul rata tu, tak juga. Tapi kebanyakkan begitulah yang saya jumpa. 

Cuba kita cari orang kita, ada ke yang sanggup menunggu kita shopping? Menunggu arahan atau plan kita untuk ke sana sini? Lepas tu, minta kurang itu ini sedangkan dah ok dah bajet tu. Memandu berjam-jam yang saya kira Terengganu sampai Kuala Lumpur dan boleh sampai ke Perak. Lepas tu upah dia RM300? Lebih kuranglah upah dia macam tu. Saya lupa sebenarnya upah yang sebetulnya. Tapi bagi saya tak banyak! Nantilah kalau berkesempatan, saya semak semula.

HARI KETIGA - 28.10.2017 / SABTU


28.10.2017 / Sabtu - 7.56 pagi 
Pagi keesokkan, kami dah turun untuk makan. Hari ini dah berjanji dengan Pak Ian untuk menyambung perjalanan kami. Dan hari ini merupakan hari akhir kami di sini. Selepas makan, kami akan ke Wali Kantor kerana semalam tak sempat nak pergi.

Mana nak sempat. Waktu yang ada dilengkapi dengan perjalanan jauh, dahlah tu, banyak pula tempat yang kami singgah. Kerana itu, kita perlu pandai menyusun jadual dan perlu tahu jarak antara sesuatu tempat tu. 



Dari anak tangga, saya panjat satu persatu hinggalah tiba di atas ni. Udara nyaman, bersih. Laksana di Cameron Highlands. Sejuk, tenang. Tak tahu nak describe macam mana lagi. Pandangan di depan mata memukau. Rumah kat sini, macam biasalah. Agak rapat-rapat. 




Mata merakam pandangan. Tangan merakam gambar kenangan. Dan inilah hasilnya. Banyak gunung yang cantik-cantik kat sini. Memang rasa nak tambah lagi bilangan hari kat sini. Tapi tulah kan, tak boleh. Tiket balik dah beli. Biasanya memang kita akan spend time lebih kurang dalam 4 hari kan? Bila datang sini, rupanya macam tak cukup pula.



Tempat makan memang simple. Tapi menarik. Adush! Banyak sungguh tapi, tapi tapinya kan? Hehe.



Sarapan pagi kami. Memang sedap! Sup tulang panas campur dengan nasi putih. Memang sangat sempurna pasangan ni. Makan punya makan. Ternampak sesuatu yang saya tak sangka.

Maka selera pun hilang di bawa angin. Jika kalian ingat [weh, siapalah yang ingat apa yang kau tulis, melainkan diri sendiri. Kih kih]. Pemuda Indonesia, biasanya suka menyimpan kuku panjang [tak semua ya, tapi kebanyakkan begitu. Ini berdasarkan pengalaman berkali-kali datang ke Indonesia]. 

Kalau tak percaya, perhatikanlah. Kerana itu, saya selalu menjaga mata bab melihat kuku orang. Haha! Apa kebendalah dia ni.

Kerana hal itulah, sarapan pagi pada hari ini tak berupaya dihabiskan. Panjang tak apa lagi, ini cukup lengkap hitam! Ok, cukup setakat ini bab ni.




Pak Ian sampai, kami memulakan perjalanan pada pagi ini. Semua beg dah diangkut ke dalam kereta. Maka tinggallah kenangan di guest house ni yang best! Kita tolak insiden kuku tu ya. 

Tempat menginap tu tak perlu aircond, cukup dengan udara semulajadi. Best macam mana pun, kita perlu melangkah ke depan untuk melawat banyak lagi tempat.

Perasaan teruja sangat!

Jom ke Wali Kantor.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.